...Heart Lover.: The mask.

Sunday, February 27, 2011

The mask.

Lepas buat mask telur untuk hilangkan semua kotoran yang tersumbat dalam pori-pori muka aku, aku buang mask tu dalam tong sampah. Sedang sibuk membasuh muka dalam bilik air, aku dengar orang jerit kat dapur.

"Muka dG ada dalam tong sampah!"

Aku yang masih dalam bilik air blur sekejap. Lepas tu aku tahan ketawa aku daripada terburai. Fine, aku buang 'muka' aku dalam tong sampah.

Aku masuk dalam bilik, lap muka.

"dG, kenapa buang muka dalam tong sampah?"

Heh.

4 Respondent(s):

rin~eirie de' sEcond said...

haha.lucu ja dorang ckp muka dlm tong sampah.
x sakit ka klu buka mask telur tu dr muka?hehe.

♥dG♥ said...

rin
sakit. tp best jua buat. part paling malas time tunggu telur tu kering. HAHA

✿nenek moden✿ said...

hahahha...dg..kalau iye pun...buang la muka tu kat tempat bagus sket..hahha

♥dG♥ said...

nekmo
kt mna tmpt bgus ckit tu nekmo? XD