4 Jiwa, 2 cerita, 1 cinta.
Selamat pagi~! Aku baru ja lepas tengok filem Selamat pagi Cinta nie di youtube tadi.
Aku taulah filem nie basi sudah, tapi mau buat macamana, disini bukan ada panggung. Aku tunggu cerita nie kena upload di youtube ja lah~ huhu!
Anyway, aku memang gila² punya emosi time tengok cerita nie! Huhuhu. Touching gila. Aku nda dapat tahan air mata aku mengalir. Hingus aku pun mengalir~ Haha!
Pelakon² utama dalam cerita nie? Pierre Andre[Ilham], Fazura[Julia], Que Haidar[Azam] n Sharifah Amani[Suci].
Nda di nafikan ada beberapa kelemahanlah dalam cerita nie. Contohnya macam part yang si Ilham n Julia main rollerblade tu. Henfon si Ilham tu off kan time dia gambar/rakam si Julia? Tapi aku nda kisahlah semua tu, sebab aku khayal menghayati cerita tu habis²an! Ya, aku memang jiwang, so what?! lalalala~
Dalam filem nie aku rasa aku lebih tertarik dengan cerita cinta Ilham n Julia. Cara si Ilham bawa si Julia kawinlah paling smart! Main lambung syiling~ haha! Aku suka part bila si Ilham cakap "Selamat pagi Cinta" untuk si Julia tiap kali bangun dari tidur. Hm. Paling sedih bila si Ilham sudah tiada n si Julia tinggal sorang². Huhuhuhu~ Nda aku boleh bayang kalau aku yang jadi si Julia. T.T
Cerita cinta si Azam n Suci pun boleh tahan. Cinta yang nda kesampaian. Cinta yang perlukan pengorbanan. Paling aku nda tahan part si Azam main biola di panggung teater. Sedih gila woo tengok si Suci tercari² si Azam time tu. Sudahlah sedih muzik dia time tu! T.T
Bah², nda lah aku mau kasi panjang² review aku nie. Sekarang nie pun sudah cukup panjangkan? Bukan jua ada yang baca. Hahaha!
Nah sinopsis filem Selamat pagi Cinta yang aku tapau dari web Sinema Malaysia. Tapi aku rasa macam sinopsis nie lainlah dari cerita yang aku tengok. Ahh~ mana² ja lah.
SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.
Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.
Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.
Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.
Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.
Apakah kesudahan kisah dua cinta ini dan apakah kaitan antara keduanya, SELAMAT PAGI, CINTA! ada jawapannya.
Oh ya, mau tengok cerita nie? Klik sini ---> Selamat pagi Cinta!
Pandai²lah kamu cari sambungan²nya k. Hehe!
0 Respondent(s):
Post a Comment