...Heart Lover.: Mother's Day.

Sunday, May 09, 2010

Mother's Day.

Happy Mother's Day to my beloved Mama, Munah P.

That's all you want to say?

Ok. Banyak sebenarnya. But seriously, berapa banyak pun yang aku tulis masih tidak dapat balas apa yang Mama buat untuk aku dan adik² aku.

She has taking care of me for 20 years 8 months. Oh, umur aku masih 19 lagi, 17 Jun ini barulah umur mencecah 20 tahun. But, she is already care for me since i'm in her tummy, right? So, 19 years 10 months 21 days + 9 months 9 days = 20 years 8 months. Right??

Ok. English aku sangat teruk. Mari kembali ke pangkal jalan dengan berbahasa Melayu.

Kepada Mama tersayang,

Maafkan anakmu yang selalu menyusahkan. Dari kecil sampailah 'besar'. HAHAHA. Ok serius. Anakmu ingin meminta maaf sebab selalu menangis tidak tentu pasal pada satu masa dulu. Entah kenapa anakmu ini sangat cengeng pada masa itu. Oh, sekarang pun masih cengeng tapi seteruk dulu. Hanya cengeng kepada orang yang tertentu sahaja. HEHE. 

Maafkan anakmu ini juga sebab sangat tergila-gilakan alat permainan. Ya, terlalu obses dengan mainan. Dari teddy bear, sampai ke Pink Panther, mainan masak², juga Power Rangers. Hoh. Memang tidak ada tandingan. Sangat menyusahkan anak ini. (=.=")

Ma, anakmu ini juga mahu meminta maaf sebab menyusahkan Mama waktu Bapa sakit teruk dahulu. Ma, sememangnya anakmu ini tidak mengerti apa yang berlaku ketika itu. Mohon dimaafkan salah anakmu. Alhamdulillah, Bapa sihat dan kuat sekarang kan Mama? =)

Seringkali anakmu ini mengecewakan. Mohon ampun untuk semua salah silap dan kelakuan anakmu yang mungkin agak mengguris perasaan. Tidak langsung ada terniat dihati untuk membuat Mama kecewa.

Ma, terima kasih untuk semua yang Mama korbankan untuk anak² Mama. Tidak akan ada perkataan yang dapat diungkap dan tidak ada cara untuk anak²mu membalas semua pengorbanan dan kasih sayang Mama. Terima kasih Mama! We love you!!!!!!!!!



Withlove~♥;
Photobucket

2 Respondent(s):

Anonymous said...

sy pon ske pink panther n power rangers..tu cite kicik2 la.hehe

Dg Ndr Mstkln said...

@sensei14
tp power rangers versi baru xbest~ yg 1st tu ja best~ HEHEHE!