...Heart Lover.: Vacation
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Wednesday, April 04, 2012

Kompang Dipalu.

24 Mac, sekali lagi bergerak ke Utara.
Tidak cukup pergi Penang, kali ni pergi Kedah!
Kuala Nerang to be exact.

Ex-housemate
buat kenduri.
Kenduri kahwin! :')

Sila layan gambar.

Hello Kedah!

Gambar makanan tidak sekali-kali ditinggalkan. :P

Aku sangat sangat sangat ikut tema.

Ex-housemate kurang 4 orang. Sobssssssss.


BarakAllah buat Kak Jah & Abang Yun. :)

Sunday, March 18, 2012

Penang Trip. #2

13/3/2012.
Day 2.

Morning Penang!

Hari dimulakan dengan mengisi perut yang lapar. Atas sebab aku memang sangat suka makan, setiap post untuk trip ini akan diselitkan dengan makanan.

Sarapan di Restoran Khaleel Nasi Kandar, bersebelahan dengan tempat penginapan. Teringin pekena Nasi Kandaq, tapi awal-awal pagi tiada. Sobsss lagi.

Tosai Telur. Nomnomnom.

Lepas sarapan, jalan! Penang Botanic Gardens! Recommended for those who love nature.

"Awas! Monyet ganas menyerang"

Hijau.
Next, Bukit Bendera a.k.a Penang Hill. Boleh tengok view Penang 830m dari aras laut. Udara boleh dikatakan sejuk walaupun di tengahari. Nyaman!

Keretapi.

Luas mata memandang.

Me + Buildings.

Selesai meninggalkan kesan tapak kaki di Bukit Bendera, tiba masa untuk mengisi perut yang lapar. Ya, perut aku memang suka lapar, so, kami singgah makan di area Pantai Seagate. Dari pantai ni boleh nampak Pulau Jerejak.

Makan itu indah.

Erghhhhhhhhh. Kita sambung episod lain. Post sarat sangat nanti muak.

Friday, March 16, 2012

Penang Trip. #1

12/3/2012.
Day 1.

Trip ke Pulau Pinang bermula seawal 6 pagi, bertolak dari hostel ke LCCT untuk flight 8.35 pagi.

Pagi yang gelap, kini sudah terang.

LCCT vs awan

Arrived in Penang International Airport, Bayan Lepas, lebih kurang 9.30 pagi. Flight group aku paling awal, so terpaksa duduk termanggu menunggu ketibaan group yang lain atas sebab flight berbeza-beza. Tunggu dari 9.30 pagi sampai 3.00 petang.

Penang International Airport vs waiting

Lunch in Pinang Kopitiam (Airport), perasmian untuk menjamu selera di Penang.

Makan Nasi Goreng Bombay, tiada penyesalan dikesan pada lidah dan perut. Sedap!
Tapi Hokkien Mee yang kawan order, agak mengecewakan. Tawar and cair. Sobssss.

Bila semua dah sampai, bertolak dari airport ke tempat penginapan. Say hi to our tour guide, Azrai and his assistant Zulhairi from FriendlyPartner Enterprise. Untuk 3 hari 2 malam, depa ni lah yang uruskan kami.


Menginap di Ali's Motel, located in Teluk Bahang. Jatuh cinta dengan lanskap Motel tersebut!

Ali's Motel. Nature, fresh look.

Lepas bahagikan bilik, susun luggage, solat dan tepek bedak tebal-tebal, perjalanan diteruskan. Destinasi pertama, Toy Museum!

Located in Tanjung Bungah.

Bringing back my childhood memories. :')

Lots of toys, dolls, etc.

Next station, Gurney Drive! A place for hawker food and sea-watch! Makan!

Laksa Penang. Kawan cakap bukan rasa Laksa Penang sebenar. Sobss.
Pasembuq (pinggan dah licin. Haha). Sedap! Boleh cover Laksa yang mengecewakan.

Gurney Drive night view.

Hala tuju terakhir untuk hari pertama trip, Batu Ferringhi Night Market.

Tengok-tengok dan beli-beli souvenir. 

Pesanan penaja : Kena pandai tawar-menawar harga. ;)

Selesai membeli, kami pun blah. Kembali pulang ke Motel.
Tidur!