...Heart Lover.: June 2010

Friday, June 25, 2010

Aku tercabar.


Minggu nie aku sangat emosi. Tercabar yang amat. Rasa macam mahu terkam orang!

Ingatkah kau dengan entry ini?

Passport itu sia²! Aku kecewa! Baiklah. Mari dengar aku bergosip.

12 Jun yang lalu (karangan bahasa melayu), aku dengan semangat berkobar² pergi taklimat untuk persediaan sebelum pergi menyambung study. Sebilangan bakal² pelajar yang akan menyambung study dibekalkan tiket, termasuk aku. Dalam tiket aku, arah tuju yang tertulis adalah Kuching. Aku percaya dengan tiket tu walaupun surat tawaran aku belum sampai.

So, aku buat passport. Dan buat akaun yang sesuai dengan kolej. Sebab, lain kolej, lain jenis akaun kan? Medical check up pun aku belum buat sebab kolej di Kuching suruh buat di Kuching saja.

Tiba², 3 hari lepas pihak kolej call. Dan cakap aku bakal ditempatkan di negeri yang bukan negeri Sarawak. Dan dengan penuh keterkejutan aku akhirnya hilang pertimbangan waktu bercakap dengan Cik tersebut. Keluar slang Sabahan aku yang pekat. Tidak dapat control macho lagi dengan berbahasa standard. HAHAHA. Aku dapat agak yang Cik itu sedang senyum² menahan ketawa beliau. (=_=") 

Disebabkan surat tawaran aku belum sampai, aku jadi lebih emosi. Sudah banyak persediaan aku buat untuk pergi Sarawak, hujung² pergi negeri lain pula. Haihhhh.

Passport aku, simpan sebagai kenangan. Akaun? gua mahu ambil balik duit gua! Gua terpaksa buat akaun lain. HUHUHU. Then aku terpaksa rush mahu buat medical check up. Tiket terpaksa tukar. Arghhhhhhhhhhhhh! Tensi! Tensi!
















Sabar sajalah aku. Tsk tsk. T-T

Withlove~♥;
Photobucket

Monday, June 21, 2010

20.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20.

17 Jun 2010, genap umur aku 20 tahun. Bila aku kira guna jari tangan, tidak cukup. Aku perlu guna jari kaki sekali. Tahun depan, aku perlu pinjam jari orang lain untuk cukupkan jumlah tahun aku hidup. Kau sudi bagi pinjam?

Hadiah hari jadi aku berbentuk surat yang bertulis perkataan sukacita. Dan tiket kapal terbang untuk pergi dan tidak balik² ke oversea. Dan passport. Dan buku akaun. Dan Shopping².




Bila aku cakap oversea, kau harus faham apa yang aku maksudkan. Jangan cakap aku berlagak. Itu sangat menyedihkan.

Withlove~♥;
Photobucket

Saturday, June 19, 2010

Award award tag tag.

1st.

Award berserta tag yang pertama diterima daripada kak Aisyah. Saya dengan ini mengucapkan terima kasih. Skema. HAHAHA.


1. Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama tu
Little Heart Lover. Sebab aku sangat sangat sangat suka bentuk hati.
I heart

2. Apa nama url blog dan dari mana datangnya idea tue
http://littleheartlover.blogspot.com. Idea tu datang dalam mimpi bila mana seorang jejaka hensem menyuruh aku buat belog dengan url tersebut. Percaya?

3. Apa method dalam penulisan
Method? Aku menaip guna jari tangan. Tak kan mahu taip guna mulut?

4. Pernah rasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Pernah. Sebab? Entah.

5. Pernah ahli keluarga anda baca blog nie?
Pernah.

6. Apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan ada orang lain cakap blog anda cantik
Apa ku kisah? Ala² korus lagu One Nation Emcees.
 
7. Bila blog anda diberanakkan?
Siapa pula yang memberanakkan belog aku nie??

8. Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
Aku lah orangnya.

9. Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah
Adakah orang yang berkata² tentang belog aku di sekolah??

10. 6 orang yang bakal di tag.
6-3=3. Kan?


2nd.

Trimas to you mak cik. Lain kali jangan bagi award ja, bagilah duit sekali. XD


Ceritakan bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang. contoh macam korang mengubah suai sampai tak tidur malam ke, etc. juga sertakan sekali dua website yang selalu korang pergi untuk membantu korang mengedit blog. sila jangan kedekut ilmu ya. kita mesti saling berkongsi:)
Tidur tetap tidur. Tidur itu wajib. Sekadar lupa mahu makan tu ada lah. Naik kematu juga punggung aku menghadap lappy untuk bagi belog aku jadi comel macam aku. Oh, aku kedekut. Tidak mahu kongsi website yang membantu aku untuk mencomelkan belog. LALALA.

Tuliskan lima perkataan yang melambangkan diri korang. contoh : pandai, pemalas, pembersih, peramah, pemarah
Comel, gemuk, tembam, bulat, hitam. =)
Tag kawan-kawan anda yang patut terima award ni. XD
Penat wei aku mahu tag orang. HUHUHU.




Bye².



 Withlove~♥;
Photobucket

Friday, June 18, 2010

Di tag.

Dapat tag dari Mimieyy dan Aviv aka Nurul. Thanks to both of you. =)


1. Berapa Blog yang kamu punya ? dan berapa umurnya ?
Aku punya 2 belog. Tapi yang 1 itu ngakk aktif banget. Cuma aktif belog ini saja. Umurnya? Aku ngakk tahu.


2. Sejak kapan kamu mengenal dunia blog ?
Aku sudah kenal sama dunia belog sejak aku terbuat [sila ambil perhatian: terbuat ok. ter.] blog di Friendster yang aku sendiri juga ngakk tau apakah blog itu sebenarnya pada waktu itu. Eh. Apa aku cakap nie?

3. Mengapa tertarik membuat blog? dan untuk apa ?
Aku juga ngakk tahu. Aku menulis untuk suka² saja deh.

4. Apa kelebihan dan kekurangan blog kamu ?
Tanyakan saja ke pembaca² belog ku. Apa kelebihan & kelemahan belog ku ya teman²?

5. Award dan Tag ini di berikan kepada 5 blogger lain
Echill. Ok. Cukuplah sorang.














Bye².

Lil'HeartNote: Aku gagal bahasa seberang. T__T

Withlove~♥;
Photobucket

Wednesday, June 16, 2010

Nota Cinta.


Akhirnya habis juga cerita nie aku tengok. Lama juga tunggu episod demi episod keluar. HAHA. Pendek, tapi best. =)

Kopi memerlukan coffee-mate untuk melengkapkan rasa, ibarat lelaki memerlukan wanita untuk melengkapkan hidup. Anyway, aku suka cara lelaki tu tackle Seri. HAHAHA.   

Aku suka cerita jiwang. So what? HAHAHA.







Sesiapa yang rasa mahu bercuti ke Bali dengan pasangan, joinlah contest Nota Cinta. As simple as 123. Senang ja, bukan macam soalan STPM yang boleh buat aku nangis² waktu exam. Huh.

"Cinta itu sentiasa ada, cuma kita kena menyemarakkannya."




Lil'HeartNote: Kadang² aku rasa ada baiknya kawin awal.
Eh, apa nie? apa nie??!! HAHAHA



Withlove~♥;
Photobucket