Anyway.
Assalamualaikum.
...get ready for the boring stories and captions.
Perjalanan kali ini agak mencabar untuk aku, atau lebih tepat lagi kami berlapan. Dari Teluk Intan, Perak, menuju ke Padang Besar, Perlis.
Dimulakan dengan cabaran kenderaan. Sepatutnya cuma bawa 1 kereta yang boleh memuatkan 8 orang, tapi beberapa jam sebelum bertolak, tukar plan, kena bawa 2 kereta. Gigihkan diri sewa kereta dengan hati kecewa. Sedih okay. Sedih. Sedih bila kena tukar plan. Sedih sangat. Kau faham tidak betapa sedihnya aku bila aku menyatakan kesedihan berulang kali. Sedih tahu! *Tarik hingus*
Suku masa perjalanan, tayar kereta kawan pecah. Lepas tu, tayar spare yang ada kurang angin. Serius rasa mahu patah balik waktu tu. *Lap hingus meleleh*
Kena kompaun dengan Majlis Perbandaran Kangar. Arghhhhh! *Kesat hingus guna tisu*
Mahu bayar kompaun tapi cuti wei, so confirm Majlis Perbandaran tutup. *Meraung sambil kesat hingus guna baju*
Bajet lari. *Tumpang lap hingus kat lengan baju kawan*
Ei. Tulis banyak-banyak tiada guna, aku tahu kau tidak baca. Mari kita teruskan dengan captions pendek-pendek.
Day 1 | 23/01/2013
10:32 PM | Tayar Pancit |
Tidak sampai suku perjalanan dari Teluk Intan ke Padang Besar, tayar kereta pecah. Nasib baiklah jejaka-jejaka yang ada nie boleh harap. Ha ha ha. *Ketawa mendatar.* Ini tawa dalam tangisan okay. Aku serupa 'mak cik' yang sangat annoying masa tu. Bising suruh budak-budak tu ke tepi bila aku nampak kereta & lori yang laju semacam.
Perjalanan diteruskan dengan kelajuan perlahan akibat keadaan tayar yang tidak mengizinkan berlakunya aksi drift mahupun F1.
Day 2 | 24/01/2013
02:30 AM | Singgah Makan |
Lepas makan, teruskan perjalanan sampai ke R&R Juru - Sungai Dua kalau tidak salah aku. Pilot mula memandu macam ular, so singgah tidur situ. Insomnia datang bertandang, aku tidak dapat lelapkan mata langsung.
Usai subuh, lepas bersiap, perjalanan diteruskan sampai area Sungai Petani. Sarapan pagi, lepas tu tunggu kedai tayar buka. Lenguh menunggu sampai pukul 9 pagi.
07:15 AM | Sarapan |
Ini semua muka-muka baru bangun tidur dan muka tidak tidur. Mood aku sangat swing akibat insomnia yang datang minta kasih sayang. Rasa mahu bagi sedas dua penumbuk dekat insomnia tu.
09:15 AM | Tukar Tayar |
Wei. Sambung episod lain. Buruk wei kalau post panjang sangat.
0 Respondent(s):
Post a Comment