...Heart Lover.: May 2010

Thursday, May 27, 2010

Chenta Foeva sama nenek.

Tajuk tak boleh blah. =P Thanks to Nenek Moden untuk award² yang diturunkan kepada cucu yang ada kucing macam² kaler nie. Tapi nek, kucing nenek tu kalau nenek tak mahu boleh bagi kat saya. Comel sampai rasa macam mahu telan. Geram dowh! HEHEHE.



Aku rasa semua orang pun sudah ada award² nie. Tapi kepada yang belum ada, sila ambil jangan segan². Buat macam rumah sendiri. =)


Withlove~♥;
Photobucket

Tuesday, May 25, 2010

10 sahaja.


Telah ditag oleh Syasya Imani. Thanks dear. =) Sorry lambat sikit menjelaskan hutang. HEHE.

10 fakta tentang saya
  1. hampir mencecah 20 tahun.
  2. comel. HAHAHATOLONGLAH.
  3. addict dengan bentuk hati.
  4. cinta sama kucing. =) rindu sama Juju~ :'(
  5. tidak tinggi tidak rendah.
  6. sangat penyabar. Tapi bila sabar aku hilang, dia akan betul² hilang. Got it?? Gone baby gone!
  7. suka warna biru, pink, hitam, putih& semualah. =P
  8. ada blog.
  9. duit nuffnang belum mencecah Rm20. Oleh itu sila kelik nuffnang saya. KAHKAHKAH.
  10. oh ya, aku kini perseorangan. Perseorangan dalam bahasa inggeris ialah single. Ya, betullah tu.

10 perkara menakutkan saya
 Adei. Malas mahu list. Huhu.

10 perkara yang selalu saya sebut
  1. Tolonglah~
  2. Matai.
  3. Gila eh.
  4. Ahh?
  5. Bah~
  6. Apa?
  7. Errrrrr.
  8. HAHAHA.
  9. Adei.
  10. Juju. :'(

10 perkara yang amat bernilai
Perkara yang bernilai untuk aku...
  1. hidup.
  2. diri sendiri.
  3. family.
  4. pakaian. Of course lah, kau mahu keluar berjalan² tanpa baju?? tak mahu kan??
  5. duit. ka-ching! ($_$)
  6. rumah bapa mama aku. kalau tidak di mana aku mahu tinggal? HUHU
  7. kucing² aku. 
  8. makanan. (^_^")
  9. barang² elektronik aku yang dibekalkan oleh parents. HAHAHAAKUBELUMADADUITMAHUBELISENDIRI..
  10. blog & pembaca blog aku. Mestilah berhargakan? sunyilah blog aku tanpa kau, kau & kau. HEHE.

10“pertama kali” dalam hidup saya 
Pertama kali aku ...
  1. pergi interview pada hujung bulan lalu.
  2. frust tertonggeng² tahun nie. WAKAKA.
  3. jaga kucing yang sakit teruk. Miss u Juju. :'(
  4. ada blog di friendster, dan kemudian beralih ke blogspot. =)
  5. bergaduh teruk dengan bestfriend waktu aku form 4. HAHAHA. Tapi sekarang masih bestfriend. =)
  6. join jungle tracking waktu form 4.
  7. lapar gila & hampir pitam waktu aku form 5. WAKAKAKAKA!
  8. sakit teruk waktu aku darjah 3. Siap kena angkut pergi emergency room di hospital. HUH!
  9. kena tikam oleh kawan. Bila? Entah. HAHAHA.
  10. aku jadi takut dengan masa depan bila aku tiba² perasan yang aku sudah dewasa. :3



    7 orang bertuah (JAWAB TAG NI BALIK!)
    Eh? 7 saja? kenapa tidak 10?? HAHA.
    Nenek Moden
    Elya Elmo
    Rin
    Red
    Aisyah Sensei
    tQah
    Nick_Eza

    Sekian. 
    Withlove~♥;
    Photobucket

    Monday, May 24, 2010

    Selamat jalan sayang.

    Dia pergi tinggalkan aku untuk selamanya. Dan tidak akan kembali lagi.

    Juju sayang.

    Juju sudah tiada. Mati awal pagi tadi. Susah betul aku mahu menulis pasal dia sekarang nie. Air mata aku mengalir tidak berhenti.

    Dulu aku jumpa Juju nie berlegar-legar di rumah jiran sebelah. Waktu tu rumah jiran under construction. Dia tidaklah kecil sangat waktu tu. Mungkin umur dia dalam 4 atau 5 bulan.

    7 Julai 2007. Itu tarikh aku jumpa buah hati aku nie. Tu lah sebab nama dia jadi 'Juju'. =)

    Juju suka mengigit. Ganas macam harimau. HAHA. Banyak kesan gigitan kucing nie di tangan & kaki aku. Kadang² aku marah juga dengan dia sebab buat aku terluka. Eceh. HEHE. Tapi sekarang aku rindu. :'(

    5 hari Juju sakit. Mungkin keracunan. Sudah dibawa ke klinik tapi masih lagi sakit. Tak mahu makan dan minum langsung. Aku cuba paksa dia minum, tapi lepas tu dia muntah. Dia langsung tidak bergerak. Kaku saja. Cuma bergerak bila dia muntah. Sedih tengok dia yang meronta² bila dia muntah.

    Lepas nie, tiada lagi bunyi kau yang nyaring bangunkan aku pagi². Tiada lagi yang suka panjat tingkap. Tiada lagi yang suka main gigit². Tiada lagi yang makan di mangkuk bulat. Tiada lagi kucing yang kuat makan. Tiada lagi kucing yang tidur di riba aku. Gosh. I miss him so much. :'(

    Selamat jalan Juju sayang. We will miss you. :'(

     7 Julai 2007 - 24 Mei 2010.

    Withlove~♥;
    Photobucket

    Thursday, May 20, 2010

    Juju sakit II.

    Tadi bawa Juju pergi Jabatan Haiwan. Walaupun sakit, masih juga mahu meronta bila bawa naik kereta. Nasib baik letak dia dalam kotak, kalau tidak calar balar tangan aku.

    Juju yang sakit.

    'Klinik' yang merawat haiwan kesayangan.

    Kotak ajaib?

    Bila aku nampak syringe yang banyak tu, aku pula yang takut. HAHAHA. Macam tidak sanggup tengok Juju di cucuk benda tu. Tapi Juju tidak banyak melawan kali nie. Tu yang buat aku sedih. Sebab selalu dia mesti melawan. :'(

    Juju kena 2 suntikan. 1 untuk keracunan [aku lupa mahu ambil tahu nama ubat tu. HEHE], & 1 lagi antibiotik.

    Syringe besar nie untuk memudahkan Juju minum. Sudah 3 hari dia tidak makan. Tapi dia tetap tidak mahu minum.



    Juju sayang, cepat sihat. Lepas nie boleh gigit kaki aku lagi. :'(

    Withlove~♥;
    Photobucket

    Juju sakit.

    Hampir dua hari dia hilang. Dan petang kelmarin baru bapa aku jumpa.


    Juju sakit. Mungkin keracunan. Muntah² dan langsung tidak mahu makan. Berdiri pun tidak larat. Hari nie mahu bawa dia pergi Jabatan Haiwan. Tiada klinik haiwan di KM nie. Buat aku sakit hati saja.

    Tolong jadi kuat Juju. Aku cukup seksa tengok kau macam nie. :'(

    Withlove~♥;
    Photobucket

    Wednesday, May 19, 2010

    Balik kampung seperti halilintar III.

    Entry ini berunsurkan kucing sahaja. HAHAHA.

    Gambar nie bertarikh 12 Disember 2009. Pernah cerita tentang kucing ini disini.

    Ini pula 15 Mei 2010. Perghhhhh. Padanlah kau sudah besar!

    Eceh. Bila orang ambil gambar mulalah dia buat hal sendiri. Tidak sporting ah kau kucing!

    Adik kepada kucing diatas. Bila aku tanya pak cik aku siapa nama kucing² nie, dia jawap, "tiada". HEE.

    Tengok muka adik kucing dari dekat. HEHE.

    Gambar mama kucing pun ada. Tapi entah hilang pergi mana. Nantilah aku cari. Itu pun kalau belum masuk recycle bin. HUHUHU.







    Tamat sudah entry edisi Balik kampung seperti halilintar. =P

    Withlove~♥;
    Photobucket

    Balik kampung seperti halilintar II.

    Biarkan gambar bercerita. =)

    Welcome!
    Kalau dipanggang udang galah & ikan² nie mesti sedapkan? Patah mematah gigi. HAHA.

    Arked. Apa tu??

    Gambar nie aku ambil dari restoran di bawah nie. Aku suka view dari sini. Boleh nampak semua tempat di pekan tu.

     Retoran Wahidah. Promote². HEHE.


    Pilih jalan yang benar. Salah pilih, sesat jalan. Kalau sesat kembali ke pangkal jalan. Eceh.

    Kereta berderet itu macam ku tahu milik siapa. Kak Rin!!! HEHEHE


    Oh. Tidak tahu mahu letak caption apa.

    Maghrib. ^___^

    To be continued...
    Withlove~♥;
    Photobucket

    Balik kampung seperti halilintar I.

    Halilintar. Maksud aku pergi dan balik dengan cepat.

    Sabtu lalu, kami balik kampung mama aku. Sambil menyelam, kami minum air. Errrrr. Tidak, bukan betul² menyelam. Maksud aku, dalam perjalanan balik kampung, sempat menyinggah di Pesta Bengkoka Pitas. Bengkoka adalah nama sungai. Setahu aku lah. Kalau silap tolong betulkan wahai orang² Pitas. Kak Rin!!! Tiba². HEHEHE.

    Pintu gerbang?


    Pameran + Gerai²

    Pemenang 'ubi kayu paling besar'. Rasanya lah. HEHE. (^_^")

    Aku nangis² minta belikan belon² nie dengan mama aku. =P

    Cuaca mendung. Tapi panas. Hujan turun. Apakah??

    Awan cantik. HOHO.


    Pentas Utama.


    Rumah tradisi suku kaum di daerah Pitas.

    Perahu berhias [?].

    Cuaca panas. Aku beli minuman nie di booth FAMA kalau tidak silap. Air buah naga. Lepas nie bolehlah aku jadi naga. HAHAHATIDAKLAWAKPUN.


    To be continued...
    Withlove~♥;
    Photobucket

    Tuesday, May 18, 2010

    Cik ReD mencabar saya.

    Tajuk macam mahu cari gaduh. HAHAHA. Cik ReD sila ambil perhatian. =P




    Rules And Regulation:
    it's harder than it looks copy this to your own notes,
    erase my answer
    enter yours,
    tag twenty (20) people
    use the first letter of your name to answer each of the following questions,
    they have to be real, nothing made up if the person before u had the same first initial, u must use different answer,
    u cannot use any words twice and u can't use your name for the boy/girl name question.

    what is your name: dG.
    a four letter word: Down.
    a boy's name: Dafi. 
    a girl's name: Dewi.
    an occupation: Doctor.
    a colour: Dark blue. 
    something ur wear: Denim.
    a food: Dark chocolate.
    something found in the bathroom: Door?
    a place: Dining room.
    a reason to being late: Don't have any. =P
    something u shout: Deym! HAHAHA
    a movie title: Duyung.
    something u drink: Drinking water. Boleh?
    a musical group: Dmasiv. Cinta ini membunuhku. HA HA HA [gelak mendatar.]
    an animal: Dog.
    a street name: Jalan Duta, KK. 
    a type of car: Daihatsu??

    Tag 20 5 people:
    ElyaElmo
    Syasya Imani
    Nenek Moden
    tQah
    Fara Dee Dilah



    Sekian. =)


    Withlove~♥;
    Photobucket

    Saturday, May 15, 2010

    Aku sedang emo.



    Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8

    Tak perlu ucapkan sepatah kata
    Kerna lantang terbaca dari muka
    Kau dan daku sudah tiada
    Keserasian di jiwa
    Mungkin magisnya sudah hilang

    Tak perlulah kita mencuba lagi
    Betulkan kesilapan perhubungan ini
    Bila setiap perbincangan
    Menjadi perbalahan
    Manakah agaknya cinta pasti

    Chorus:
    Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
    Bunga yang layu pada musim luruh
    Yang dulunya mekar di sinar suria
    Bila sudah kering pasti akan gugur

    Seperti cinta kita yang jelas ternyata
    Semakin lama oh semakin rekah
    Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
    Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

    Usah titis air mata kau tangiskan
    Ku dah cukup menampung selautan
    Begitu lama ku pendam
    Tapi hanya berdiam
    Kerna cuba menafi realiti

    (chorus)

    Kebahagiaan.. dalam perpisahan..



    Aku emo sekarang nie. Lagu² macam nie buat aku menangis. HAHAHA. Aku serius. Sangat serius.



    Withlove~♥;
    Photobucket

    Friday, May 14, 2010

    Kucing yang ramai.

    Adakah ramai adalah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kucing yang banyak??




    Teringin ada kucing yang banyak macam nie. Sangat cemburu dengan datuk tersebut. HUHUHU.

    Withlove~♥;
    Photobucket