...Heart Lover.: December 2010

Thursday, December 30, 2010

Exam mode.

Exam, tapi masih ada hati mau online.
Bijak bijak. *Ala-ala iklan susu tepung*


Aku rasa aku boleh diumpamakan macam makanan sejuk beku sekarang nie.
Masuk dalam dewan exam, macam masuk dalam freezer.
Sejuk gigil-gigil.
Masuk dewan exam, frozen.
Keluar dewan exam, defrost.
Macam tulah berulang-ulang sampailah exam nie habis.


P/s : Kelmarin aku layan drama Playful Kiss straighttttttttttt 1 hari. Dari episod 1 sampai 16. Tapi aku geram sebab episod 9 tiada! Sobsobsob.


P/s lagi : Kalau result paper Basic Applied Science nanti bermasalah, salahkan drama Playful Kiss. Meowwwwwwwwwwwwww.


P/s bukan PSP : Aku jatuh hati dengan Kim Hyun Joong! Matilah! *Pengsan*

Wednesday, December 22, 2010

Ada award lagi.

Award nie sudah setengah tahun dalam draf.  (-___-")

Anyway,
Thanks to sis tQah untuk award nie.
Dengan ini sayang aku untuk sis semakin bertambah. XD



1. Anda mesti memuji si pemberi award.
Blog sis tQah best sebab banyak gambar cantik². Dia selalu datang meng'up'kan traffic di blog aku. Sebab tu aku sayang dia banyak². =)

2.sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain.
10? Nah, ambil kau.


3.anda mesti memberitahu kepada 10 blogger tadi.
I'll tell them later. XD

4.bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.
Bila ada orang yang baca blog aku tanpa tinggal 1 perkataan pun tanpa rasa bosan. Itu pun kalau ada lah. (:


Bye².

Withlove~♥;
Photobucket

Sunday, December 19, 2010

Sinaran lampu neon.

Entry nie diperam selama 1 bulan 5 hari dan sudah bertransformasi menjadi jeruk. Sorry kalau entry nie ada rasa masam berlebihan. Tapi jeruk kalau makan cecah asam boi sedap jugakkan?

Entry tiada gambar jeruk, harap maklum.

Ladies and Gentlemen, I give you; i-City.



Hohoho!


Bila nampak benda nie, aku teringat chapter regeneration dalam buku teks science menengah rendah.


See??


 


Budak yang culik dan bawa aku pergi macam-macam tempat; Sue (bukan nama sebenar). :P




Tolong abaikan kemachoan aku. (=_=")

Friday, December 17, 2010

Gembira untuk mereka.

Bila aku nampak gambar kawan aku yang tengah bahagia,
serius, aku gembira sampai keluar air mata.
Happy tengok dia.
(:

Bila ada kawan yang bakal dipinang,
aku pula feeling lebih.
Macam aku yang di pinang.
HAHAHAHA.
Terasa rama-rama terbang dalam perut.

Sangat best.
Mungkin itu yang orang panggil 'tumpang gembira' kan?
Dia gembira, kita tumpang.



Tumpang gembira yang sangat terasa dalam hati.
Yang bukan hanya kata-kata pemanis mulut.

Bukan tumpang gembira yang berbunyi
"Aku tumpang gembira untuk kau!" yang sekadar menanam tebu dipinggir bibir,
tapi tumpang gembira yang rasa betul-betul gembira umpama cubit peha kanan peha kiri terasa.

Eh, kita buat kelas peribahasa kah?

Errrrrr. Aku rasa aku merepek lagi.
Huh.

Wednesday, December 15, 2010

It's not about how much you make...

It's about how much you spend.



Baiklah, kita kembali ke pangkal jalan dengan berbahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu atas sebab pemilik blog yang malas berbahasa luar.
:3

Kita mungkin dapat jumlah elaun yang sama banyak.
Tapi, mungkin segelintir akan survive sepanjang bulan.
Dan mungkin segelintir lagi bakal 'kering' sebelum tiba musim hujan.
Dalam kata lain,
duit habis sebelum hujan elaun melimpah-limpah ke riba.
(^_^")

Bezanya,
cara berbelanja.

Bapa aku pesan,
tidak apa makan/beli/berbelanja besar sekali sekala.
Tapi, berpada-pada.



Sebagai contoh.

Mungkin hari nie kau makan Pizza Hut Hawaiian Tuna largeeeeee punya.
So esok,
makanlah Maggi Asam Laksa yang besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr punya.
Atau lagi sedap makan nasi lauk ikan masin cecah kicap sambil tumpang cecah sos cili housemate.
Nomnomnom.

Or.

Mungkin hari nie kau shopping sakan beli baju seluar mp3 handphone periuk belanga sudu garfu gula garam.
Esok,
tolong rehatkan kad bank kau yang penat ditelan dan dimuntahkan mesim ATM.




Sekian.













It's okay to reward yourself. (:

Tuesday, December 14, 2010

Ubat Sakit Kepala.

Atas faktor cuaca yang tidak menentu, aku sakit kepala. Tapi, dengan hanya melihat seimbas lalu blog seseorang yang aku tak kenal, aku ketawa terbahak-bahak sampai aku lupa yang kepala aku sakit. HAHAHAHAHAHAHA.



Aku rasa macam aku kejam bila ketawakan kau. Tapi serius, aku tak tahan wei tengok! Geli! Kau umpama bayang-bayang aku pada masa lalu. Syukurlah aku sudah tinggalkan bayang-bayang tu.

HAHAHAHAHAHA! Tak tahan wei, rasa nak gelak banyak-banyak lagi!

Tapi apa-apa pun, aku nie bukan kejam tahap tinggi, kejam tahap Super Saia tu adalah sikit-sikit. Aku doakan kau akan peroleh sesuatu yang lebih baik daripada aku dan orang-orang sebelum aku dan orang-orang sebelum kau. Siapa tahu memang kaulah orang yang dicari. Kan? HEHE.





P/s: Harap maaf, mungkin post ini hanya akan difahami orang aku sorang sahaja. Sekian. :P

Saturday, December 04, 2010

Sorry sorry sorry sorry.

Naega naega naega meonjeo
Nege nege nege ppajyeo
Ppajyeo ppajyeo beoryeo baby




Hehehe.
Terkena tempias demam SUJU.
:P

Aku mau minta sorry nie.
Jarang update blog.
Aku busy tahap melampau.
Lagipun tidak tau mau update apa.

 Plat agar yang cantik pada asalnya, tapi akhirnya ada kontaminasi. (=_=")
*Hiasan sahaja*

Hidup sekarang pusing-pusing buat benda sama.
Balik-balik buat lab report.
Buat assignment.
So takkan lah aku mau tulis lab report & assignment aku sini kan?


Terbiarlah blog aku nie nampaknya.
(+__+")

 I YOU (: