...Heart Lover.: Housemate, Happy Birthday!

Thursday, July 05, 2012

Housemate, Happy Birthday!

Aku teringin baling tepung di muka housemate, tapi mengenangkan itu adalah satu pembaziran kepada tepung-tepung yang boleh mengenyangkan perut, dan atas sebab aku tidak mahu menyesal di kemudian hari bila mana sekiranya tepung dibaling, rumah bersepah, dan bila bersepah perlu dikemas, maka, aku simpan angan-angan tersebut, sematkan dalam hati walaupun hati meronta-ronta mahu membaling tepung di muka dia. Hahaha!

Dia satu-satunya housemate aku sejak bulan Mac lepas setelah senior-senior melangkah keluar dari hostel a.k.a rumah ini. So, atas kerjasama beliau dalam memperjuangkan rumahtangga kami yang penuh suka duka onak duri ombak rindu, aku putuskan untuk membina kek yang tidak seberapa untuk dia.

Happy Birthday Iwa!!

Komen pertama yang keluar dari mulut dia.
"Eh, macam kek perempuan buat."
Hoi!! Aku tau lah aku macho, tapi aku memang perempuan, kau jangan lupa. Apa kau ingat aku macho dalam hati tiada taman bunga? :P

Berpeluh-peluh aku pukul telur serta butter bersama gula halus secara manual menggunakan garfu sampai kembang. Sakit jantung aku bila penutup kuali yang aku pinjam dari rumah-sebelah-punya-sebelah rupanya besar dari kuali yang ada dalam rumah nie. Pening aku sembunyikan bahan bukti pembinaan kek tersebut (terutamanya penutup kuali) yang akhirnya aku sumbat dalam locker. Dan kau tidak tahu betapa stressnya aku bila mana aku baru teringat yang aku lupa letak esen vanilla dalam kek tu! Hahaha! *malu*

Apa-apa hal, Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22 Iwa! Ingat, 22! 22! 22! Hahahaha! Biar kau makan dalam!

3 Respondent(s):

Yoe Nicellya said...

ada muka saya....hahahaha....p juga menyibuk kan...kehkehkeh....sedapnya kek...yummy...

Dg Ndr Mstkln said...

@Yoe Nicellya
mesti ada ging. awkward kalau saturang. HAHAHAHA! sedap la sgtttttttttttttt~ :P

Yoe Nicellya said...

hahaha....sedddaaaapppp....makanan org kan...hihi