...Heart Lover.: Blog
Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Bumi yang kecil.

Maaf.
Entry nie bukan membincangkan soal keluasan bumi mahupun ke'sfera'an bumi.

Rasa bumi nie semakin 'kecil' bila aku TERserempak dengan Nekmo kelmarin. Selama nie kenal dalam alam maya, tak sangka boleh jumpa kat Taste of Asia tu. Haha.

Teragak-agak nak tegur dia sebab takut salah orang. Nasib baik dia cam aku. So, tak salah oranglah kan? Hahahaha. Comel je tengok muka Nekmo yang terkejut. Naik segan aku. XD

Kita ada jodohkan? Bila kita nak kahwin nie Nekmo? Wakakaka!

Sunday, January 02, 2011

Merah.

Sempena tahun baru 2011, blog aku bertukar tema.

Bertemakan Tahun Baru Cina.


Ehem.
Maksud aku, bertemakan warna merah.

Saturday, December 04, 2010

Sorry sorry sorry sorry.

Naega naega naega meonjeo
Nege nege nege ppajyeo
Ppajyeo ppajyeo beoryeo baby




Hehehe.
Terkena tempias demam SUJU.
:P

Aku mau minta sorry nie.
Jarang update blog.
Aku busy tahap melampau.
Lagipun tidak tau mau update apa.

 Plat agar yang cantik pada asalnya, tapi akhirnya ada kontaminasi. (=_=")
*Hiasan sahaja*

Hidup sekarang pusing-pusing buat benda sama.
Balik-balik buat lab report.
Buat assignment.
So takkan lah aku mau tulis lab report & assignment aku sini kan?


Terbiarlah blog aku nie nampaknya.
(+__+")

 I ♥ YOU (:

Friday, May 07, 2010

Ada apa dengan blog.

Aku sudah lama tidak mengupdate blog dengan bersungguh². Bukan malas, tapi kekeringan idea. Mungkin disebabkan oleh musim kemarau yang akhirnya membuat idea² aku turut sama menjadi kering.

Kering~ HUHUHU.

Bila aku tengah sibuk [sedang mencuci kain contohnya], idea untuk berblog sangat banyak hingga mencurah² ke ladang gandum, tapi aku tidak ada masa untuk menaip [kan aku sedang mencuci kain]. Tapi, bila aku mula duduk menghadap laptop dan bersemangat untuk menulis, tiba² semua idea aku hilang! Gone baby, gone! Perlukah dikejar idea² yang hilang ditiup angin kipas itu? T_____T

Maka dengan itu, aku pun lebih banyak menghabiskan masa untuk blog berjalan[blogwalking]. Dunia blog nie memanglah Adamaya, eh, alam maya. Sorry, demam Adamaya tu sangat kuat. HAHA. Berbalik kepada topik, dunia blog nie memanglah alam maya. Tapi kebanyakan yang ditulis di dalam blog tu realiti. Kan??

Baru² nie aku ada terbaca tentang sorang blogger yang meninggal dunia. Ya, arwah masih muda. Meninggal akibat kemalangan. Sebelum ini aku tidak pernah kenal arwah. Tapi dari apa yang aku baca dari entry tentang arwah daripada blogger² lain yang merupakan kenalan arwah, arwah seorang yang baik. Ramai yang terasa kehilangan. Hinggakan aku yang tidak pernah kenal arwah, tidak pernah membaca blog arwah sebelum nie pun boleh menitiskan air mata bila baca semua tu. Al-Fatihah untuk arwah.



Ok. Cukuplah mungkin bercerita tentang kesedihan.

Cerita gembira. Seorang blogger yang aku sangat respect sudah selamat melahirkan little autumn. =) Alhamdulillah. Tahniah untuk Kak Chika dan suami. Serius, aku sangat gembira. Sepanjang beberapa hari nie aku ikut sama gemuruh bila dapat tahu yang masa untuk dia bersalin semakin hampir. Hampir setiap jam aku menghadap blog dia untuk tahu keadaan dia. HAHAHA. Ya aku over, tapi, ada aku kisah?? =P


 Tahniah sekali lagi Kak Chika.



Gembira. Sedih. Huru-hara. Hu ha hu ha. Tension. Stress. Semua ada dalam blog. So, kira realitilah tu kan?



Withlove~♥;
Photobucket

Saturday, May 01, 2010

Bertukar.

Bertukar menjadi Power Rangers.


Eh. Bukan. Bukan menjadi Power Rangers. Bukan itu.

Patutkah aku menukar kata ganti nama 'aku' kepada 'saya' untuk berbahasa dalam blog ini? 'Saya' kedengaran lebih sopan bukan? Dan 'aku' kedengaran lebih rock. Tapi aku teringin untuk menjadi lebih cool. HAHAHA.

Sangat blur dengan kata ganti nama sendiri. Haissssssssssssh.

Withlove~♥;
Photobucket