...Heart Lover.: 2011

Friday, December 30, 2011

Let It Snow?

December 25th.
Genting Highland.
6 of us.

8.30am from KL Sentral, arrived in Genting around 9.30am. A bit late due to crosswind.

Apis missed the bus. Hahahahaha! Liat sangat nak bangun tidoq. :P

I guess these rainy days affect the temperature in Genting. Seriously, it's too cold!! Macam ada salji! I've been wearing 'mittens'(ice skating gloves to be exact) for all day long!

Oh. I borrow this paw from Yuki for a while before decided
to wear those 'mittens' . T_T


Frankly, aku kecewa. Most of the popular thrill rides were temporary closed due to maintenance and bad weather. Rugi rugi rugi!

Still, I'm enjoying my day. :)

Here is a list.
Spinner, Tea Cup, Antique Car, Matahari Ferris Wheels, Pirate Train, McD (Nomnomnom), Dinosaurland, Pirate Ship, Bumper Boat, Space Shot, Grand Prix Fun Kart.

My day full of such 'juvenile' rides. Ngahhhhhhhhhhhhhhhh. Speechless.

Let the pictures do the storytelling.

My hijab doesn't stay in place. Senget sana-sini.


Prosperity. Nomnomnom.


A day with Yuki, Miza, Yun, Apis and Joe.

We missed the last bus to KL Sentral. So then, terpaksa membazir RM25 seorang naik kereta sapu!

Wednesday, December 28, 2011

Terlambat 4 hari.

Mahu update pasal makan malam Sabtu lepas. Boleh?

Nasi Dagang.

Sunday, December 18, 2011

Nama Blog Tidak Sesuai?

Rasa macam patut tukar nama blog.
Tukar jadi "Blog makanan ini dG yang punya".
Setuju? (=_=")

Makan malam semalam;
Nasi Kerabu.
Colourful, beautiful, make me full. Hehe!

Beli di pasar malam. Bukan masak sendiri, bukan.

Serius, sekarang aku memang suka update pasal makanan. Sebab makanan boleh buat aku gembira? Haha.



Note : Hakikat sebenar, aku tidak ada 'modal' update blog pasal benda lain.

Saturday, December 10, 2011

Get To Know My Darling Better.

Having sore fingers. Well, anything for you Darling. :')

The chord = my name.


Owh.
Tonight is the 'Cooking Free' night.
Bought Mee Jawa for dinner.

Nomnomnom.

Wednesday, December 07, 2011

Baru Beli.

Oh hai.
Tadi pergi memenuhi impian lama terpendam yang sudah hampir jadi jeruk.

Akhirnya!

Sunday, November 27, 2011

1433H.

Salam Ma'al Hijrah.

Macam mana dengan azam lepas? Berjaya atau ditunda ke tahun akan datang? Aku, ada yang tertunai, ada yang terkapai-kapai.
Biasalah, kesungguhan di tahap yang medium. Susah ditingkatkan. Tapi tidak bermaksud aku langsung tidak cuba. *Ehem*

Kelmarin, aku ambil test undang-undang yang tertangguh. Lulus dengan baik, bukan cemerlang. Tapi tetap bersyukur. Jangan tamak, orang tamak selalu rugi.

46/50

Tadi ada aktiviti Mentor-Mentee. Bersuka ria di KLCC.

Monday, November 21, 2011

Resepi Baru Bersama Bola.

Tadi try masak resepi yang diculik dari Kjee. Szechuan Hot & Spicy Soup. Tapi kiub ikan bilis tiada, aku tukar kiub ayam. Udang kering aku tukar ikan bilis. Haha.

Hasil?

Isi lagi banyak dari sup? HAHA. Semak mangkuk tu aku tengok.

Sekarang semua orang nervous tengok perlawanan final bola sepak 26th Sea Games. Rasa macam hampir runtuh dinding hostel ni, asyik kena ketuk, tendang, terajang. Haha. Orang yang lepak di gerai makan bawah lagi hebat, boleh jadi alarm gol. Aku tidak tengok match tu, aku dengar berdasarkan jeritan ja. Hehe.

Ramai yang update pasal match ni di Facebook. Secara live maksud aku, langsung daripada depan kaca televisyen. Dan aku rasa, atas sebab terlalu teruja, ramai yang typing error waktu update status.
Thanks jadi Thanjs.
Indonesia jadi Indanesia.
Kalau jadi Kalai.
Malaysia jadi Maleysia.

Macam-macam.

Saturday, November 19, 2011

Hujung Minggu.

Only have one life to live, so you better make the best of it.
Today My Life Begin by Bruno Mars.

Tadi pergi pasar malam, beli barang dapur untuk seminggu & makanan untuk makan malam. Aku isytiharkan malam Sabtu sebagai hari pengecualian memasak bagi diri sendiri. *Tepuk tangan*

Karipap gedabak? Serius, memang gedabak. Besar daripada pinggan.
Tidak sampai separuh aku telan, kenyang.

Otak-otak. Favorite.


Oh. Sepatutnya tadi ada ujian undang-undang teori untuk proses mengejar L. Tapi sebab belum sedia, kami postpone ambil esok. Ada masa kurang daripada 12 jam. Tertekan sebab sebelum ni memang tidak ambil tahu pasal benda ni semua.

Kursus teori minggu lepas.


Note : Minggu ni minggu aku berbangga dengan diri sendiri, sebab mampu memecah rekod aku yang sebelum ni kurang mencapai apa-apa. Alhamdulillah.

Monday, November 14, 2011

Semester 3.

Baru masuk semester 3. Rasa macam slow. Arghhhhhhhhhhhhh.

Alhamdulillah result semester lepas agak memuaskan hati walaupun tidak sebest result kebanyakkan coursemate aku. At least tidaklah seteruk yang disangka. Tidak sia-sia aku risau waktu cuti sebulan. Haha.

Agak tidak puas hati bila ambil result dan mendaftar 8 November lepas, lepas tu dapat tahu kelas mula 14 November. Kalau tahu awal, baik aku tambah cuti, lepak di kampung lama sikit. Stress tahu!

Rabu lepas ambil kad pengenalan baru. Akhirnya bertukarlah wajah darjah 6 dalam kad pengenalan kepada wajah 21 tahun. 21 tahun lah konon, tapi perangai macam budak tadika. Heh.
Lepas tu ambil angin di Taman Tasik Shah Alam dengan 'Geng Kota' aku. Geng Kota sebab semua asal Kota Kinabalu, Kota Belud & Kota Marudu.

Kura- kura lepak di pokok tumbang.

Galeri Shah Alam ni dah terbiar, aku rasa?

Perahu tersadai di Taman Permainan.

Tasik.

Lama tidak letak muka dalam blog. Haha.

Bukti perangai macam budak tadika. =_="


Note : On the way dapatkan L!

Friday, November 04, 2011

Sia-sia.

Dalam bahasa lain, pointless.

Ada banyak benda yang berlegar dalam kepala, tapi untuk tulis semua benda tu bukan main susah!

Tiap hari sign in blogspot, tiap hari cuba publish post, tapi tiap hari juga aku end up sign out tanpa apa-apa untuk di publish.

Semua ni sebab aku rasa penulisan aku menjengkelkan. Tapi lepas ni mungkin akan ada usaha memberi nafas baru untuk LittleHeartLover, ulang suara, mungkin.

Banyak kali cakap macam ni, tapi benda yang sama jugak yang jadi. Terbiar. Hehe.

Tuesday, September 13, 2011

A Belated Eid Wishes.

I miss Ramadhan,
until we meet again, InsyaAllah.

Oh. The main point.
Selamat Hari Raya,
Eid are meant to celebrate after all those achievements during Ramadhan.
:)

Duit raya collected for this year,
Rm 15.
The duit raya is getting less and less by year.
Yeah, I know I'm getting older. Sobs.

Weight gain for this Raya,
3 kg.
Obtained by the collaboration of Rendang and Ketupat,
which is too hard to refuse. Nomnomnom.

Saturday, August 13, 2011

Bakteria.



Bila diberi kesempatan berkenalan dengan mikroorganisma,
kau akan mula dibayangi oleh makhluk-makhluk halus.

Makhluk halus yang aku maksudkan bukan yang ghaib,
tapi makhluk yang tidak mampu kau tengok dengan mata kasar,
tapi mampu kau tengok bila kau ada mikroskop.



Bila dalam makmal Mikrobiology,
aku terbayang macam mana kalau bakteria-bakteria tu semua termelekat di mana-mana.
Lepas tu aku terbawa balik.
Atau terhidu.
Tertelan.
Tersapu di mana-mana.
Ter.
Ter.
Ter.

Lepas tu ter-berpenyakit sebab terinfeksi. Argghhhh!





Tapi tidak semua bakteria tu jahat.
Contoh macam Lactobacillus casei strain shirota yang glamor,
dia bakteria comel yang baik.

Wednesday, August 03, 2011

Sesuatu yang baru.

Sedang aku busy menelaah lappy intan payung emas permata di atas katil,
busy lah kononnya kan,
tiba-tiba datang akak roommate buat muka comel bawa mangkuk.

Alamak, temptation! temptation!
Nie mesti datang bawa makanan sedap-sedap,
mana boleh tolak makanan yang datang bergolek atas katil!

Aku telanlah kuih/bubur/dessert yang digolekkan atas katil aku nie.
Aku bagi fokus yang tinggi untuk menghayati keindahan duniawi yang sedap hingga menjilat sudu nie,
sampaikan aku lupa akak roommate yang ada di bawah katil aku.

"Tak nak tau nama kuih tu ke?" tiba-tiba akak roommate bersuara.

"Eh, apa nama kuih nie kak? Hehehe. " Aku cover malu sambil mengunyah kuih yang unknown tu.

"Tu kuih Butir Nangka."

"Ohhhhhhhhhhh." Kunyah-kunyah butir nangka sambil search Google cari resepi. HAHAHA.

 Snap-snap sebelum masuk dalam perut dan di digest.

Kuih nie asal dari Kelantan, kan?
Aku belum pernah jumpa lagi kuih nie di Sabah sebelum nie,
tapi kuih yang lebih kurang macam kuih nie ada juga lah aku jumpa.

Untung-untung lepas nie makanan sedap-sedap datanglah bergolek atas katil aku lagi.
Hehehe!

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Menjelma Lagi.

Narrated Abu Huraira: Allah’s Apostle said, “When the month of Ramadan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained.”
Sahih Bukhari




Alhamdulillah,
masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan,
dan bazar Ramadhan.

Semoga Ramadhan kali nie lebih bermakna untuk kita semua,
lebih-lebih lagi untuk aku.
InsyaAllah.

Semoga makcik- makcik, pakcik- pakcik,
abang-abang dan kakak- kakak
di bazar sediakan juadah yang buat aku rambang mata.

Tapi aku janji tidak membazir.
Membazir amalan syaitan,
aku tidak mau ganti syaitan bermaharajalela waktu bulan puasa nie.

Sunday, July 10, 2011

Go Through.

Through it all, I made my mistakes, I stumble and fall.
With Me by Sum 41

23 hari semenjak jadi 21 tahun.
21 bukan sikit, tapi banyak.
Cuba telan gula-gula 21 biji, tidak muat dalam mulut, kan?

Semenjak beberapa menjak nie tidur aku jadi kurang.
Bukan tidak cukup tidur, tapi tidur tidak sebanyak dulu.
Dulu selalu tidur macam beruang kutub yang tengah hibernasi.

Beberapa minggu yang lepas aku kehilangan.
Kehilangan tu buat aku sedar hidup nie memang singkat,
dan kadang-kadang aku takut menerima kenyataan.
Al-Fatihah.

Tuesday, May 17, 2011

Graffiti.

Graffiti.
Pronunciation:/grəˈfiːti/
plural noun (singular graffito /-təʊ/)

Writing or drawings scribbled, scratched, or sprayed illicitly on a wall or other surface in a public place





Graffiti, satu vandalisme bila dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya. Tapi, kalaulah seni grafitti tu diolah, rasanya mesti berbaloi-baloi, kan?

Orang yang buat grafitti sangat sangat sangat sangat hebat bagi aku. Bila aku ulang 'sangat' banyak kali, maksudnya memang sangat 'sangat'.

......

Ini bukan graffiti.

Kenapa tidak sediakan bangunan atau tempat khas untuk diorang yang berbakat meng'graffiti'kan diri di Malaysia nie? Atau sebenarnya benda nie dah wujud tapi aku tak tahu?





It's just an opinion. And questions.

Note: Kagum dengan graffiti. Sangat hebat!

Tuesday, May 10, 2011

Musim panas?

Malaysia yang beriklimkan khatulistiwa sudah bertukar jadi 4 musim kah? Hampir 3 malam aku tidak tidur lena. Asyik bergolek-golek atas katil macam ayam kentucky yang disalut tepung . Bangun dari tidur, berpeluh macam dah pusing keliling Shah Alam.

Monday, May 09, 2011

Friendship.

Kawan kapal laut.
Heh.

OK OK getting serious.Ya, ini entry serius.

Friendship.

Friendship is a form of interpersonal relationship generally considered to be closer than association, although there is a range of degrees of intimacy in both friendships and associations.

Bila nampak orang yang sebelum nie rapat, then jadi renggang, aku rasa awkward. Dulu selalu hangout, shed each other tears dan susah senang sama-sama, but now, not anymore.
 

Aku pernah alami benda yang sama.
Hilang kawan atas sebab yang sangat bodoh.
Sangat sangat bodoh.
Sangat sangat sangat bodoh.
OK. Cukuplah perkataan sangat dan bodoh untuk hari nie.

Dan tidak dinafikan itu memang salah aku.
Atas dasar kesetiaan *ewwwwwwwwwww*, kawan-kawan aku terkorban.
Bodoh, kan?
(Got it? Nope? Nevermind.)

Kawan baik aku. Aku pernah menjauh dari dia orang. Menyesal pun tak guna. Aku sendiri segan dan malu dengan diri sendiri.

Sekarang, bila nampak perkara yang sama berlaku dengan orang lain, aku emo.

Sunday, May 08, 2011

Broga Hill.

On May 7th, konvoi pergi Bukit Broga. Seawal 2.00 pagi berkumpul kat tapak parking hostel, dan bertolak 3.00 pagi. Awal? Sebab nak kejar sunrise! :D

5 kereta, 3 motor.

Sampai kat Bukit Broga lebih kurang 3.45 pagi selepas bermain sesat-sesat di jalanraya yang agak lengang di awal pagi.

Bila dah sampai, hiking!


Cahaya lampu dari bandar mana ntah.


Serius, tak puas hati dengan orang yang conteng papan tanda nie.

Sunrise!! Tidak sia-sia datang hiking awal pagi dan berpeluh secara berlebihan then berbau masam kemudian risau kawan-kawan kat dalam kereta pengsan terhidu bau aku waktu dalam perjalanan balik.

Puncaknya disitu.

Aku rasa macam cool dalam gambar nie. HAHAHAHANCUR.

Beauty.

On the way down.

Orang mula ramai waktu kami on the way turun.

R.O.C.K. Rock.

The rented Viva's.


That's all. Daaaaaaaaa.


Note : Aku kecewa tak jumpa pokok tempat Dr Sheikh Muszaphar buat pre-wedding photoshoot sebab rushing nak turun awal. Tak dapatlah nak minta puji lebih-lebih dengan Mama aku. :P

Sunday, May 01, 2011

First Impression.

First impression.

First consideration or judgement.

Source: Dictionary.com

Kenapa first impression itu penting? Sebab, first impression tu boleh jadi penilaian jangka masa panjang.

Walaupun aku tidak berapa stick dengan first impression, sebab aku tau first impression tu belum tentu betul, tapi first impression tu tetap memainkan peranan yang penting untuk kau tambat hati aku.

Saturday, March 26, 2011

Stop sigh-ing.


Sigh.

A sigh is an audible exhalation of air arising from tiredness or emotion, usually sadness, which itself could be stemming from feelings of sadness or futility. A sigh can also arise from positive emotions such as relief and tiredness. Some people do it as a means to suppress emotions. In text messages and on internet chat rooms, a sigh is usually represented with the word itself, 'sigh', within asterisks, '*sigh*.

Source: Wikipedia

Minggu pertama semester baru nie mencabar. Buat aku mengeluh memanjang. Tahu lah tak baik mengeluh, tapi aku tak dapat kawal. Involuntary. Sosobsob.

Tertekan dengan jadual kolej yang pelik-pelik. Haishhh.

Bumi yang kecil.

Maaf.
Entry nie bukan membincangkan soal keluasan bumi mahupun ke'sfera'an bumi.

Rasa bumi nie semakin 'kecil' bila aku TERserempak dengan Nekmo kelmarin. Selama nie kenal dalam alam maya, tak sangka boleh jumpa kat Taste of Asia tu. Haha.

Teragak-agak nak tegur dia sebab takut salah orang. Nasib baik dia cam aku. So, tak salah oranglah kan? Hahahaha. Comel je tengok muka Nekmo yang terkejut. Naik segan aku. XD

Kita ada jodohkan? Bila kita nak kahwin nie Nekmo? Wakakaka!

Saturday, March 19, 2011

Dendam yang tidak lumat?

Aku jenis yang pendam rasa dalam hati. Orang cakap jangan pendam, nanti jadi barah. Kalau jadi barah, terpaksa pergi hospital. Kat hospital nanti kena buat kemoterapi untuk rawat barah. Kemoterapi tu sakit. OK OK aku berhenti mengarut.

Atas sebab aku pendendam, aku nie agak berbahaya. Lebih kurang macam bom jangka yang tunggu masa nak meletup kebabooom hancur lebur.


LEBUR.


Sekali kau buat aku down dan menangis, aku akan simpan dalam hati buat jangka masa yang agak lama atau sangat lama! Walau kau layan aku dengan sangat baik lepas 'kejadian' tu, aku akan sentiasa ingat betapa down dan sedihnya aku waktu kau buat air mata aku jatuh!

Sorry. Entah kenapa aku susah nak tolerate dengan kau. But still, aku tetap cuba mau buang semua rasa nie jauh-jauh.

Note: Kadang-kadang aku penat jadi hipokrit dengan diri sendiri.

Thursday, March 17, 2011

Perokok, tolonglah jadi profesional.

Bukan nak buat entry padahnya merokok. Bukan. Nak suruh kau berhenti? Tak. Jauh sekali. Kalau suruh kau berhenti pun ada kau kisah? Tak kisah pun kan? Aiman tak kisah. Kan kan?

Cuma nak minta tolong. Tolonglah. Please.
Tolong jadi perokok PROFESIONAL. 
Nak merokok? Silakan. Tapi tolong hormat orang sekeliling.

Bila rasa nak merokok, pergi tempat yang tiada orang. Boleh kan kan? Tak kisahlah kau nak buat asap bentuk kapal terbang, bentuk KLIA, bentuk KTM. Eh, tiba-tiba rasa aku berat hati nak balik Shah Alam. Hahahatibatiba.

Bila orang dah terbatuk-batuk macam iklan ubat batuk cap Ibu dan Anak, kipas-kipas batang hidung macam orang bakar satay, janganlah buat tak faham derr. Tindakan-tindakan tu semua bermaksud "woi, aku tak suka dengan bau asap rokok kau lah, pandai!".
Faham?

Bertimbang rasa lah. OK?

Serius tak suka orang yang suka blow asap rokok kat depan muka orang. Benci. Jangan sampai aku sumpah kau jadi tangki sisa kumbahan.

Pendek kata, cubalah berhenti merokok. Heh.



Note: BF aku merokok. @_@

Tuesday, March 15, 2011

Cuti Sekolah.

Bersempena cuti sekolah, aku mempersembahkan layout baru untuk blog. Bagaimana?
A. Cun
B. Lawa
C. Cantik
D. Macho
E. Semua jawapan di atas.

Next.

Aku balik kampung! Seminggu pun seminggulah. Yang penting balik! So then, here I am, home sweet home. Yeay! *Golek-golek*

Malas mau story panjang-panjang. Kita pendekkan cerita.
Jumpa lagi. Heh.


Note: Tajuk post macam budak sekolah.

Sunday, February 27, 2011

The mask.

Lepas buat mask telur untuk hilangkan semua kotoran yang tersumbat dalam pori-pori muka aku, aku buang mask tu dalam tong sampah. Sedang sibuk membasuh muka dalam bilik air, aku dengar orang jerit kat dapur.

"Muka dG ada dalam tong sampah!"

Aku yang masih dalam bilik air blur sekejap. Lepas tu aku tahan ketawa aku daripada terburai. Fine, aku buang 'muka' aku dalam tong sampah.

Aku masuk dalam bilik, lap muka.

"dG, kenapa buang muka dalam tong sampah?"

Heh.

Friday, February 25, 2011

Shopping list.

Gambar sekadar picisan hiasan.


Dalam shopping list aku ada 6 barang. Tapi aku end up beli 6 barang yang ada dalam shopping list + 6 barang yang langsung tidak ada dalam list. Heh.

Saturday, February 05, 2011

Bergembira di Chinese New Year.

恭喜发财。 新年快乐。 万事如意。 :)


Okey. Next!

Kelmarin punya kelmarin, pergi serang Theme Park kat Times Square dan bergembira secara berlebihan sampai hampir termuntah. Serius. Hampir termuntah. Tapi tidak termuntah. Sekadar mahu muntah sahaja. Dan tidak ada apa yang termuntah keluar. Eh, perkataan muntah banyak-banyak untuk apakah?

Tidak mau naik Space Attack lagi! Aku mau Supersonic Odyssey!

Girls' day out! :D




Best! Sudah lama aku mau jerit ala-ala orang tak betul. Kelmarin jadi kenyataan jugak. Lain kali mau pergi lagi!


Errrr. Blog aku sudah hampir jadi diari sepenuhnya. Adei.