Day 2.
Masih dihari yang kedua pengembaraan di Penang, the story continues...
Usai makan, pengembaraan diteruskan.
War Museum adalah target seterusnya. Mula-mula masuk muzium bau aku Glamour Eau De Parfum, keluar muzium bau asap. Tidak cukup makan asap fogging di hostel, War Museum ni pun dihidangkan asap. Nyamuk tidak mati, tapi aku yang hilang nafas. Kenapa nyamuk sangat susah untuk bagi kerjasama? Okay, cut the craps, moving on.
Oh. Untuk pengetahuan semua, War Museum ini adalah muzium terbuka yang merupakan tapak asal kubu pertahanan British yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun dengan mudah. Hampir sebahagian besar rupa bentuk asal kubu ini masih dikekalkan. Ada rasa macam baca buku Sejarah?
Aktiviti menarik : Merangkak dalam terowong yang menyebabkan peluh keluar bercucuran. |
Meremang bulu roma sepanjang dalam muzium. |
Siap meronda War Museum, kami berangkat untuk ke shopping mall yang dikatakan glamor oleh sahabat persejuangan. Queensbay Mall. Walaupun bau perfume bertukar menjadi bau asap, kami melangkah dengan yakin tanpa was-was di shopping mall tersebut.
Sempat rembat 2 helai t-shirt, some titbits and something untuk muka. |
Habis shopping, balik Motel, mandi & bersiap, lepas tu BBQ tepi pantai. Pantai mana? Aku tidak pasti. Yang pasti pantai tu area Batu Ferringhi. Malam adalah gelap, oleh itu gambar pun malap.
KKM ♥ Penang |
Tamat pengembaraan hari kedua.
0 Respondent(s):
Post a Comment