...Heart Lover.: 2010

Thursday, December 30, 2010

Exam mode.

Exam, tapi masih ada hati mau online.
Bijak bijak. *Ala-ala iklan susu tepung*


Aku rasa aku boleh diumpamakan macam makanan sejuk beku sekarang nie.
Masuk dalam dewan exam, macam masuk dalam freezer.
Sejuk gigil-gigil.
Masuk dewan exam, frozen.
Keluar dewan exam, defrost.
Macam tulah berulang-ulang sampailah exam nie habis.


P/s : Kelmarin aku layan drama Playful Kiss straighttttttttttt 1 hari. Dari episod 1 sampai 16. Tapi aku geram sebab episod 9 tiada! Sobsobsob.


P/s lagi : Kalau result paper Basic Applied Science nanti bermasalah, salahkan drama Playful Kiss. Meowwwwwwwwwwwwww.


P/s bukan PSP : Aku jatuh hati dengan Kim Hyun Joong! Matilah! *Pengsan*

Wednesday, December 22, 2010

Ada award lagi.

Award nie sudah setengah tahun dalam draf.  (-___-")

Anyway,
Thanks to sis tQah untuk award nie.
Dengan ini sayang aku untuk sis semakin bertambah. XD



1. Anda mesti memuji si pemberi award.
Blog sis tQah best sebab banyak gambar cantik². Dia selalu datang meng'up'kan traffic di blog aku. Sebab tu aku sayang dia banyak². =)

2.sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain.
10? Nah, ambil kau.


3.anda mesti memberitahu kepada 10 blogger tadi.
I'll tell them later. XD

4.bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.
Bila ada orang yang baca blog aku tanpa tinggal 1 perkataan pun tanpa rasa bosan. Itu pun kalau ada lah. (:


Bye².

Withlove~♥;
Photobucket

Sunday, December 19, 2010

Sinaran lampu neon.

Entry nie diperam selama 1 bulan 5 hari dan sudah bertransformasi menjadi jeruk. Sorry kalau entry nie ada rasa masam berlebihan. Tapi jeruk kalau makan cecah asam boi sedap jugakkan?

Entry tiada gambar jeruk, harap maklum.

Ladies and Gentlemen, I give you; i-City.



Hohoho!


Bila nampak benda nie, aku teringat chapter regeneration dalam buku teks science menengah rendah.


See??


 


Budak yang culik dan bawa aku pergi macam-macam tempat; Sue (bukan nama sebenar). :P




Tolong abaikan kemachoan aku. (=_=")

Friday, December 17, 2010

Gembira untuk mereka.

Bila aku nampak gambar kawan aku yang tengah bahagia,
serius, aku gembira sampai keluar air mata.
Happy tengok dia.
(:

Bila ada kawan yang bakal dipinang,
aku pula feeling lebih.
Macam aku yang di pinang.
HAHAHAHA.
Terasa rama-rama terbang dalam perut.

Sangat best.
Mungkin itu yang orang panggil 'tumpang gembira' kan?
Dia gembira, kita tumpang.



Tumpang gembira yang sangat terasa dalam hati.
Yang bukan hanya kata-kata pemanis mulut.

Bukan tumpang gembira yang berbunyi
"Aku tumpang gembira untuk kau!" yang sekadar menanam tebu dipinggir bibir,
tapi tumpang gembira yang rasa betul-betul gembira umpama cubit peha kanan peha kiri terasa.

Eh, kita buat kelas peribahasa kah?

Errrrrr. Aku rasa aku merepek lagi.
Huh.

Wednesday, December 15, 2010

It's not about how much you make...

It's about how much you spend.



Baiklah, kita kembali ke pangkal jalan dengan berbahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu atas sebab pemilik blog yang malas berbahasa luar.
:3

Kita mungkin dapat jumlah elaun yang sama banyak.
Tapi, mungkin segelintir akan survive sepanjang bulan.
Dan mungkin segelintir lagi bakal 'kering' sebelum tiba musim hujan.
Dalam kata lain,
duit habis sebelum hujan elaun melimpah-limpah ke riba.
(^_^")

Bezanya,
cara berbelanja.

Bapa aku pesan,
tidak apa makan/beli/berbelanja besar sekali sekala.
Tapi, berpada-pada.



Sebagai contoh.

Mungkin hari nie kau makan Pizza Hut Hawaiian Tuna largeeeeee punya.
So esok,
makanlah Maggi Asam Laksa yang besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr punya.
Atau lagi sedap makan nasi lauk ikan masin cecah kicap sambil tumpang cecah sos cili housemate.
Nomnomnom.

Or.

Mungkin hari nie kau shopping sakan beli baju seluar mp3 handphone periuk belanga sudu garfu gula garam.
Esok,
tolong rehatkan kad bank kau yang penat ditelan dan dimuntahkan mesim ATM.




Sekian.













It's okay to reward yourself. (:

Tuesday, December 14, 2010

Ubat Sakit Kepala.

Atas faktor cuaca yang tidak menentu, aku sakit kepala. Tapi, dengan hanya melihat seimbas lalu blog seseorang yang aku tak kenal, aku ketawa terbahak-bahak sampai aku lupa yang kepala aku sakit. HAHAHAHAHAHAHA.



Aku rasa macam aku kejam bila ketawakan kau. Tapi serius, aku tak tahan wei tengok! Geli! Kau umpama bayang-bayang aku pada masa lalu. Syukurlah aku sudah tinggalkan bayang-bayang tu.

HAHAHAHAHAHA! Tak tahan wei, rasa nak gelak banyak-banyak lagi!

Tapi apa-apa pun, aku nie bukan kejam tahap tinggi, kejam tahap Super Saia tu adalah sikit-sikit. Aku doakan kau akan peroleh sesuatu yang lebih baik daripada aku dan orang-orang sebelum aku dan orang-orang sebelum kau. Siapa tahu memang kaulah orang yang dicari. Kan? HEHE.





P/s: Harap maaf, mungkin post ini hanya akan difahami orang aku sorang sahaja. Sekian. :P

Saturday, December 04, 2010

Sorry sorry sorry sorry.

Naega naega naega meonjeo
Nege nege nege ppajyeo
Ppajyeo ppajyeo beoryeo baby




Hehehe.
Terkena tempias demam SUJU.
:P

Aku mau minta sorry nie.
Jarang update blog.
Aku busy tahap melampau.
Lagipun tidak tau mau update apa.

 Plat agar yang cantik pada asalnya, tapi akhirnya ada kontaminasi. (=_=")
*Hiasan sahaja*

Hidup sekarang pusing-pusing buat benda sama.
Balik-balik buat lab report.
Buat assignment.
So takkan lah aku mau tulis lab report & assignment aku sini kan?


Terbiarlah blog aku nie nampaknya.
(+__+")

 I YOU (:

Sunday, November 21, 2010

The winner.

Saya menang motor!
BWAHAHA!

Ingat lagi post contest nama untuk anak wa?
Contest tu sudah ada pemenang.
Dan pemenangnya pemilik blog littleheartlover.blogspot.com.
Ehem.
XD

OK.
Bukan menang motor.
Tapi menang cincin silver.
Aummmmmmmmmmmm.

Murah rezeki, Alhamdulillah.
Thanks Yuyu.
:D



Raja Aqeef Adha.
Semoga pemilik nama tu akan jadi seindah namanya.
Aminnnnnnnn.
(:

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha 1431 Hijrah.

Tahun nie raya haji di perantauan.
Sobsobsob.

Hujan turun.
Lepas tu berhenti.
Kerja aku hari nie bangun makan tidur bangun makan tidur.
Macam hujan yang turun berhenti turun berhenti.
AHAHA.
(=_=")


Juadah Aidiladha yang datang pada jam 9 malam. XD
Kuih raya, rendang daging, lemang & ketupat palas.
Nom nom nom.





Akhir sekali, 
Salam Aidiladha dari aku.

Saturday, October 30, 2010

6 hari lagi.

Cepat ja masa berjalan.
Masa cemburu aku cuti panjang.


Next week terbang balik hostel.
Cuti habis.
Sobsobsob.

Bakal rindu family, kawan-kawan & Lebah secara berlebihan.
Huaaaaaaaaaaaaaaaa.
Sobsobsob lagi.


Kepada orang-orang yang baru mau mengharung final exam,
semoga berjaya dengan bergaya aku ucapkan.

Kepada aku,
semoga result berwarna-warni terbang (flying colours).
Walaupun aku macam putus harapan.
Huhu. :'(

Saturday, October 16, 2010

Friday, October 15, 2010

Tag dari Syamimi yang sayang Gogoi.

Hehehehe. (:

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Semua benda pun penting. Kan?

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Urmmm. Jeans. Aku tapau kelmarin. (:

3. Dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?
 Buat di rumah. Tema? Taman tema boleh?

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Suka dowh tanya pasal cinta-cinta nie. I malu u. HAHA. :D



5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Selama-lamanya. Perghhhhhh. XD

6. Di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
Jarang jumpa, tidak selalu. So, tidak perlu aku jawap soalan tu kan? XD

7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
Graphic novel. Kau Menang by Obata Yuuki.

8. Apakah nama penuh korang?
Fullname.

9. Antara mak dan ayah, mane korang lebih mesra?
Perlukah aku bersikap tidak adil di sini??

10. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Errrr. Mau jumpa Jesse McCartney boleh? HAHAHAHAHA



11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Yupz?


12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Entah lah.


13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Dua-dua. Aku tamak. HAHAHA

14. Beritahu 3 benda tentang org yang tag?
Dia sayang Gogoi, kurus, budak geng Kancil. XD

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup
Parents, family, kawan-kawan, Lebah, CIMB bank, KKM, henfon, laptop, broadband, katil, bantal, selimut. Eh sudah lebih dari 5.


16. 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar
Truly madly deeply, Only you, Just the way you are, Save the last dance for me, Airplanes. Letak semua senarai lagu aku di sini, boleh?


17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas
17 Jun 90. Tahun lepas? sambut di rumah. Kawan-kawan datang bawa makanan banyak-banyak lepas tu diorang siap tolong cuci pinggan gelas sudu garfu. Terharu. Sobsobsob.




18. 5 rakan blogger yang korang nak tag
Mau tag The Lima. XD

Thursday, October 14, 2010

Penuh sebakul.

Tisu untuk kesat hingus sudah memenuhi bakul sampah.

Ermmmmmmmm.
Bila sudah kekeringan idea mau update blog,
update pasal tisu yang malang pun kira ok.
Kan?

Srooot srooooooooooooooot.
Hurm. Bertambah lagi kuantiti tisu dalam bakul sampah.

Wednesday, October 13, 2010

Sneez.



Aaaaaaaaaaaaachooooooooooooooooooooo!
Sroot.
Srooooot.
(Tarik hingus yang meleleh.)

Adegan di atas berlarutan hampir berpuluh kali.
Hingus meleleh lagi.
Sobsobsob.

Malang nasib tisu hari nie.
Jadi mangsa lap hingus aku.

Monday, October 11, 2010

Nama untuk anak wa.



Untuk mengambil mood, aku rasa aku perlu tukar kata ganti diri 'aku' kepada 'wa' agar lebih mesra dengan tuan punya contest. Eceh, macam tak biasa dengan tuan punya contest. HAHAHA. Contest nie dianjurkan oleh Yuyu Lar selaku tauke silver yang murah hati. Ok, wa mengaku wa mau ambil hati lu supaya wa menang. HAHAHAHAHAHA.

Yuyu, wa cadangkan lu sediakan tong oxygen kat sebelah lu. Wa takut lu semput tak cukup nafas nak baca entry wa. Sebab wa mau lu baca tanpa tertinggal 1 perkataan pun. Penat wa tulis entry nie untuk lu, so lu jangan membazirkan patah-patah perkataan wa. ;P




Nah. Ini syarat-syarat contest. Wa copy, wa paste. Tak kan nak taip satu-satu. Lenguh tangan wa nanti, tak dapat wa nak mencarut panjang-panjang.

1.lu buat entry 'NAMA UNTUK ANAK WA' dalam blog lu.
Check!

2.lu perlu lengkapkan tempat kosong ni dengan nama RAJA_____________________SHAH.
Lepas wa mencarut nanti wa bagitau.

3.jadi follower wa.dan taruk gambar baby wa suka kat bawah sekali nih.
Wa dah buat dah. Lu suka lah gambar lu masuk kat blog wa. Muka wa bila lu nak letak kat blog lu? HAHA

4.tarikh tutup : 24hb 11 2010
Ok ok masih sempat lagi nie. Eh, tarikh tu lu tunggu elaun masuk ke? XD

5.post link entry lu sebagai komen dalam entry ini.
Maksud lu kat entry lu kan? Nanti wa buat kalau wa dah siap merepek. :P

6.tag kawan lu sekurang kurang 3 orang.(pastikan mereka tahu lu tag dorang okeh..)
Wa nak tag sis tQah, Nenek Moden & Rin.











Ok ok wa rasa wa patut direct to the point tanpa melengah-lengahkan masa tuan punya contest untuk baca wa mengarut panjang-panjang. Tapi apa nak buat wa memang suka mengarut sebenarnya. Cuma wa selama nie tak ada idea untuk mencarut. Tapi sebab wa kenal lu wahai tuan punya contest, wa amat bersenang hati untuk menghabiskan masa lu membaca 1 perenggan yang tidak berfaedah dalam entry wa.

Perenggan di atas cuma merepek. Lu dah bazir masa lu tauke silver. :P

Wa tak mau mengarut lagi. Mari baca nama-nama suggestion wa untuk anak saudara lu. Nama nie lu boleh simpan dalam koleksi untuk anak-anak saudara lu yang akan datang jugak. Untuk anak lu pun boleh kalau lu nak. Wa takde hal. Lu nak bagi cucu lu pun boleh. Inikan pula cicit-cicit lu. Wa baik hati nak bagi nama untuk kaum kerabat lu nie. Hep hep cukuplah wa merepek harinie.

Errr. Wa rasa wa dah bazirkan 2 perenggan dalam entry wa. Ok wa teruskan lagi mencarut. Boleh kan kan kan?

Nama yang wa rasa mau kasi sama anak saudara lu.


Raja Ariffin Shah.

Tak pun wa bagi,

Raja Aqeef Shah.

Ariffin maksudnya yang bijak. Aqeef maksudnya memberi tumpuan sepenuhnya.

Wa bagi calon-calon nama anak saudara lu mula huruf 'A' sebab wa perasan yang anak-anak saudara lu yang lain semua huruf 'A' kat depan.

Errrrrr. Sampai sini jelah wa merepek, mengarut dan mencarut. Wa pun dah penat menaip nie. Tapi wa tau lu lagi penat nak baca. HAHA.

Bubye!







Perghhhhhh. Lama sudah tidak menaip entry panjang-panjang macam nie. HEH.

Sunday, October 10, 2010

Sepuluh.sepuluh.sepuluh.

Hari nie.
10.10.10

Tapi aku rasa tarikh "dua puluh. sepuluh. dua puluh sepuluh" lagi cantik. :)
20.10.2010

Tarikh yang lawa-lawa macam nie tinggal lagi 2 tahun.
20.11.2011
20.12.2012 

So, mahu tunang 20.11.2011.
And kawin 20.12.2012.
Boleh? XD






 
P/s: Aku cemburu tengok Sheikh Muszaphar Shukor kawin. Ahakzz!

Saturday, October 02, 2010

Study week?


Semua orang tengah sibuk study.
Aku tengah sibuk depan lappy.

Aku masih tidak berubah.
Masih dG yang dulu.
Study last minute.
Heh.






Oh ya.
Good luck for exam. :)

Monday, September 27, 2010

Haihhhh. Menyesal! Menyesal!



Yang mana lebih mujarab untuk tutup mulut yang kadang-kadang tiada insurans? Gam gajah atau guna mesin jahit? atau guna gam UHU? 

Saturday, September 25, 2010

Wednesday, September 22, 2010

Kembali ke sekolah.


Nasib baik tertinggal 2 kelas ja. Kalau tidak, masak jugak aku mau kejar syllabus. HUHUHU.

Tuesday, September 14, 2010

Geram!


Kedai jual topup di KK Plaza.

"Kak, reload Celcom RM10 ada?"

"Ada. Mau kupon atau flexi?"

"Bagi kupon lah."

"Kupon habis sudah."

"Flexi lah kak."

"Flexi pun habis."

"()&($#%@&#*$%&@#$*&$(#&$*"

Tuesday, September 07, 2010

Hari kelmarin bukan hari ini.

Aku sudah sampai di rumahku syurgaku. Serius, memang syurgaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Oh. Mari baca ringkasan hidup aku pada hari kelmarin.

Hostel -> Teksi -> KTM -> KLIA transit -> LCCT -> Tunggu kapal terbang dari jam 2 petang sampai 9.25 malam -> Kapal terbang -> KKIA

Ringkaskan? Tapi penatnya bukan main. Perghhhhhhhhhhh.

 
 Cari cari.

Tengok tengok.

Aku aku. [?]


Makan makan. 

Terbang terbang. Harap maaf, tiada gambar terbang. ;p

Alhamdulillah. Selamat sampai. :)

Photobucket

Monday, September 06, 2010

Thursday, September 02, 2010

Pergi buat ulangkaji sekarang!


Aku sepatutnya risau untuk exam mid term yang mula esok. Tapi rasanya aku lagi fikir pasal raya daripada exam tu. Adeh. Boleh hancur result aku kalau macam nie. Aku siap boleh download lagu raya dowh, buku yang tengah ternganga sebelah lappy nie tengah gersang minta aku bagi belaian kasih sayang. Apakah??

Oh ya. Doakan kejayaan aku.





Tata.
Photobucket

Wednesday, September 01, 2010

Bila malam terlalu hangat.

Panas weih malam nie. Udara apakah? Mau buka tingkap, tapi aku takut nyamuk masuk. Fobia terhadap nyamuk masih lagi tersisa dalam jiwa raga. Tidak sanggup dinodai nyamuk yang membawa kepada penginapan 5 hari 4 malam di wad Hospital Klang. Siapa mau jaga aku kalau aku masuk wad? Perghhhhhhhhhhh.

Oh. Esok ada kelas. Ada baiknya aku pergi beradu sekarang. Sleep well peeps.

Rindu dengan kucing-kucing aku. Sobsobsob.





Daaaaaaaaaaa.
Photobucket

Tuesday, August 31, 2010

Errr. Aku mau update nie.

kemerdekaan ke 53 Pictures, Images and Photos

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.

Hurm. Aku makin malas mau update blog. Bila aku buka blog, aku taip post baru, lepas tu aku padam balik. Rasa macam aku tidak sesuai jadi penulis blog. Malu gila dowh baca semua post aku sebelum nie. Hahahaha.

Bila tengok post aku yang terakhir, tulis waktu awal bulan hari tu. And now, sudah hujung bulan dowh. Mungkin aku patut tukar nama blog aku jadi 'update pada awal dan hujung bulan sahaja'. Comel kan?

Hurm. Tidak boleh update panjang-panjang. Cuaca tidak mengizinkan. Kilat dan petir sedang berdentam dentum diluar.

Bubye.








Oh. Rasanya update aku kali nie cuma untuk memberitahu yang tuan punya blog nie masih bernafas. Heh.


Photobucket

Wednesday, August 11, 2010

Bermulanya Diari Ramadhan dG.

Errrrr. Esok mulalah aktiviti "bazir-bazar" atau dalam kata lain membazirkan duit di bazar ramadhan. Itulah yang bakal terjadi bila nafsu mengawal diri. XD


Salam Ramadhan! Rasa singkat betul masa. Tahun lalu puasa di kampung dengan keluarga. Tahun nie berpuasa di perantauan. Hurmm. Laratkah aku urus sahur nanti? XD

Aku tertanya², bapa aku sudah pasang lampu raya liplap² kah? sudah isi minyak pelita kah? Tahun lepas aku jadi mangsa memanjat sana sini pasang lampu raya liplap², potong kain langsir, jahit langsir, pasang langsir, bersihkan sawang, lap tingkap, kemas rumah, makan sahur, berbuka puasa, jadi 'tong sampah' untuk telan semua makanan yang ada untuk elak pembaziran, buat milo ice blend, ok ok cukuplah tu. Tahun nie entah macamana. Terasa sayu pula tiba2. :'(

Withlove~♥;
Photobucket