Lab Race. Scientists' Escape.
Berlangsung pada khamis lepas a.k.a 12 April.
Hari dimana seluruh pelajar MLT lari dari kerja makmal. Kononnya.
Dan sememangnya perlu berlari-lari dari kolej,
dan berpusing-pusing di sekitar Shah Alam.
Penat, tapi fun bila kau tahu cara untuk enjoy!
Dimulakan dengan terjun kolam.
Satu-satunya aktiviti yang aku tidak terlibat.
Sebab belum berani nak 'besar kepala'.
Haha!
Ambil belon yang ada nombor kumpulan. |
Perenggan selepas ini adalah pembaziran, kalau tidak baca pun tidak apa.
Aku tulis perenggan dibawah untuk mengisi memori diri sendiri.
At least aku tidak lupa apa yang aku pernah buat.
Serius tidak rugi kalau tidak baca.
Aktiviti indoor adalah sangat boring.
Cari 1 facility, ambil gambar & namakan course yang berkaitan lah.
Dapat clue, cari buku, gambar dengan buku lah.
Lambung telur guna surat khabar tanpa telur pecah, apungkan jarum peniti atas air lah.
Blablabla.
Okay cukup, boleh muntah kau baca.
Gambar pada hari kejadian adalah terhad disebabkan oleh bebanan tugas. |
Next, mari kita mulakan dunia enjoy yang sebenar!
Shah Alam Extreme Park.
Wall climbing!
Sepatutnya, cuma seorang dari setiap kumpulan yang perlu naik wall.
Tapi group member aku sangat hebat dalam bab ambil hati orang,
so kami semua dapat panjat dinding!
Terima kasih tidak terhingga kepada member-member group sekalian! :')
Perhatian: Aku tiada dalam gambar. Harap maklum. |
Oh, sebelum terlupa.
Berikut merupakan motto kumpulan aku.
"Biar lambat siapkan task, yang penting enjoy.
Menang kalah belakang kira!"
Motto lah sangat.
Hahahaha!
Errr. Aku rasa post ni perlukan episod ke 2.
K bye!
2 Respondent(s):
okkkkkk....aku teruja! best ahh.. yg dalam kolam tu.. amboi... belon bagai... bajet macam bithday party ke hapeee???.. haha... tp serious macam cool ja.. macam best.. wall climbing lagi.. adeh.. syoknya... :)
@✿Nekmo✿
mmg bajet mcm buat party liar tu. HAHAHAHAHA! best la jgk, sbb bnyk buat benda yg aku blm pernah bt. :)
Post a Comment