...Heart Lover.: January 2010

Thursday, January 28, 2010

Permohonan kemasukan ke IPTA.

Adeh. Pening aku tengok permohonan nie.

Klik untuk tumbesaran.

a. Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Bagi Sesi Akademik 2010/2011
b.Kategori Lepasan STPM/Setaraf & STAM [02 Feb 2010 - 30 Mac 2010] Sekarang baru 28 Jan.
c.Kategori permohonan: Diploma, Asasi.

Aku nda faham. Banner tulis Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Bagi Sesi Akademik 2010/2011, tapi kategori permohonan pula cuma diploma, asasi n sekolah² tertentu ja. Adui nah~

STPM sama taraf dengan diploma kan??

Jadi memang aku patut isi permohonan nie kan??

Kan??


Photobucket

Wednesday, January 27, 2010

Jangan pandang belakang. Jangan tegur. Ju-On. Congkak. One missed call. Bla bla bla~

Semua tu tajuk filem² seram yang berhantu. Aku hairan dengan sesetengah orang yang sememangnya penakut tapi masih juga mau tengok cerita² macam nie. Tapi aku tabik jugalah sama kamu sebab walaupun takut, berani juga tengok. takut² beranilah tu~

Aku nda suka tengok cerita seram. Sebenarnya bukan nda suka, tapi aku nda berani. Dalam kata lain, aku penakut! Serius, aku memang penakut. Lepas ja aku tengok, gerenti aku terbayang² adegan² seram dalam cerita tu. Dan mental aku akan terganggu! Ceh! macam pula ada masalah mental. Maksud aku, aku ketakutan lah. Huhu!



Jadi, untuk mengelakkan diri aku nie diselubungi misteri ketakutan, aku elakkan dari tengok cerita² berhantu! Dan atas alasan itu juga, aku jadi kurang penakut. kurang itu nda bermaksud aku langsung nda takut!huhu! Nda lah aku terbayang² benda² ghaib tu sebab aku nda tau rupanya. Kan aku nda tengok cerita² seram tu~  Kecualilah kalau memang betul² muncul depan mata. Haissshhhhh~ Palis²~ Nauzubillah.

Banyak² cerita horror waiseh, guna BI kau yau! haha~ ada 1 cerita yang bagi impak dengan aku. Cerita Child's Play! Bapa aku selalu ejek aku sebab aku takut gila dengan patung pembunuh yang gila tu! Aku paling takut bila aku terbayang muka c Chucky time dia mau bunuh orang! Arghhhhhhhhhhhh! Hell!!

benci betul dengan patung 'bernyawa' nie!
janganlah dia masuk dalam mimpi aku malam nie!

Psstt~ : Aku rasa bapa n mama aku sengaja bagi aku tengok cerita nie time aku kecik dulu supaya aku nda minta beli mainan. Tapi hakikatnya, itu nda berhasil. Aku masih cinta suka dengan permainan! Dari teddy bear sampai power rangers. Umur aku 13 baru aku berhenti minta beli mainan. Dowh~ gila betul aku time kecik dulu. Menyusahkan bapa mama ja.

Photobucket

Sunday, January 24, 2010

SAYA vs AKU.




Insiden nie jadi lebih kurang enam tahun yang lalu. masa latihan nasyid di sekolah.

[Perbualan aku dan mama aku ditelefon.]
Aku : Ma, kami mau balik sudah nie. Mama dapat ambil akukah?
Mama : Bah, tunggu ja dulu. Nanti Mama ambil k.
Aku : Ok.

[Dan aku rasa Cikgu R dengar perbualan aku dengan Mama aku.]
Cikgu R : Kenapa kamu biadap dengan emak kamu?
Aku : Hah??? Serius, aku bingung.
Cikgu R : Kenapa kamu guna 'aku' masa berbual dengan emak kamu. Kamu nie tak hormat emak kamu ke?
Aku : Aku betul² rasa nda puas hati lepas Cikgu R cakap macam tu. Tapi aku diamkan ja.

'Saya' itu kata ganti nama diri. Begitu juga dengan 'aku'. Cuma penggunaan perkataan itu mungkin sedikit berbezalah kan?

Serius cakap, aku terasa bila cikgu tu cakap macam tu. Aku hormat bapa mama aku. Digelar biadap tu melampau bah.

Dengan family aku yang rapat, aku memang guna perkataan 'aku'. Di sekolah, dengan cikgu² aku guna 'saya'. Dengan kawan² aku guna 'aku' n kadang² aku guna 'saya'. Aku sesuaikan semua tu dengan keadaan. Tapi biadapkah bila aku guna 'aku'??

Selalunya bila ada kawan² aku yang muda dari aku panggil aku kakak, aku malu. Dan aku tetap membahasakan diri aku 'aku'. Sebab aku segan mau bahasakan diri aku 'kakak'. Kadang² aku rasa macam ada jurang bila aku guna perkataan yang skema tu. Hehehe!

Jadi aku harap, janganlah ada siapa² cakap aku biadap tanpa sebab yang kukuh lepas nie.

Photobucket

Thursday, January 21, 2010

Wednesday, January 20, 2010

Realise.



My heart wound healing process is completely complex.
It's still bleeding.
Photobucket

Monday, January 18, 2010

Selamat pagi Cinta!



4 Jiwa, 2 cerita, 1 cinta.

Selamat pagi~! Aku baru ja lepas tengok filem Selamat pagi Cinta nie di youtube tadi.

Aku taulah filem nie basi sudah, tapi mau buat macamana, disini bukan ada panggung. Aku tunggu cerita nie kena upload di youtube ja lah~ huhu!

Anyway, aku memang gila² punya emosi time tengok cerita nie! Huhuhu. Touching gila. Aku nda dapat tahan air mata aku mengalir. Hingus aku pun mengalir~ Haha!

Pelakon² utama dalam cerita nie? Pierre Andre[Ilham], Fazura[Julia], Que Haidar[Azam] n Sharifah Amani[Suci].

Nda di nafikan ada beberapa kelemahanlah dalam cerita nie. Contohnya macam part yang si Ilham n Julia main rollerblade tu. Henfon si Ilham tu off kan time dia gambar/rakam si Julia?  Tapi aku nda kisahlah semua tu, sebab aku khayal menghayati cerita tu habis²an! Ya, aku memang jiwang, so what?! lalalala~

Dalam filem nie aku rasa aku lebih tertarik dengan cerita cinta Ilham n Julia. Cara si Ilham bawa si Julia kawinlah paling smart! Main lambung syiling~ haha! Aku suka part bila si Ilham cakap "Selamat pagi Cinta" untuk si Julia tiap kali bangun dari tidur. Hm. Paling sedih bila si Ilham sudah tiada n si Julia tinggal sorang². Huhuhuhu~ Nda aku boleh bayang kalau aku yang jadi si Julia. T.T

Cerita cinta si Azam n Suci pun boleh tahan. Cinta yang nda kesampaian. Cinta yang perlukan pengorbanan. Paling aku nda tahan part si Azam main biola di panggung teater. Sedih gila woo tengok si Suci tercari² si Azam time tu. Sudahlah sedih muzik dia time tu! T.T

Bah², nda lah aku mau kasi panjang² review aku nie. Sekarang nie pun sudah cukup panjangkan? Bukan jua ada yang baca. Hahaha!

Nah sinopsis filem Selamat pagi Cinta yang aku tapau dari web Sinema Malaysia. Tapi aku rasa macam sinopsis nie lainlah dari cerita yang aku tengok. Ahh~ mana² ja lah.

SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.


Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.

Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.

Apakah kesudahan kisah dua cinta ini dan apakah kaitan antara keduanya, SELAMAT PAGI, CINTA! ada jawapannya.


Oh ya, mau tengok cerita nie? Klik sini ---> Selamat pagi Cinta!
Pandai²lah kamu cari sambungan²nya k. Hehe!
Photobucket

Saturday, January 16, 2010

Main air?

Sabtu, 16 Januari 2010. Kg.Lotong. 1:47 petang.









Banjir! Mari main air!! Huhuhu~

Sekian.



Friday, January 15, 2010

"Selamat hari hujan," kata auntie yang menjaga kedai.


Nie la simpang depan rumah aku yang 'banjir' tu. Hehe~

Tadi terpaksa aku meredah 'banjir' tu time aku mau p kedai. Dengan iringan hujan yang nda la terlampau lebat. Terus feeling macam mau buat video klip untuk lagu Bila rasaku ini rasamu! Lagu kecewa aku nie~ Haha!

Tadi sebelum aku p kedai, c Juju cakar bahu aku. Huaaaaaaaaaaaa~! Bagus² orang mau angkat dia, dia cakar pula! Sakit bah tu Juju! Macamlah c Juju pandai membaca blog~ huhu~

Tapi bila aku nampak gaya dia yang 'minta puji' nie, terus hilang marah aku. huhu!






Thursday, January 14, 2010

Bila langit menangis.



Hujan lebat. Air paip tiada. Simpang depan rumah aku banjir. Lupa snap gambar! Sejuk. Tidur pun syok. Dapur yang tunggang langgang aku plan mau kemas harinie, terpaksa aku cancel. Sebab tanpa air, operasi nda jalan. Alasan~!

Wednesday, January 13, 2010

Tertanya².



ngantuk = Tidur.
ngantuk ≠ online

Hairan jua aku. 
Bilangnya ngantuk.
Kalau ngantuk tidurlah bah kan?

Tapi online pula. 
Kalau rasa boring dengan aku, cakap. 
Nda jua aku paksa bah.



Saturday, January 09, 2010

Ada apa dengan PERIA?




Ramai orang nda suka makan peria kan?? tapi aku suka!!!ceh~ over!haha! Peria nie tergolong dalam sayur kegemaran aku. Hehehehe~

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia ada banyak khasiat. Ramai orang nda suka makan peria nie sebab rasa dia pahit kan? Ala. Pahit tu kamu boleh kasi hilang bah tu. Ada orang cakap, lepas potong rendam ja peria tu dalam air yang berisi garam halus dalam lebih kurang setengah jam. & ada yang cakap rendam dalam air kapur. Tapi kalau aku masak aku kasi biar ja pahit tu. Sedap apa! haha!!

Aku dapat tau yang peria nie boleh meningkatkan metabolisma. Lepas tu khasiat dalam peria nie boleh mengelakkan kanserMasih nda mau makan peria kah?? Nah! aku bagi lagi khasiat dia!

Hasil penyelidikan menemui peria nie mengandungi hypoglycemic atau insulin yang boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah. Maksudnya, peria nie ubat kencing manis a.k.a diabetis lah. Caranya? Minum jus yang diambil dari 4-5 biji peria pada setiap pagi. Kalau ini aku pun nda sangguplah.. hehe! Biji peria tu boleh kasi hancur lepas tu campur dalam makanan. Kalau rasa nda sanggup minum jus peria, minum air rebusan peria tu pun boleh bah. Aku tulis apa yang aku dapat tau ja ah. Kalau salah kasi betul!! Cuba bayangkan, makan peria nie ja macam² penyakit kita boleh elak!

Banyak lagi bah khasiat peria nie. Kamu klik ja mana² link d bawah nie k kalau mau tau lebih lanjut.







Psstt~: Aku dengar² peria nie boleh kasi kurang lemak diperut!! Hoh!! bertambah2lah aku suka makan peria nie! Hahahahahaha!

Tuesday, January 05, 2010

Alvin & The Chipmunks..!

Argggggghhhhhhh!!!! Comel!!!! Aku mau Theodore~!!!

Pagi² tadi lepas sarapan, terus aku teringat mama aku ada beli dvd Alvin & the chipmunks. Lama sudah aku mengidam mau tengok cerita nie! Ceh~ Mengidam kunun ah~ Biasalah, boipren aku ada menyumbangkan suara dia dalam cerita nie. Hahahaha²! Perasan lebih ja aku~ huhu!

Theodore = Jesse McCartney = Boipren aku!! Hahaha! 
Abaikan ja lah kegilaan yang melanda aku nie. Huhuhu.

Best gila eh cerita nie! Aku betul² nda tahan tengok chipmunks yang comel²! Mau ja aku bawa keluar dari tv. Miahahahahahahaha! Gila~

Kecomelan~ Mau ja aku cubit² c Theo nie!!!









Cerita nie bagus. Mesej kekeluargaan dia memang buat aku hampir² mau nangis. Hampir² ja. Aku nda nangis pun ok!

Nah, ini sinopsis cerita nie yang aku tapau dari IMDb~

 In a tree farm, three musically inclined chipmunks, Alvin, Simon and Theodore, find their tree cut down and sent to Los Angeles. Once there, they meet the frustrated songwriter David Seville, and despite a poor house wrecking first impression, they impress him with their singing talent. Seeing the opportunity for success, both human and chipmunks make a pact for them to sing his songs. While that ambition proves a frustrating struggle with the difficult trio, the dream does come true after all. However, that success presents its own trials as their unscrupulous record executive, Ian Hawke, plans to break up this family to exploit the boys. Can Dave and the Chipmunks discover what they really value amid the superficial glamor around them?

"I had a nightmare."
Warghhhhhhhhhhhhh! Comel~!!!!

Cerita Alvin and the chipmunks 2: The Squeakquel nanti aku cerita lain kali k! Hohohohoho~

Sunday, January 03, 2010

Kembali ke sekolah.



Skema bah tajuk entry. Haha!

Budak² sudah mula bising sebab nda puas cuti. Aku? Aku rindu jua mau pergi sekolah walaupun banyak benda menyakitkan hati di sekolah tu. Tapi kempunan ja lah aku mau pergi sekolah lagi. No more title "budak sekolah". Huhu~ sedih~

Dilanda keboringanlah aku di rumah lepas nie. Adik² aku pergi sekolah, aku 1 orang ja di rumah. Mama aku cakap, dia sudah kasi sedia banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak kerja untuk aku. Kerja apa lagi kalau bukan jadi suri rumah tangga berjaya. Adei! Lalalalala~

Cuti aku masih panjang. Aku mau buat apa pun aku nda tau. Paling² duduk diam² ja lah di rumah, kumpul lemak. Mak cik aku pun bising sudah suruh aku diet. Aku diet?? Macam mimpi ja tu tau. Wakakaka!



Merajuk?

Siapa yang merajuk??

































Si Juju.

Sekarang nie si Juju selalu merajuk. Minta perhatian ja kerja dia. Jeles betul dia kali sama si Jam. Terus aku teringat pesan si Ame' haritu. Ui nah Me', takut sa si Juju lari macam kucing ko~ Huhu!


Apa maksud renungan si Juju tu??

Sekarang nie, kalau kami kasi manja² si Jam, terus si Juju mengamuk. Mencakar bah dia! Habis calar-balar tangan & kaki aku. Pandai lagi tu buat muka minta kesian. Adoi~

Friday, January 01, 2010

Keinginan 2010.


Tahun 2010. Umur aku mau masuk 20. Haishhhhh~ Aku selalu terlupa dengan kenyataan yang aku nie nda lama lagi boleh mengundi. Aik? Lari tajuk sekejap. 

Ok. Back to the topic. Aku panggil keinginan. Dan bukan azam. Kenapa? Sebab aku tertekan bila azam aku nda tertunai. Aku lagi selesa gelar azam aku sebagai keinginan. Jadinya, tekanan aku nda melampau kalau keinginan aku nda tertunai. Hehe. Fahamkah?huhu

Keinginan aku tahun 2010..? Itu pun kalau umur panjanglah.

Aku mau jadi lebih kuat. Yup! Kuat untuk menghadap semua dugaan² hidup. Aku mau kurangkan air mata yang selalu mencurah² ke pipi nie. Hehe! Bukan coklat yang mencurah² ke ladang gandum ok~ Aku nda maulah nangis² lagi. Aku ingat pesan kakak Wirnie aku time aku kecik² dulu. "Jangan kuat nangis, nanti mata nda cantik". Haha! takut jua bah aku mata nda cantik~hehe!

Lepas tu, aku mau kasi mantap blog aku nie. Hoho~ Nda maulah tulis benda² nda berfaedah ja. Mau jua aku bah tulis benda² yang boleh meningkatkan ketajaman fikiran. Hehehehe~ tulunglah! Tapi, aku siyes nie. Hurmmmmmmmmm..

Aku mau jadi rajin. Sekarang nie aku rajin jua, rajin online! Yang lain aku kemalas-malasan. Jadi, tiup²kanlah semangat rajin tempat aku. Share² kita ah. Hehehehe!

Kalau ada peluang sambung belajar, insyaAllah aku belajar rajin². Sesalan untuk STPM yang sudah berlalu tu pun nda ada guna jua. Jadi aku harap aku hargailah peluang² yang ada lepas nie. Amin~ Doa-doakanlah aku k.

Kerana mulut, badan binasa. Jadinya, aku mau tutup mulut aku lepas nie. Mau kasi kurang bercakap. Nielah antara keinginan aku yang susah mau ditunaikan. Huhu!

Banyak lagi keinginan aku nie sebenarnya. Tapi bila aku mau menemberang di blog nie, terus aku terlupa apa keinginan² aku tu. Hahaha! Niat ko lari sudah tu dG! Nda bah, bukan mau temberang, tapi bila aku sudah tulis di blog nie, automatik ada orang baca, kan? jadi semestinya orang pun mau jua tau perkembangan keinginan² aku kan? Dan itu bermakna aku mestilah lebih bersemangat mau kasi tunai keinginan² aku. Kan? kan? kasi 'iya' ja bah.

Kelemahan aku, aku mau perbaiki. Kelebihan aku, aku kekalkan. Itu pun kalau aku ada kelebihan. Tapi kelebihan lemak tu memang perlu dikurangkan! Dipendekkan cerita, aku mau meningkatkan prestasi diri. Hoh! Ayat bukan main lagi. mantap~ Mudah²an prestasi aku nie pun makin mantaplah. T.T