...Heart Lover.: April 2010

Friday, April 30, 2010

Bila yang 7 hanya tinggal 6.

Beberapa hari lalu aku ada tulis 1 entry. Itu entry gembira. Tapi kali nie, entry aku tidak gembira.


Nampak anak panah hijau tu menghala ke mana?Anak kucing warna putih tu kan? Anak kucing tu tiada dah. Mati kelmarin. T___________________T

Itulah anak si Jamb yang 1st sekali menghirup oksigen haritu. Lahir dibawah tangki. Aku yang first sentuh dia. Hari² aku yang jenguk anak² kucing tu. Bila sudah kurang 1, aku rasa lain. Walaupun baru 5 hari, tapi... T_____________________________________T

Itu anak kucing. Dia boleh buat aku menangis teresak-esak bila dia sudah tiada. Tapi aku hairan dengan orang yang buang bayi tu. Dia tidak sedihkah bila dia buang anak orang???


Withlove~♥;
Photobucket

Wednesday, April 28, 2010

Bertemu dan diduga mereka.


Dalam erti kata lain, T E M U  D U G A.

Hari nie aku ada temuduga. Kali pertama. Serius, aku sangat sejuk. Bila aku kata sejuk, maksudnya aku takut. Mengigil² aku dalam bilik mesyuarat tadi. HAHAHAHANCUR.

Kekok gila aku pakai heels tadi. Aku tidak pernah pakai heels. Ini first time! Selalu aku pakai sandal platform saja, tidak selesa guna heels. Dan bila sudah terpaksa, sangat seksa dibuatnya. Tapi, macam suka pun ada. XD

Mula² ada ujian. Jawap ya atau tidak. Tapi bagi aku, tetap susah. Nombor soalan yang terlalu banyak buat aku rasa macam mahu gigit² kertas sampai hancur dan telan.


Que untuk temuduga. Aku nombor 2. Hah?? Nombor 2???? Rasa mahu pitam pun ada. Budak sebelah aku suruh aku relax. Cuba bayangkan, budak sebelah pun perasan aku tengah gelabah. Memalukan. (=.=")

Tapi apa2 pun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun sebenarnya agak teruk juga performance aku tadi. Performance? Macam artis pula. HAHA.



Withlove~♥;
Photobucket

Tuesday, April 27, 2010

Bila yang 4 bertambah menjadi 7.

Apa yang bertambah? Apa yang 4? Apa yang 7?

Sabtu lalu, sebelum aku & famili berangkat pergi Kota Belud, Jamb [kucing betina aku yang dewasa. HA HA HA. Gelak mendatar.] nampak lain. Tercungap² macam kekurangan udara. Aku risau gila mahu tinggalkan dia waktu tu. Tapi disebabkan ada ujian yang perlu diduduki, maka terpaksalah ditinggalkan Jamb sendirian. Walaupun sebenarnya dia bukanlah bersendiri, tapi bertemankan Juju, Hitam & Putih. Apalah yang kucing² aku yang lain tu boleh buat, CPR pun mereka tidak tahu. Comel ja gelar kucing² aku mereka. HAHAHA.

Waktu dalam kereta, banyak andaian yang mama aku buat.

"Entah² nanti kalau kita sampai di rumah si Jamb tiada dah." Pergggggggh. Tiada. T________T

"Teruk betul dah sakit si Jamb tu."

"Kesianlah si Hitam & Putih, jadi anak yatim."

Serius. Memang macam² andaian yang di buat. Sebab beberapa minggu nie si Jamb tu selalu nampak tidak sihat.

Sampai ja di rumah, mama aku bising. Mama cakap dia ada dengar suara anak kucing. Eh? Anak kucing??

 Bukan anak kucing. Tapi anak² kucing. 3 ekor semuanya. ^____^

Yay! Ahli keluarga bertambah lagi!! Hitam & Putih ada adik. Eh, pembetulan. Bukan adik, tapi adik². HEHE. Bukan main lagi aku andaikan yang bukan² sebelum tu. Malu I~ HAHAHA!

Hep! Sekarang, jumlah kucing aku...

Juju + Jamb + Hitam + Putih + 3 ekor yang belum ada nama = 7 ekor!
 
Hoh! Mari layan gambar kucing² aku.

Jamb & anak² baru. HEHE.


Putih & Hitam yang tidur atas mop. HUHUHU~



Juju yang luka di kepala. Macam gangster dah dia nie. Haishhhhhhhhh.

Sekian.

Withlove~♥;
Photobucket

Friday, April 23, 2010

Adamaya.


Errrrrrrrrr. Rasanya tidak perlulah aku membebel panjang. Semua orang pun tahu kewujudan drama nie dalam slot Akasia jam 6.30 petang di TV3 tiap hari Isnin-Khamis kan? Aku tidaklah addict dengan cerita nie. Tapi, boleh kira suka jugalah. Mengaku ja lah suka, kan senang! XD

Cerita nie versi drama untuk filem I'm Not Single kan? Aku suka gila filem tu. Bila aku cakap aku suka gila, maksudnya adalah sangat sangat sangat sangat sangat suka. XD Sebab cerita cinta lepas kahwin nie memang best bagi aku. Suci ja. HEHEHE. Betullah kan? =) 



Mahu baca sinopsis? Klik sini. Siap dengan full episode lagi. ^__^ Aku malas mahu tulis sinopsis, copy pun aku malas. HEHE.





Psstt~: Esok aku ada ujian Munsyi. 
Doakan aku k? =)


Withlove~♥;
Photobucket

Tuesday, April 20, 2010

Amarah.

Sushi pack! Comel dowh~!


Tajuk bukan main. Amarah. Tapi tiba² muncul gambar kartun? Apakah??

Ok. Tips mengawal amarah nie aku dapat dari kartun Sushi Pack tu lah. Kenapa, tak percayakah?


 Bila kita mula dewasa, kita mula tinggalkan dunia kartun, kan? Tapi aku masih belum meninggalkan dunia itu. HAHAHA. Sememangnya kartun sinonim dengan kanak². Atas sebab itu manusia² yang mula dewasa menjauhi kartun. Kan kan kan?? 

Tapi aku rasa, ada baiknya kita mendekati kartun² nie. Eh, bukanlah aku suruh kau bertenggek depan kaca TV 24 jam untuk menonton Hagemaru kepala licin rambut 3 helai tu. Tapi apa salahnya. Hagemaru ada mengajar cara berjimat cermat tahap tak boleh blah. Atau dalam kata lain, kedekut! HUHUHU



Errrrrrr. Cukuplah aku membazir 4 perenggan untuk merepek. Mari dengar baca petua² mudah untuk mengawal amarah. Ditaja oleh Sushi Pack. =P

Take a deep breath. Tarik nafas panjang². 
Relax. Bertenang. 
Think. Fikir. 
And think again. Dan fikir lagi.

Maaf jika terdapat kesilapan bahasa. 
Oh ya, simple saja bukan? Tapi mempraktikkan mungkin susah. Sekian saja petua² mengawal amarah pada kali ini. Yang ditaja oleh Sushi Pack. HEHEHE.

Sushi Pack. Cartoon Network. Channel 616. HEHEHE.

Withlove~♥;
Photobucket

Friday, April 16, 2010

New Boyz, Q face, dan Boboy?

Haippp! Siapa tidak kenal kumpulan² remaja yang aku sebut diatas tu? Kalau tidak kenal, kau memang.. memang.. errrrrrrr.. kau memang rugi. Lalalalala~

Entry nie aku buat lepas aku baca entry Fairuz Selamat. Disebabkan aku pun kekeringan otak mahu update blog, maka aku menyambut seruan beliau untuk menulis entry ini.

Dulu, aku minat gila dengan group² nie semua. Serius! Aku siap buat 1 buku untuk tulis lirik & lekat semua informasi pasal diorang. Ramai kawan² aku yang ejek aku. Tapi, ada aku kisah?? =P

Okay, mari baca pengalaman aku membesar dengan muzik diorang.

New Boyz

Nie lah kumpulan remaja yang aku mula² 'sangkut'. Bila ingat balik, macam tidak percaya yang aku hafal hampir semua lagu² diorang. HAHAHA. Aku siap ingat semua informasi pasal diorang! Dari nama penuh, sampai harijadi. Telemovie diorang hampir semua aku tengok. Cuba kau bayangkan betapa kuatnya penangan New Boyz tu dalam hidup aku. Sekarang bila aku ingat balik, aku macam malulah pula. Adei. HEHEHEHEHEHE~





Suka lagu nie. =P





Q Face
Ok, terus terang cakap, aku tidak berapa tahu kewujudan diorang. Mungkin sebab waktu tu aku tidak update dengan dunia muzik nie. HUHU. T___T  Aku cuma tahu yang group nie wujud bila aku dapat tahu yang Fairuz Antz tu asalnya vokalis Q Face! Dengan selaju halilintar aku cari lagu² diorang nie. Dapatkah kau hidu mengapa aku bertindak sedemikian? HEHE. Lagu Izinkanlah & Fantasia Musim Cinta paling melekat dalam hati aku sampai sekarang. ^__^





Dulu payah betul mahu cari lirik lagu nie. HEEEE~




Boboy
Hah! Nie lagi 1 group yang bagi kesan dalam hidup aku. Ada satu telemovie diorang nie, tajuk Semarak Naga kalau tidak silap aku. Dalam telemovie tu ada watak nama Saga & Tano. Boleh² aku bagi kucing² aku nama² tu. HAHAHAHA! Tapi kucing² aku tu RIP dah. HUHUHU. 
Ada sekali tu waktu harijadi kawan aku, BF dia yang nyanyikan lagu Sekuntum Mawar Merah. Gila wei bila aku ingat balik! Gelak guling² aku! HAHAHAHA





Lagu nie antara yang glamor. =)






Haipp! Entry belum habis. Ada tambahan nie!

Antz
Aku mula kenal diorang dengan lagu Sebati & Cinta Remaja [duit duet dengan Elyana]. Serius, aku jatuh cinta dengan errrrrrrrrr. Nevermind. HAHAHA.
Dulu, tiap² hari aku karaoke lagu diorang. Cuba kau bayangkan aku berkaraoke. HEHE. (^__^") Jalan cerita dalam MV diorang pun aku hafal! Ada sekali sorang kawan aku menyatakan hasrat yang dia mahu pinjam VCD Antz aku. Macam² alasan aku bagi sebab aku takut gila VCD tu jahanam oleh kawan aku tu. =P Adei. Nanti ada orang takut kat aku sebab obses dengan diorang. HEEE~





Masih hafal lagu nie! HEHE





Psstt~ : Aku teringin mau upload gambar buku yang aku kompalkan semua pasal diorang nie. Tapi aku malu. HEHEHE.

Withlove~♥;
Photobucket

Saturday, April 10, 2010

Kecil² cili padi.


Oh. Hari nie aku akan bercerita tentang cili yang pedas. Dan lada [?]. Tidak kisahlah cili jenis apa. Bukan pasal siapa makan cili dia terasa pedasnya. Bukan. Aku sudah penat menyindir orang yang memang tidak pandai faham dirinya disindir. HAHAHA.

Ok. Berbalik kepada tujuan asal entry nie ditulis.

Kalau kau suka makan pedas, sila mengaku dalam hati. Yalah, kalau kau angkat tangan pun bukan aku nampak. HUHUHU. Tidak dinafikan aku suka makanan yang pedas. Tapi bukan pedas tahap gila yang buat kau berlari² di dapur mencari air sambil air mata dan hingus meleleh² lepas tu 1 apa rasa pun lidah sudah tidak dapat detect. Faham tidak apa maksud aku?

Aku suka pedas yang sedang² saja. Sebab bila pedas tu melampau, rasa makanan terganggu. Pedasnya terasa, tapi rasa sebenar makanan lidah sudah tidak dapat kesan. Rugi woooo! Tiba² aku teringat ada sorang kawan aku yang bila kepedasan suka garu kepala. HEHEHE. ^___^


Adei. Tiba² aku terasa malas mau teruskan entry nie. Baca ja lah info tentang cili nie di sini.


Withlove~♥;
Photobucket

Thursday, April 08, 2010

Why do they call me dG instead of ... ?

Eceh. Tajuk english you! Aww! HEHEHE~ Oh². Mari kita sambung tajuk entry di atas.

"Why do they call me dG instead of ... Dayang?"

AHAHAHAHA. Ada siapa² yang tahukah yang sebenarnya Dg itu shortform untuk Dayang? Aku rasa semua orang tahukan? x__x Errrrrr. Ok. Next!

Dulu, orang selalu panggil aku Dayang. Dah memang itu nama aku. HEHE. Tapi aku paling tidak suka bila orang salah eja nama aku! Yup, memang nama aku DAYANG tapi ejaannya bukan 'D.A.Y.A.N.G', tapi 'D.G'. Aku betul² benci bila orang salah tulis! Hei², aku taulah benda tu remeh. Ejaan ja lain tapi bunyi sama. Tapi, gua paling stress bila orang salah tulis nama gua dalam sijil! Rugilah gua! Nama dalam ic lain, dalam sijil lain. HUHUHU~

Atas sebab itu, aku selalu bertegas dengan classmate², ejaan nama aku 'D.G' dan bukan 'D.A.Y.A.N.G'. Bila aku dah balik² sound benda yang sama, ada sorang kawan aku mula panggil aku D.G. Hei, bukan DiGi yang ada makhluk kuning bulat² tu. Aku taulah aku bulat, tapi bukan, bukan itu. T_______T

Mula², kawan aku sorang tu ja yang panggil aku dG. Tapi tidak lama lepas tu hampir semua orang panggil aku dG. Dan nama tu melekat dengan aku sampai sekarang. =P

Sekian.






Psstt~ : Nama aku sebenarnya panjang.
Tapi, malaslah mau tulis dalam blog.
Nanti ada orang sesat masuk sini.
HAHAHA.


Update: Oh ya, orang yang mula² panggil aku dG tu classmate aku time form 3. Sebenarnya aku pun nda berapa pasti siapa. HEHEHE. (^___^")

Withlove~♥;
Photobucket

Wednesday, April 07, 2010

Sangat terlupa.

Aku lupa cara menulis blog. Serius. Hampir dua minggu aku tidak update. Dua entry aku sebelum nie semua kontot². Bersusah payah aku karang ayat, tapi itu saja hasilnya. Blur gila weii.

Next!

Kucing kesayangan aku sakit. Sedih gila tengok Juju yang makin kurus. Lepas tu luka sana sini.

Juju cayang~

Bila nampak Juju sakit macam nie, aku teringat kucing² aku yang dulu. Mula² sakit, lepas tu arggggggghhh. Sudah. Tidak sanggup mahu bayangkan. Habis basah keyboard aku. Aku sanggup digigit, dicakar si Juju nie daripada tengok dia sakit. T________T

Withlove~♥;
Photobucket

Why? Why? Why???

Kenapa ads Nuffnang keluar lepas 12 tengah malam ja? Kenapa? Why??? Orang sudah mau tidur baru mau keluar. Siapa lagi yang mau klik kalau orang lain sudah tidur? T__________T

Withlove~♥;
Photobucket

Monday, April 05, 2010

Rindu tak?

Pewittttttttttttt~! Tiba². HAHAHA!

Siapa rindu aku sila angkat tangan! Lepas angkat tangan, sila hantar komen pujuk² aku tulis entry baru. Demand lebih weii~ Pergi jahanam kau dG! HAHAHA

Errrrrr. Tapi ada yang rindu akukah?


Withlove~♥;
Photobucket