...Heart Lover.: January 2012

Sunday, January 15, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah.

1st time aku handle kereta. Haha.
Umur 22 baru pegang kereta. Hebat, kan?
:')

Kesian Cikgu memandu tadi, balik-balik terhumban sebab aku tidak pandai kawal break, lepas tu enjin balik-balik mati sebab aku serius susah kawal clutch. Sorry Cikgu. :)

Aku benci bukit!
Bwahahahahahahahaha!
Comel. Kan?

Ada date 6 jam lagi dengan Sang Kancil.

Makan Untuk Hidup.

....bukan hidup untuk makan. ;)

Makan malam semalam;

Tepung pelita. Glamor waktu bulan puasa. :)

Laksam.


Kesimpulan minggu ini;

Khamis lepas.
Pergi makan-makan. Kedai Kopi, Taman Tasik Shah Alam.
Then pergi karaoke.
Lepas tu pergi Kg.Baru, Subang, makan burger. Hahahahahaha.

Kedai Kopi.
Err. Lepas telan 1/4 baru teringat ambil gambar.
Nasi Goreng Nenas Ikan Masin.

Jumaat lalu.
I-City!
3 kali aku pergi, 3 kali jugak I-City tu berubah rupa.
Mula-mula pergi dulu cuma ada lampu.
2nd time pergi ada Snowalk.
Sekarang, ada Ferris Wheel, Merry-Go-Round, etc.



Friday, January 06, 2012

Bosan Makan Masakan Sendiri.

I’m here to help you notice the rainbow.
Waiting Outside the Lines by Greyson Chance.

Lapar. Penat. Tidak larat pergi dapur pung pang pung pang kuali. Tiada selera mahu makan makanan masak sendiri.

Tiba masa untuk ziarah Kakak jual nasi lemak di tepi jalan hostel. :)

Nasi Lemak Kukus + Burung Goreng Berempah.
Sedap weii!

Wednesday, January 04, 2012

Masalah Besar.

Sometimes I wish I could save you.
Save You by Simple Plan

Ada satu masalah besar, bila mana aku kalah dengan diri sendiri. Benda lain aku rajin, tapi belajar, serius aku malas. Kemalasan aku sekarang tahap aku sendiri tidak tahan dengan diri sendiri.

Konflik dalaman yang serius mencabar kemachoan aku. *Pang pang pang* di muka sendiri.

Lusa ada exam Pathology, tapi muka aku menghadap lappy lagi banyak berbanding menghadap buku. Bila masa keinsafan mahu datang dalam diri dalam masa yang singkat ni.

Bekalan chocolate sangat diperlukan di musim exam. Nomnomnom.

Sunday, January 01, 2012

Hari Baru.

2012 tiba.
Masa berjalan laju, tapi aku masih lalai.
Hm.

Oh, semalam buat barbeque dgn kawan-kawan. Kejadian disimpulkan dengan gambar-gambar dibawah.

Panggang-panggang.

Makan-makan.

Main-main.

Nyanyi-nyanyi.

Bergembira, sebelum exam menjelma. :P