Selesai berperang dengan perasaan yang ingin untuk memunggah barang secara borong, aku end up dengan hanya membeli sehelai tudung dan sehelai anak tudung.
Pergi Pasar Tani adalah 1 penyeksaan. Sebab bagi aku, berperang dengan keinginan shopping yang membuak-buak umpama kerinduan menjamah Nasi Kandar yang cuma dapat dikenang, dan mengenang itu tidak membuat aku kenyang.
Next.
Untuk mengubat perut yang lara, arah tuju diubah. Dari Pasar Tani, menuju ke Taman Tasik Shah Alam. Makan adalah perkara yang mampu untuk mengubat kekecewaan dalam shopping yang tidak kesampaian. Dipendekkan cerita, sila telan gambar.
Pilih-pilih ada apa dalam menu. |
Nasi Ayam Penyet. Sedap! |
Duduk bersila atau duduk atas kerusi? Pilih. |
Lepas makan, sambung shopping. Merembat sebiji beg di Plaza Alam Sentral. Cancel menghabiskan voucher buku 1M di MPH SACC Mall sebab tiada buku yang berkenan. Penat membakar lemak, lemak dijana semula dengan menelan Oreo McFlurry.
Sekian.
0 Respondent(s):
Post a Comment