...Heart Lover.: Cat
Showing posts with label Cat. Show all posts
Showing posts with label Cat. Show all posts

Monday, May 24, 2010

Selamat jalan sayang.

Dia pergi tinggalkan aku untuk selamanya. Dan tidak akan kembali lagi.

Juju sayang.

Juju sudah tiada. Mati awal pagi tadi. Susah betul aku mahu menulis pasal dia sekarang nie. Air mata aku mengalir tidak berhenti.

Dulu aku jumpa Juju nie berlegar-legar di rumah jiran sebelah. Waktu tu rumah jiran under construction. Dia tidaklah kecil sangat waktu tu. Mungkin umur dia dalam 4 atau 5 bulan.

7 Julai 2007. Itu tarikh aku jumpa buah hati aku nie. Tu lah sebab nama dia jadi 'Juju'. =)

Juju suka mengigit. Ganas macam harimau. HAHA. Banyak kesan gigitan kucing nie di tangan & kaki aku. Kadang² aku marah juga dengan dia sebab buat aku terluka. Eceh. HEHE. Tapi sekarang aku rindu. :'(

5 hari Juju sakit. Mungkin keracunan. Sudah dibawa ke klinik tapi masih lagi sakit. Tak mahu makan dan minum langsung. Aku cuba paksa dia minum, tapi lepas tu dia muntah. Dia langsung tidak bergerak. Kaku saja. Cuma bergerak bila dia muntah. Sedih tengok dia yang meronta² bila dia muntah.

Lepas nie, tiada lagi bunyi kau yang nyaring bangunkan aku pagi². Tiada lagi yang suka panjat tingkap. Tiada lagi yang suka main gigit². Tiada lagi yang makan di mangkuk bulat. Tiada lagi kucing yang kuat makan. Tiada lagi kucing yang tidur di riba aku. Gosh. I miss him so much. :'(

Selamat jalan Juju sayang. We will miss you. :'(

 7 Julai 2007 - 24 Mei 2010.

Withlove~♥;
Photobucket

Thursday, May 20, 2010

Juju sakit II.

Tadi bawa Juju pergi Jabatan Haiwan. Walaupun sakit, masih juga mahu meronta bila bawa naik kereta. Nasib baik letak dia dalam kotak, kalau tidak calar balar tangan aku.

Juju yang sakit.

'Klinik' yang merawat haiwan kesayangan.

Kotak ajaib?

Bila aku nampak syringe yang banyak tu, aku pula yang takut. HAHAHA. Macam tidak sanggup tengok Juju di cucuk benda tu. Tapi Juju tidak banyak melawan kali nie. Tu yang buat aku sedih. Sebab selalu dia mesti melawan. :'(

Juju kena 2 suntikan. 1 untuk keracunan [aku lupa mahu ambil tahu nama ubat tu. HEHE], & 1 lagi antibiotik.

Syringe besar nie untuk memudahkan Juju minum. Sudah 3 hari dia tidak makan. Tapi dia tetap tidak mahu minum.



Juju sayang, cepat sihat. Lepas nie boleh gigit kaki aku lagi. :'(

Withlove~♥;
Photobucket

Juju sakit.

Hampir dua hari dia hilang. Dan petang kelmarin baru bapa aku jumpa.


Juju sakit. Mungkin keracunan. Muntah² dan langsung tidak mahu makan. Berdiri pun tidak larat. Hari nie mahu bawa dia pergi Jabatan Haiwan. Tiada klinik haiwan di KM nie. Buat aku sakit hati saja.

Tolong jadi kuat Juju. Aku cukup seksa tengok kau macam nie. :'(

Withlove~♥;
Photobucket

Friday, May 14, 2010

Kucing yang ramai.

Adakah ramai adalah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kucing yang banyak??




Teringin ada kucing yang banyak macam nie. Sangat cemburu dengan datuk tersebut. HUHUHU.

Withlove~♥;
Photobucket

Friday, April 30, 2010

Bila yang 7 hanya tinggal 6.

Beberapa hari lalu aku ada tulis 1 entry. Itu entry gembira. Tapi kali nie, entry aku tidak gembira.


Nampak anak panah hijau tu menghala ke mana?Anak kucing warna putih tu kan? Anak kucing tu tiada dah. Mati kelmarin. T___________________T

Itulah anak si Jamb yang 1st sekali menghirup oksigen haritu. Lahir dibawah tangki. Aku yang first sentuh dia. Hari² aku yang jenguk anak² kucing tu. Bila sudah kurang 1, aku rasa lain. Walaupun baru 5 hari, tapi... T_____________________________________T

Itu anak kucing. Dia boleh buat aku menangis teresak-esak bila dia sudah tiada. Tapi aku hairan dengan orang yang buang bayi tu. Dia tidak sedihkah bila dia buang anak orang???


Withlove~♥;
Photobucket

Tuesday, April 27, 2010

Bila yang 4 bertambah menjadi 7.

Apa yang bertambah? Apa yang 4? Apa yang 7?

Sabtu lalu, sebelum aku & famili berangkat pergi Kota Belud, Jamb [kucing betina aku yang dewasa. HA HA HA. Gelak mendatar.] nampak lain. Tercungap² macam kekurangan udara. Aku risau gila mahu tinggalkan dia waktu tu. Tapi disebabkan ada ujian yang perlu diduduki, maka terpaksalah ditinggalkan Jamb sendirian. Walaupun sebenarnya dia bukanlah bersendiri, tapi bertemankan Juju, Hitam & Putih. Apalah yang kucing² aku yang lain tu boleh buat, CPR pun mereka tidak tahu. Comel ja gelar kucing² aku mereka. HAHAHA.

Waktu dalam kereta, banyak andaian yang mama aku buat.

"Entah² nanti kalau kita sampai di rumah si Jamb tiada dah." Pergggggggh. Tiada. T________T

"Teruk betul dah sakit si Jamb tu."

"Kesianlah si Hitam & Putih, jadi anak yatim."

Serius. Memang macam² andaian yang di buat. Sebab beberapa minggu nie si Jamb tu selalu nampak tidak sihat.

Sampai ja di rumah, mama aku bising. Mama cakap dia ada dengar suara anak kucing. Eh? Anak kucing??

 Bukan anak kucing. Tapi anak² kucing. 3 ekor semuanya. ^____^

Yay! Ahli keluarga bertambah lagi!! Hitam & Putih ada adik. Eh, pembetulan. Bukan adik, tapi adik². HEHE. Bukan main lagi aku andaikan yang bukan² sebelum tu. Malu I~ HAHAHA!

Hep! Sekarang, jumlah kucing aku...

Juju + Jamb + Hitam + Putih + 3 ekor yang belum ada nama = 7 ekor!
 
Hoh! Mari layan gambar kucing² aku.

Jamb & anak² baru. HEHE.


Putih & Hitam yang tidur atas mop. HUHUHU~



Juju yang luka di kepala. Macam gangster dah dia nie. Haishhhhhhhhh.

Sekian.

Withlove~♥;
Photobucket

Wednesday, April 07, 2010

Sangat terlupa.

Aku lupa cara menulis blog. Serius. Hampir dua minggu aku tidak update. Dua entry aku sebelum nie semua kontot². Bersusah payah aku karang ayat, tapi itu saja hasilnya. Blur gila weii.

Next!

Kucing kesayangan aku sakit. Sedih gila tengok Juju yang makin kurus. Lepas tu luka sana sini.

Juju cayang~

Bila nampak Juju sakit macam nie, aku teringat kucing² aku yang dulu. Mula² sakit, lepas tu arggggggghhh. Sudah. Tidak sanggup mahu bayangkan. Habis basah keyboard aku. Aku sanggup digigit, dicakar si Juju nie daripada tengok dia sakit. T________T

Withlove~♥;
Photobucket

Friday, February 05, 2010

Sebulan lebih.


Perghhhhhh. Cepat betul masa berlalu. Haritu mata kucing² nie belum buka pun. Sekarang melompat sana sini. Si Hitam kuat mencakar. Si Putih pula malu². Malu² kucing, faham² ja lah. Haha!
Photobucket

Friday, January 15, 2010

"Selamat hari hujan," kata auntie yang menjaga kedai.


Nie la simpang depan rumah aku yang 'banjir' tu. Hehe~

Tadi terpaksa aku meredah 'banjir' tu time aku mau p kedai. Dengan iringan hujan yang nda la terlampau lebat. Terus feeling macam mau buat video klip untuk lagu Bila rasaku ini rasamu! Lagu kecewa aku nie~ Haha!

Tadi sebelum aku p kedai, c Juju cakar bahu aku. Huaaaaaaaaaaaa~! Bagus² orang mau angkat dia, dia cakar pula! Sakit bah tu Juju! Macamlah c Juju pandai membaca blog~ huhu~

Tapi bila aku nampak gaya dia yang 'minta puji' nie, terus hilang marah aku. huhu!






Sunday, January 03, 2010

Merajuk?

Siapa yang merajuk??





♥





♥





♥






♥








Si Juju.

Sekarang nie si Juju selalu merajuk. Minta perhatian ja kerja dia. Jeles betul dia kali sama si Jam. Terus aku teringat pesan si Ame' haritu. Ui nah Me', takut sa si Juju lari macam kucing ko~ Huhu!


Apa maksud renungan si Juju tu??

Sekarang nie, kalau kami kasi manja² si Jam, terus si Juju mengamuk. Mencakar bah dia! Habis calar-balar tangan & kaki aku. Pandai lagi tu buat muka minta kesian. Adoi~