...Heart Lover.: Split Personality?

Tuesday, February 12, 2013

Split Personality?

Berada dalam keadaan sugar high, hyperactive-nya aku boleh buat orang rasa menyampah tahap mahu buang aku dalam tong sampah. Mulut bising macam tin kosong golek-golek atas jalan berbatu. Tangan mula buat kuak lentang kuak kupu-kupu bagai.

Dalam pada ke-hyperactive-an tu, diam pun adalah salah satu kegemaran aku. Quiet alone.

Di laman sosial mahupun blog, sekali lagi kau dihidangkan dengan aku dari sisi lain. Aku versi yang lagi satu.

Personaliti dan attitude yang pelbagai.

Aku ada banyak versi. Dan versi ini sentiasa ber-update. Macam application yang kau dan aku guna, perlu update untuk fix bugs, improve quality, dan untuk support segala macam OS yang ada.

Dimensi. Kau akan nampak aku berbeza dari pelbagai sudut dan sisi.

Aku. Versi gigi tidak rata dan mata sepet.


Anyway, how's CNY holiday?


2 Respondent(s):

nekmo said...

pergi perlis ek?
lawa kot bunga tu~!

Dg Ndr Mstkln said...

@nekmo yep! pegi perlis~ XD lawa kan kan kan! :D