...Heart Lover.: New Boyz, Q face, dan Boboy?

Friday, April 16, 2010

New Boyz, Q face, dan Boboy?

Haippp! Siapa tidak kenal kumpulan² remaja yang aku sebut diatas tu? Kalau tidak kenal, kau memang.. memang.. errrrrrrr.. kau memang rugi. Lalalalala~

Entry nie aku buat lepas aku baca entry Fairuz Selamat. Disebabkan aku pun kekeringan otak mahu update blog, maka aku menyambut seruan beliau untuk menulis entry ini.

Dulu, aku minat gila dengan group² nie semua. Serius! Aku siap buat 1 buku untuk tulis lirik & lekat semua informasi pasal diorang. Ramai kawan² aku yang ejek aku. Tapi, ada aku kisah?? =P

Okay, mari baca pengalaman aku membesar dengan muzik diorang.

New Boyz

Nie lah kumpulan remaja yang aku mula² 'sangkut'. Bila ingat balik, macam tidak percaya yang aku hafal hampir semua lagu² diorang. HAHAHA. Aku siap ingat semua informasi pasal diorang! Dari nama penuh, sampai harijadi. Telemovie diorang hampir semua aku tengok. Cuba kau bayangkan betapa kuatnya penangan New Boyz tu dalam hidup aku. Sekarang bila aku ingat balik, aku macam malulah pula. Adei. HEHEHEHEHEHE~





Suka lagu nie. =P





Q Face
Ok, terus terang cakap, aku tidak berapa tahu kewujudan diorang. Mungkin sebab waktu tu aku tidak update dengan dunia muzik nie. HUHU. T___T  Aku cuma tahu yang group nie wujud bila aku dapat tahu yang Fairuz Antz tu asalnya vokalis Q Face! Dengan selaju halilintar aku cari lagu² diorang nie. Dapatkah kau hidu mengapa aku bertindak sedemikian? HEHE. Lagu Izinkanlah & Fantasia Musim Cinta paling melekat dalam hati aku sampai sekarang. ^__^





Dulu payah betul mahu cari lirik lagu nie. HEEEE~




Boboy
Hah! Nie lagi 1 group yang bagi kesan dalam hidup aku. Ada satu telemovie diorang nie, tajuk Semarak Naga kalau tidak silap aku. Dalam telemovie tu ada watak nama Saga & Tano. Boleh² aku bagi kucing² aku nama² tu. HAHAHAHA! Tapi kucing² aku tu RIP dah. HUHUHU. 
Ada sekali tu waktu harijadi kawan aku, BF dia yang nyanyikan lagu Sekuntum Mawar Merah. Gila wei bila aku ingat balik! Gelak guling² aku! HAHAHAHA





Lagu nie antara yang glamor. =)






Haipp! Entry belum habis. Ada tambahan nie!

Antz
Aku mula kenal diorang dengan lagu Sebati & Cinta Remaja [duit duet dengan Elyana]. Serius, aku jatuh cinta dengan errrrrrrrrr. Nevermind. HAHAHA.
Dulu, tiap² hari aku karaoke lagu diorang. Cuba kau bayangkan aku berkaraoke. HEHE. (^__^") Jalan cerita dalam MV diorang pun aku hafal! Ada sekali sorang kawan aku menyatakan hasrat yang dia mahu pinjam VCD Antz aku. Macam² alasan aku bagi sebab aku takut gila VCD tu jahanam oleh kawan aku tu. =P Adei. Nanti ada orang takut kat aku sebab obses dengan diorang. HEEE~





Masih hafal lagu nie! HEHE





Psstt~ : Aku teringin mau upload gambar buku yang aku kompalkan semua pasal diorang nie. Tapi aku malu. HEHEHE.

Withlove~♥;
Photobucket

8 Respondent(s):

Anonymous said...

teringat masa zaman dolu2.. hehe

Anonymous said...

sa hafal satu tu lagu dari new boyz atau boboy tu...
yang ada " sehingga kau hilang pertimbangan...bla bla bla"

tapi dg...kalah jg durg dari david archuleta sa rasa.

=p

rin~eirie de' sEcond said...

siap nyanyi sekuntum mawar merah?ngahaha...
q face aku pun kurang tahu la kewujudannya hehe..
boboy n new boyz tu la yg paling femes dulu...tpi aku nda la seObses dG ahaaha...

Dg Ndr Mstkln said...

ReD> yup! mmg sdg mgimbau knangan lalu nie sis. HEHE

Grace> tp Jesse McCartney juga yg menang la~ HEHEHE

Rin> iya kak~ tu lah berabis aku ktawa klau aku ingt. XD
Adeh kak, jgn bah kc malu aku. HAHAHA

Nekmo said...

hehe..suka syuk newboyz dulu...
huhu..muka dia cute hehehe...
tapi,cuba tgk gaya org dulu2 ngn sekarang..
hehe..rambut belah tengah 2 weh..hehe

Dg Ndr Mstkln said...

Bieyra> belah tengah tu yg mahal~ XD

Unknown said...

thanks for the info... memory remaja

Unknown said...

upload la. teringin nk tengok buku tu. hihihi~~