...Heart Lover.: Friend
Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Indera Kayangan #3.

...kesinambungan dari post ini dan ini.

Day 3 | 24/01/2013

Masih di hari yang kedua. Masih berada di Perlis. Alang-alang mandi, biar basah. Alang-alang berpeluh, biar basah jugak. Menghancurkan bahasa betul perempuan ni.

04:20PM | Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis.
Gua Kelam, gua batu kapur. Lebih kurang 36km dari bandar Kangar. Terowong yang ada dalam gua ni memang semulajadi. Dulu-dulu, gua ni famous dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih bermutu tinggi.


Ada jambatan gantung sepanjang jalan merentasi gua. Bawah jambatan, ada sungai(?). Suasana agak kelam, sebab tu nama gua jadi Gua Kelam(?). Tapi, tiada suasana kelam kabut, yang tu aku pasti.



Ada sungai di luar kawasan gua, so bolehlah alang-alang mandi biar basah. Tapi sebab kami tidak mandi, kami cuma basah sebab peluh yang melimpah ruah. Di luar gua tu ada Secret Garden. Ada ladybird dan rama-rama gergasi. Sekian sahaja informasi tentang Gua Kelam.

Next.

05:40PM | R&R Dataran Terinai



Singgah hentian R&R Dataran Terinai. Ada view cantik berlatarbelakangkan Empangan Timah Tasoh. Tapi sayang, keadaan R&R tu agak uzur.

Perjalanan diteruskan lagi. Memburu laksa Kuala Perlis. Aku banyak memproses air liur basi sepanjang perjalanan. Hahaha! Aku cuma mampu jadi pilot kurang dari 1 jam. Maafkan daku J.

06:50PM | Medan Selera, Kuala Perlis.
Laksa Kuala Perlis, pekat. Aku suka! Ada orang cakap kuah laksa Kuala Perlis guna belut. Tapi rasanya aku tidak jumpa laksa yang itu. Sobss. Teringin mahu merasa. 

Oh. Kalau rasa mahu pergi Langkawi, selain dari Kuala Kedah, naik feri dari jeti Kuala Perlis pun boleh.

Hoi. Ada sikit lagi ni. Sambung lagi next episode lah.


Sunday, January 27, 2013

Indera Kayangan #2.

...sambung episod Indera Kayangan #1 yang lepas. 

Day 2 | 24/01/2013

Selesai tukar tayar, perjalanan diteruskan, dan masih dalam kelajuan perlahan. 

Serangan insomnia semalaman menyebabkan aku banyak menghabiskan masa membalas dendam menghasilkan tahi mata dan air liur basi sepanjang perjalanan. Kesian J dapat 2nd pilot yang cuma tahu membuta macam aku. Hehe.

Aku cuma betul-betul terjaga dari tidur aku bila nampak ini;


Pemandangan yang menarik perhatian aku. Luas. Cantik. Tenang. Semua pakat ambil gambar dari dalam kereta. Habis gambar semua senget-senget akibat momentum kereta yang tidak stabil. Sampailah satu tahap, kami semua macam kena histeria bila nampak 1 kawasan berbunga.


Semua pakat turun dari kereta. Haha! I'm not quite sure apa sebenarnya tumbuhan berbunga nie. Roselle kah?


Selesai sesi fotografi, menghala ke Padang Besar. 

12:30 PM | Padang Besar
Padang Besar. Kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Lebih kurang 35km dari Kangar. Kononnya disini adalah syurga membeli-belah, bebas cukai. Tapi sampai sini, aku cuma tapau jersi MU untuk bff aku, dan headlight untuk diri sendiri. Itu sahaja. Hahaha! Sedih bukan?

01:30PM | Somtam, Pulut Ayam, Pulut Mangga, Pulut Durian
Aku rasa macam high bila nampak makanan ni semua. Food is my drug. Aku suka pulut ayam dan pulut mangga. Pulut durian? Oh. Kalau kau pembaca blog ini sekian lama, kau tahu siapa durian dalam hidup aku. Somtam? Bolehlah tahan.

03:10PM | Kompaun!
Ini antara benda yang meningkatkan degupan jantung aku ke tahap yang agak maksima. Hilang nafas akibat lupa beli kupon parking. Sakit hati dengan diri sendiri. *Lap hingus atas steering*

Sudah. Nanti kita sambung cerita lagi.

Indera Kayangan #1.

...that awkward moment when I don't even know how to start my writing.

Anyway.

Assalamualaikum.

...get ready for the boring stories and captions. 

Perjalanan kali ini agak mencabar untuk aku, atau lebih tepat lagi kami berlapan. Dari Teluk Intan, Perak, menuju ke Padang Besar, Perlis.

Dimulakan dengan cabaran kenderaan. Sepatutnya cuma bawa 1 kereta yang boleh memuatkan 8 orang, tapi beberapa jam sebelum bertolak, tukar plan, kena bawa 2 kereta. Gigihkan diri sewa kereta dengan hati kecewa. Sedih okay. Sedih. Sedih bila kena tukar plan. Sedih sangat. Kau faham tidak betapa sedihnya aku bila aku menyatakan kesedihan berulang kali. Sedih tahu! *Tarik hingus*

Suku masa perjalanan, tayar kereta kawan pecah. Lepas tu, tayar spare yang ada kurang angin. Serius rasa mahu patah balik waktu tu. *Lap hingus meleleh*

Kena kompaun dengan Majlis Perbandaran Kangar. Arghhhhh! *Kesat hingus guna tisu*

Mahu bayar kompaun tapi cuti wei, so confirm Majlis Perbandaran tutup. *Meraung sambil kesat hingus guna baju*

Bajet lari. *Tumpang lap hingus kat lengan baju kawan*

Ei. Tulis banyak-banyak tiada guna, aku tahu kau tidak baca. Mari kita teruskan dengan captions pendek-pendek.


Day 1 | 23/01/2013
10:32 PM | Tayar Pancit
Tidak sampai suku perjalanan dari Teluk Intan ke Padang Besar, tayar kereta pecah. Nasib baiklah jejaka-jejaka yang ada nie boleh harap. Ha ha ha. *Ketawa mendatar.* Ini tawa dalam tangisan okay. Aku serupa 'mak cik' yang sangat annoying masa tu. Bising suruh budak-budak tu ke tepi bila aku nampak kereta & lori yang laju semacam.

Perjalanan diteruskan dengan kelajuan perlahan akibat keadaan tayar yang tidak mengizinkan berlakunya aksi drift mahupun F1.


Day 2 | 24/01/2013

02:30 AM | Singgah Makan
Atas sebab kami semua belum makan malam sebelum berangkat, singgah area Penang, makan.

Lepas makan, teruskan perjalanan sampai ke R&R Juru - Sungai Dua kalau tidak salah aku. Pilot mula memandu macam ular, so singgah tidur situ. Insomnia datang bertandang, aku tidak dapat lelapkan mata langsung.

Usai subuh, lepas bersiap, perjalanan diteruskan sampai area Sungai Petani. Sarapan pagi, lepas tu tunggu kedai tayar buka. Lenguh menunggu sampai pukul 9 pagi.

07:15 AM |  Sarapan
Ini semua muka-muka baru bangun tidur dan muka tidak tidur. Mood aku sangat swing akibat insomnia yang datang minta kasih sayang. Rasa mahu bagi sedas dua penumbuk dekat insomnia tu. 

09:15 AM | Tukar Tayar
Lagak macam tengah tengok konsert. Sedangkan cuma tengok tayar tubeless pindah ke rim lain. Tapi sebenarnya, aku memang kagum dengan tayar tubeless nie. Hairan, udara dalam tayar tu tidak keluar walaupun tayar tu tidak bertiub? Kahkahkah. Baik kau abaikan penulisan perempuan yang tengah jiwa kacau nie.

Wei. Sambung episod lain. Buruk wei kalau post panjang sangat.

Thursday, July 05, 2012

Housemate, Happy Birthday!

Aku teringin baling tepung di muka housemate, tapi mengenangkan itu adalah satu pembaziran kepada tepung-tepung yang boleh mengenyangkan perut, dan atas sebab aku tidak mahu menyesal di kemudian hari bila mana sekiranya tepung dibaling, rumah bersepah, dan bila bersepah perlu dikemas, maka, aku simpan angan-angan tersebut, sematkan dalam hati walaupun hati meronta-ronta mahu membaling tepung di muka dia. Hahaha!

Dia satu-satunya housemate aku sejak bulan Mac lepas setelah senior-senior melangkah keluar dari hostel a.k.a rumah ini. So, atas kerjasama beliau dalam memperjuangkan rumahtangga kami yang penuh suka duka onak duri ombak rindu, aku putuskan untuk membina kek yang tidak seberapa untuk dia.

Happy Birthday Iwa!!

Komen pertama yang keluar dari mulut dia.
"Eh, macam kek perempuan buat."
Hoi!! Aku tau lah aku macho, tapi aku memang perempuan, kau jangan lupa. Apa kau ingat aku macho dalam hati tiada taman bunga? :P

Berpeluh-peluh aku pukul telur serta butter bersama gula halus secara manual menggunakan garfu sampai kembang. Sakit jantung aku bila penutup kuali yang aku pinjam dari rumah-sebelah-punya-sebelah rupanya besar dari kuali yang ada dalam rumah nie. Pening aku sembunyikan bahan bukti pembinaan kek tersebut (terutamanya penutup kuali) yang akhirnya aku sumbat dalam locker. Dan kau tidak tahu betapa stressnya aku bila mana aku baru teringat yang aku lupa letak esen vanilla dalam kek tu! Hahaha! *malu*

Apa-apa hal, Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22 Iwa! Ingat, 22! 22! 22! Hahahaha! Biar kau makan dalam!

Monday, April 30, 2012

It's Hot in Sunway Lagoon.

Minggu lepas minggu busy.
Ada presentation untuk subjek Pengajian Islam.
Lawatan ke LPPKN.
Theater untuk subjek English P.G.

So, Sabtu, serang Sunway Lagoon,
kurangkan stress, kurangkan duit dalam dompet.
Haha.

Dalam bas.

Kami buat keputusan masuk all parks,
yang mana menterbangkan duit sebanyak RM75 + RM10 deposit.
Owh,
rates berbeza bergantung dengan umur dan kewarganegaraan.



Dimulakan dengan Water Park.
Gambar di Water Park tiada, camera betapa dalam locker sebab dia tak tau berenang.
Apa yang boleh aku gambarkan,
air masuk dalam hidung aku dengan deras.
Ya, aku pun macam camera, tidak tau berenang.

Aku mau harimau seekor. Boleh?

Lepas Water Park, 
beralih kepada Wild Life Park, 
Amusement Park, 
Scream Park,
dan akhir sekali Extreme Park.

Rimba?

Ini kali ke 3 aku pergi theme park, selepas Times Square & Genting Highland.
Tapi ini kali pertama aku termuntah.
Malu.
Nasib baik saksi kejadian cuma seorang.
Haha!
Waffle, ice cream & lemonade yang aku telan keluar dari tekak dengan jayanya.

Pening. Pening. 

Roller coaster. Blablabla.

Flying Fox. ATV.  Suka! Suka!

Dipendekkan cerita,
sehari adalah tidak cukup untuk kau habiskan rides & attractions yang ada kat Sunway Lagoon.
"So many choices, so little time."

Akhir sekali, sebagai penutup, gambar dinner aku pada hari kejadian.

Sushi. But no wasabi please. 

Update: 
Oh ya, pesanan aku,
bawa duit extra kalau nak melantak kat Sunway Lagoon. 
Harga makanan macam dah kena exchange rate Euro!
Makanan dari luar tidak dibenarkan bawa masuk. 
Sobsssssssssssss.

Wednesday, April 04, 2012

Kompang Dipalu.

24 Mac, sekali lagi bergerak ke Utara.
Tidak cukup pergi Penang, kali ni pergi Kedah!
Kuala Nerang to be exact.

Ex-housemate
buat kenduri.
Kenduri kahwin! :')

Sila layan gambar.

Hello Kedah!

Gambar makanan tidak sekali-kali ditinggalkan. :P

Aku sangat sangat sangat ikut tema.

Ex-housemate kurang 4 orang. Sobssssssss.


BarakAllah buat Kak Jah & Abang Yun. :)

Wednesday, March 21, 2012

Penang Trip. #4

14/3/2012.
Day 3.
Final.

Again, morning Penang!

Hari terakhir di Penang. Sobsssssssssssssssssssss.
Awal pagi tanpa kawan-kawan yang lain sempat bersarapan tapi aku sempat sebab bagi aku sarapan perlu disempatkan okay kita sambung cerita, arah tuju adalah ke Miami Bay, Batu Ferringhi.

Bermula dengan sukaneka hingga bersuka ria.


Bersukaneka.

Bersuka ria.

Bermodel sambilan.

Siap bersukaneka bersuka ria bermodel sambilan bermandi-manda, balik tempat penginapan untuk terakhir kalinya. Kemas semua barang, angkut pulang.

Ya. Itu aku bersama dengan iron.


Journey di Penang belum berakhir. Sia-sia datang Penang kalau tidak pekena Nasi Kandar yang famous. So, singgah makan tengahari di Nasi Kandar Line Clear!

Ramai pelanggan wooooooooooo.

Akhirnya. :')

Sudah. Jangan lagi terkenang-kenang nasi kandar yang jauh.

Disebabkan ada sedikit lagi masa sebelum flight terbang, kami singgah sekejap di Snake Temple. Akhirnya, fobia aku dengan ular dapat dilawan, walaupun aku masih fobia. Errrrrrrrr.

Abaikan ekspresi muka aku yang jelas ketakutan.

Dan akhirnya, keberangkatan pulang. Destinasi terakhir, Penang International Airport. Bye-bye Penang!


Tidak sempat naik feri & pergi jambatan Pulau Pinang. Tarik hingus lah nampaknya.

Tamat.

Tuesday, March 20, 2012

Hujung Minggu.

Hujung minggu yang baru lepas diluangkan dengan mencuci mata di Pasar Tani Shah Alam yang bertapak di kawasan Stadium Shah Alam yang beralamat di Seksyen 13 Shah Alam. Ya, Shah Alam, Shah Alam, Shah Alam.


Selesai berperang dengan perasaan yang ingin untuk memunggah barang secara borong, aku end up dengan hanya membeli sehelai tudung dan sehelai anak tudung.

Pergi Pasar Tani adalah 1 penyeksaan. Sebab bagi aku, berperang dengan keinginan shopping yang membuak-buak umpama kerinduan menjamah Nasi Kandar yang cuma dapat dikenang, dan mengenang itu tidak membuat aku kenyang.

Next.

Untuk mengubat perut yang lara, arah tuju diubah. Dari Pasar Tani, menuju ke Taman Tasik Shah Alam. Makan adalah perkara yang mampu untuk mengubat kekecewaan dalam shopping yang tidak kesampaian. Dipendekkan cerita, sila telan gambar.

Pilih-pilih ada apa dalam menu.

Nasi Ayam Penyet. Sedap!

Duduk bersila atau duduk atas kerusi? Pilih.

Lepas makan, sambung shopping. Merembat sebiji beg di Plaza Alam Sentral. Cancel menghabiskan voucher buku 1M di MPH SACC Mall sebab tiada buku yang berkenan. Penat membakar lemak, lemak dijana semula dengan menelan Oreo McFlurry.


Sekian.

Sunday, March 18, 2012

Penang Trip. #2

13/3/2012.
Day 2.

Morning Penang!

Hari dimulakan dengan mengisi perut yang lapar. Atas sebab aku memang sangat suka makan, setiap post untuk trip ini akan diselitkan dengan makanan.

Sarapan di Restoran Khaleel Nasi Kandar, bersebelahan dengan tempat penginapan. Teringin pekena Nasi Kandaq, tapi awal-awal pagi tiada. Sobsss lagi.

Tosai Telur. Nomnomnom.

Lepas sarapan, jalan! Penang Botanic Gardens! Recommended for those who love nature.

"Awas! Monyet ganas menyerang"

Hijau.
Next, Bukit Bendera a.k.a Penang Hill. Boleh tengok view Penang 830m dari aras laut. Udara boleh dikatakan sejuk walaupun di tengahari. Nyaman!

Keretapi.

Luas mata memandang.

Me + Buildings.

Selesai meninggalkan kesan tapak kaki di Bukit Bendera, tiba masa untuk mengisi perut yang lapar. Ya, perut aku memang suka lapar, so, kami singgah makan di area Pantai Seagate. Dari pantai ni boleh nampak Pulau Jerejak.

Makan itu indah.

Erghhhhhhhhh. Kita sambung episod lain. Post sarat sangat nanti muak.