...Heart Lover.: Labuan. #1

Wednesday, June 13, 2012

Labuan. #1

Labuan.
30 Mei lepas.
Cerita dah basi. Hahaha! Bila aku cuti, blog pun cuti. Tapi, cuti berblogging lebih panjang berbanding cuti semester tuan punya blog!

Anyway.

Perdana Park, Kota Kinabalu


Sehari sebelum bertolak, bermalam di Kota Kinabalu (KK), singgah sebentar memerhati air menari.
Perdana Park, the latest landmark in KK. Located in Tanjung Aru.

Here's a video of the Musical Fountain. :)


Maafkan kualiti video aku.

Persembahan tarian daripada fountain tersebut boleh dikatakan mengkagumkan. Eh, mengkagumkan atau mengagumkan? Hentam saja lah. Aku sempat rakan part diatas sahaja atas sebab aku terleka ternganga melihat pancaran air berwarna warni.

Pada hemat aku, kerancakan air tersebut berdansa adalah bergantung dengan lagu yang keudara. Terbuktilah teori ini apabila pada akhir persembahan, lagu patriotik keudara, dan fountain tersebut hanya 'berdiri tegak' sahaja. Sopan bukan fountain tersebut?

Perdana Park nie tidak hanya memaparkan fountain berdansa, malah tempat rekreasi juga tersedia. Kau mahu berjogging? Bawa girlfriend atau boyfriend beriadah? Datang sini!

Untuk makluman semua, tiada yuran masuk yang dikenakan. Yuran? Errr. Bayaran maksud aku. Tapi sekiranya kau memiliki kereta dan membawa kereta lalu ingin memakirkan kereta mahupun apa-apa jenis kenderaan bermotor, dinasihatkan menyediakan wang berjumlah Rm1.00 tunai dalam bentuk wang kertas mahupun syiling. Kalau rasa nak jimat Rm1.00, tak payah bawa kereta!

Atas sebab masa adalah terhad, so aku tidak sempat pusing habis tempat kejadian. Sila Google kalau nak tahu lebih lanjut pasal tempat nie. Dan boleh juga klik sini.


Labuan

Dari KK ke Menumbok, makan masa dalam 2 jam, bergantung kepada kelajuan kau bawa kenderaan. Disebabkan bapa aku bawa dalam kelajuan yang sedang-sedang saja, so masa perjalanan pun sedang-sedang. Kau agaklah sendiri.

Owh.

Perjalanan feri kenderaan mahupun feri penumpang adalah berkala, berjadual. Oleh itu, sila alert dengan jadual tersebut. Dan sila booking awal untuk naik feri kalau kau tidak mahu duduk melukut di tepi  pelabuhan.


Pada asalnya, feri kenderaan menjadi pilihan, tapi disebabkan bapa tidak booking awal, maka feri penumpang menjadi sasaran dalam keterpaksaan. Ya, keterpaksaan akibat perlu meninggalkan kenderaan di Menumbok.

Melancong secara backpackers tanpa kereta bersama keluarga. Tapi semua itu bersifat sementara. Sampai Labuan, Gen2 pinjam menanti.
Feri + Penumpang = Feri Penumpang?
Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Atas sebab percutian kali ini adalah bersempena cuti sekolah, hampir semua hotel penuh. Bapa tidak booking hotel dan kami sampai lewat petang! Tercabar wooo cari hotel. Hahahahapadanmuka! 

Sepanjang dalam pencarian hotel, bapa aku rasa awkward bawa Gen2. Bila bagi signal masuk simpang, terpasang wiper. Kan selalu signal belah kanan, so bila jumpa kereta signal belah kiri, terus jadi tidak tentu hala. Hahaha! Comel bila bapa aku gelabah.

Dalam post kali nie, bapa aku glamor, kan? Balik-balik sebut pasal bapa. :P

Malam tu, lepak dengan Pija, makan-makan tepi laut. Bab-bab makan kan memang kegemaran aku. Seafood mari!!

Pija & Sotong Buttermilk + Udang Goreng Tepung + Ketam Sambal. 
Oh. Kailan ikan masin jangan dilupakan.
Yang makan cuma aku dengan Pija, tapi lauk macam berkeluarga. Hahaha. Semua licin. Yang tinggal cuma kulit udang & ketam. Lepas kenyang, balik hotel, tidur!

Okey! Sampai berjumpa lagi di episod seterusnya!

2 Respondent(s):

Kesuma said...

omo!!!! i been wanting to go there since last year. *le seafood really makes me terliur >.<*

Dg Ndr Mstkln said...

@Aidramisme
aik? never been there b4 ka? aigoo. i tot u've been there cuz ur bro kan study sana. XD