...Heart Lover.: 2016

Saturday, August 27, 2016

2015? Krikk krikk krikk.

Hai. 

Blog ini lama tidak bersiaran. Siaran tergendala. Kalau pun siaran kembali ke udara, mungkin tiada penonton barangkali. 

2015 tidak berkhabar di dalam sini. Hanya berkhabar di laman sosial lain. Anggaplah blog ini pekan koboi yang hanya ada gompolan jerami bergolek-golek ditiup angin sepoi-sepoi. Kahkahkah. Maaf, lawak hambar. 


***


Sedikit rentetan 2015.

1. Bali, Indonesia. Boracay, Filipina. Singapura. Itu, 3 tempat di luar yang aku jejak pada 2015. Hebat penangan frust, bukan? Membawa hati yang lara sampai travel merata-rata. Wakakaka. 


13 - 16 January 2015 | Bali, Indonesia.


21- 24 May 2015 | Boracay, Philippines.


30 July - 2 August 2015 | Singapore to JB.

2. Malaysia? Haruslah aku berpeleseran. 

14 March 2015 | Putrajaya

14 March 2015 | Melaka

11 April 2015 | Langkawi


3. Aku pindah. Bermastautin hampir 2 tahun di Klang, Selangor, aku ambil keputusan untuk kembali ke tanah air. Heh. Sirih hampir pulang ke gagang, hampir, tapi belum pulang. Sekarang aku menetap di Sandakan, Sabah. Sandakan - Kota Marudu masih jauh.

4. Dulu aku bertapa dalam hospital. Sekarang di Klinik Kesihatan. Dulu waktu di hospital, aku cover 1 seksyen kecil, sekarang aku jadi anak bulan cover 2-3 klinik kadang-kadang. 

5. Lepas aku pindah, daily, aku travel pergi kerja approximately 60km untuk pergi & balik. Kahkahkah. Manakala on some weekends (some weekends ja, bukan every weekends) aku travel 600km pergi & balik, mengharung jalan darat berbukit bukau dengan Theo untuk balik kampung. Aku balik kampung paling kurang sebulan sekali, selalunya sebulan 2 kali. Kahkahkah lagi.

Oh. Lupa aku perkenalkan Theo. Theo adalah kuda yang aku jaga sejak Mei 2014. Kuda yang selalu dengan aku mengharung hujan & panas.


***


Itu, sedikit sinopsis 2015 aku. 

Kalau ada rajin bertandang di hari lain, mungkin aku buat sinopsis untuk 2016 yang bersisa 4 bulan lagi ni. Mungkin. Heh. 

Sekian. Sampai bertemu lagi. 
Entah bila. 
:3