...Heart Lover.: May 2011

Tuesday, May 17, 2011

Graffiti.

Graffiti.
Pronunciation:/grəˈfiːti/
plural noun (singular graffito /-təʊ/)

Writing or drawings scribbled, scratched, or sprayed illicitly on a wall or other surface in a public place





Graffiti, satu vandalisme bila dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya. Tapi, kalaulah seni grafitti tu diolah, rasanya mesti berbaloi-baloi, kan?

Orang yang buat grafitti sangat sangat sangat sangat hebat bagi aku. Bila aku ulang 'sangat' banyak kali, maksudnya memang sangat 'sangat'.

......

Ini bukan graffiti.

Kenapa tidak sediakan bangunan atau tempat khas untuk diorang yang berbakat meng'graffiti'kan diri di Malaysia nie? Atau sebenarnya benda nie dah wujud tapi aku tak tahu?





It's just an opinion. And questions.

Note: Kagum dengan graffiti. Sangat hebat!

Tuesday, May 10, 2011

Musim panas?

Malaysia yang beriklimkan khatulistiwa sudah bertukar jadi 4 musim kah? Hampir 3 malam aku tidak tidur lena. Asyik bergolek-golek atas katil macam ayam kentucky yang disalut tepung . Bangun dari tidur, berpeluh macam dah pusing keliling Shah Alam.

Monday, May 09, 2011

Friendship.

Kawan kapal laut.
Heh.

OK OK getting serious.Ya, ini entry serius.

Friendship.

Friendship is a form of interpersonal relationship generally considered to be closer than association, although there is a range of degrees of intimacy in both friendships and associations.

Bila nampak orang yang sebelum nie rapat, then jadi renggang, aku rasa awkward. Dulu selalu hangout, shed each other tears dan susah senang sama-sama, but now, not anymore.
 

Aku pernah alami benda yang sama.
Hilang kawan atas sebab yang sangat bodoh.
Sangat sangat bodoh.
Sangat sangat sangat bodoh.
OK. Cukuplah perkataan sangat dan bodoh untuk hari nie.

Dan tidak dinafikan itu memang salah aku.
Atas dasar kesetiaan *ewwwwwwwwwww*, kawan-kawan aku terkorban.
Bodoh, kan?
(Got it? Nope? Nevermind.)

Kawan baik aku. Aku pernah menjauh dari dia orang. Menyesal pun tak guna. Aku sendiri segan dan malu dengan diri sendiri.

Sekarang, bila nampak perkara yang sama berlaku dengan orang lain, aku emo.

Sunday, May 08, 2011

Broga Hill.

On May 7th, konvoi pergi Bukit Broga. Seawal 2.00 pagi berkumpul kat tapak parking hostel, dan bertolak 3.00 pagi. Awal? Sebab nak kejar sunrise! :D

5 kereta, 3 motor.

Sampai kat Bukit Broga lebih kurang 3.45 pagi selepas bermain sesat-sesat di jalanraya yang agak lengang di awal pagi.

Bila dah sampai, hiking!


Cahaya lampu dari bandar mana ntah.


Serius, tak puas hati dengan orang yang conteng papan tanda nie.

Sunrise!! Tidak sia-sia datang hiking awal pagi dan berpeluh secara berlebihan then berbau masam kemudian risau kawan-kawan kat dalam kereta pengsan terhidu bau aku waktu dalam perjalanan balik.

Puncaknya disitu.

Aku rasa macam cool dalam gambar nie. HAHAHAHANCUR.

Beauty.

On the way down.

Orang mula ramai waktu kami on the way turun.

R.O.C.K. Rock.

The rented Viva's.


That's all. Daaaaaaaaa.


Note : Aku kecewa tak jumpa pokok tempat Dr Sheikh Muszaphar buat pre-wedding photoshoot sebab rushing nak turun awal. Tak dapatlah nak minta puji lebih-lebih dengan Mama aku. :P

Sunday, May 01, 2011

First Impression.

First impression.

First consideration or judgement.

Source: Dictionary.com

Kenapa first impression itu penting? Sebab, first impression tu boleh jadi penilaian jangka masa panjang.

Walaupun aku tidak berapa stick dengan first impression, sebab aku tau first impression tu belum tentu betul, tapi first impression tu tetap memainkan peranan yang penting untuk kau tambat hati aku.