Day 3 | 24/01/2013
Masih di hari yang kedua. Masih berada di Perlis. Alang-alang mandi, biar basah. Alang-alang berpeluh, biar basah jugak. Menghancurkan bahasa betul perempuan ni.
Gua Kelam, gua batu kapur. Lebih kurang 36km dari bandar Kangar. Terowong yang ada dalam gua ni memang semulajadi. Dulu-dulu, gua ni famous dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih bermutu tinggi.
04:20PM | Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis. |
Ada jambatan gantung sepanjang jalan merentasi gua. Bawah jambatan, ada sungai(?). Suasana agak kelam, sebab tu nama gua jadi Gua Kelam(?). Tapi, tiada suasana kelam kabut, yang tu aku pasti.
Next.
05:40PM | R&R Dataran Terinai |
Singgah hentian R&R Dataran Terinai. Ada view cantik berlatarbelakangkan Empangan Timah Tasoh. Tapi sayang, keadaan R&R tu agak uzur.
Perjalanan diteruskan lagi. Memburu laksa Kuala Perlis. Aku banyak memproses air liur basi sepanjang perjalanan. Hahaha! Aku cuma mampu jadi pilot kurang dari 1 jam. Maafkan daku J.
06:50PM | Medan Selera, Kuala Perlis. |
Laksa Kuala Perlis, pekat. Aku suka! Ada orang cakap kuah laksa Kuala Perlis guna belut. Tapi rasanya aku tidak jumpa laksa yang itu. Sobss. Teringin mahu merasa.
Oh. Kalau rasa mahu pergi Langkawi, selain dari Kuala Kedah, naik feri dari jeti Kuala Perlis pun boleh.
Hoi. Ada sikit lagi ni. Sambung lagi next episode lah.
0 Respondent(s):
Post a Comment