...Heart Lover.: November 2011

Sunday, November 27, 2011

1433H.

Salam Ma'al Hijrah.

Macam mana dengan azam lepas? Berjaya atau ditunda ke tahun akan datang? Aku, ada yang tertunai, ada yang terkapai-kapai.
Biasalah, kesungguhan di tahap yang medium. Susah ditingkatkan. Tapi tidak bermaksud aku langsung tidak cuba. *Ehem*

Kelmarin, aku ambil test undang-undang yang tertangguh. Lulus dengan baik, bukan cemerlang. Tapi tetap bersyukur. Jangan tamak, orang tamak selalu rugi.

46/50

Tadi ada aktiviti Mentor-Mentee. Bersuka ria di KLCC.

Monday, November 21, 2011

Resepi Baru Bersama Bola.

Tadi try masak resepi yang diculik dari Kjee. Szechuan Hot & Spicy Soup. Tapi kiub ikan bilis tiada, aku tukar kiub ayam. Udang kering aku tukar ikan bilis. Haha.

Hasil?

Isi lagi banyak dari sup? HAHA. Semak mangkuk tu aku tengok.

Sekarang semua orang nervous tengok perlawanan final bola sepak 26th Sea Games. Rasa macam hampir runtuh dinding hostel ni, asyik kena ketuk, tendang, terajang. Haha. Orang yang lepak di gerai makan bawah lagi hebat, boleh jadi alarm gol. Aku tidak tengok match tu, aku dengar berdasarkan jeritan ja. Hehe.

Ramai yang update pasal match ni di Facebook. Secara live maksud aku, langsung daripada depan kaca televisyen. Dan aku rasa, atas sebab terlalu teruja, ramai yang typing error waktu update status.
Thanks jadi Thanjs.
Indonesia jadi Indanesia.
Kalau jadi Kalai.
Malaysia jadi Maleysia.

Macam-macam.

Saturday, November 19, 2011

Hujung Minggu.

Only have one life to live, so you better make the best of it.
Today My Life Begin by Bruno Mars.

Tadi pergi pasar malam, beli barang dapur untuk seminggu & makanan untuk makan malam. Aku isytiharkan malam Sabtu sebagai hari pengecualian memasak bagi diri sendiri. *Tepuk tangan*

Karipap gedabak? Serius, memang gedabak. Besar daripada pinggan.
Tidak sampai separuh aku telan, kenyang.

Otak-otak. Favorite.


Oh. Sepatutnya tadi ada ujian undang-undang teori untuk proses mengejar L. Tapi sebab belum sedia, kami postpone ambil esok. Ada masa kurang daripada 12 jam. Tertekan sebab sebelum ni memang tidak ambil tahu pasal benda ni semua.

Kursus teori minggu lepas.


Note : Minggu ni minggu aku berbangga dengan diri sendiri, sebab mampu memecah rekod aku yang sebelum ni kurang mencapai apa-apa. Alhamdulillah.

Monday, November 14, 2011

Semester 3.

Baru masuk semester 3. Rasa macam slow. Arghhhhhhhhhhhhh.

Alhamdulillah result semester lepas agak memuaskan hati walaupun tidak sebest result kebanyakkan coursemate aku. At least tidaklah seteruk yang disangka. Tidak sia-sia aku risau waktu cuti sebulan. Haha.

Agak tidak puas hati bila ambil result dan mendaftar 8 November lepas, lepas tu dapat tahu kelas mula 14 November. Kalau tahu awal, baik aku tambah cuti, lepak di kampung lama sikit. Stress tahu!

Rabu lepas ambil kad pengenalan baru. Akhirnya bertukarlah wajah darjah 6 dalam kad pengenalan kepada wajah 21 tahun. 21 tahun lah konon, tapi perangai macam budak tadika. Heh.
Lepas tu ambil angin di Taman Tasik Shah Alam dengan 'Geng Kota' aku. Geng Kota sebab semua asal Kota Kinabalu, Kota Belud & Kota Marudu.

Kura- kura lepak di pokok tumbang.

Galeri Shah Alam ni dah terbiar, aku rasa?

Perahu tersadai di Taman Permainan.

Tasik.

Lama tidak letak muka dalam blog. Haha.

Bukti perangai macam budak tadika. =_="


Note : On the way dapatkan L!

Friday, November 04, 2011

Sia-sia.

Dalam bahasa lain, pointless.

Ada banyak benda yang berlegar dalam kepala, tapi untuk tulis semua benda tu bukan main susah!

Tiap hari sign in blogspot, tiap hari cuba publish post, tapi tiap hari juga aku end up sign out tanpa apa-apa untuk di publish.

Semua ni sebab aku rasa penulisan aku menjengkelkan. Tapi lepas ni mungkin akan ada usaha memberi nafas baru untuk LittleHeartLover, ulang suara, mungkin.

Banyak kali cakap macam ni, tapi benda yang sama jugak yang jadi. Terbiar. Hehe.