...Heart Lover.: Taman Tasik Shah Alam
Showing posts with label Taman Tasik Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Taman Tasik Shah Alam. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Scientists' Escape. #2

Kelmarin, result semester lepas keluar.
Pointer turun.
Tapi Alhamdulillah, masih dalam keadaan baik.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


Well, back to business.

Selepas enjoy mandi kolam, mencabar fizikal mental dan wall climbing,
clue seterusnya menghalakan langkah kami ke Plaza Alam Sentral a.k.a PAS.
Serius, aku rasa macam budak sekolah pada hari kejadian.
Feeling macam join Running Man pun ada.

First time naik bas Rapid KL. Heh!

Dipendekkan cerita, sampai kat PAS, kami main bowling.
Sepatutnya main 1 game, tapi bertukar jadi 3 game.
Biasalah, enjoy. :P

Sampai terduduk main bowling. :P

Next, makan.
Tapi sebab aku lapar sangat sangat sangat,
tiada gambar makanan. Hee.

Lepas makan, pergi Taman Tasik Shah Alam.
Berkayak.
Dan disini, sekali lagi kami break the rules.
Sepatutnya yang berkayak cuma 2 orang,
tapi kami 5 orang berganti-ganti.
Teehee!

Lain kali mau lagi!
Task siap.
Tunggu bas, balik kolej, penyampaian hadiah.


Dapat saguhati.
Okaylah kan, dapat hamper, boleh makan-makan.
:)

Tuesday, March 20, 2012

Hujung Minggu.

Hujung minggu yang baru lepas diluangkan dengan mencuci mata di Pasar Tani Shah Alam yang bertapak di kawasan Stadium Shah Alam yang beralamat di Seksyen 13 Shah Alam. Ya, Shah Alam, Shah Alam, Shah Alam.


Selesai berperang dengan perasaan yang ingin untuk memunggah barang secara borong, aku end up dengan hanya membeli sehelai tudung dan sehelai anak tudung.

Pergi Pasar Tani adalah 1 penyeksaan. Sebab bagi aku, berperang dengan keinginan shopping yang membuak-buak umpama kerinduan menjamah Nasi Kandar yang cuma dapat dikenang, dan mengenang itu tidak membuat aku kenyang.

Next.

Untuk mengubat perut yang lara, arah tuju diubah. Dari Pasar Tani, menuju ke Taman Tasik Shah Alam. Makan adalah perkara yang mampu untuk mengubat kekecewaan dalam shopping yang tidak kesampaian. Dipendekkan cerita, sila telan gambar.

Pilih-pilih ada apa dalam menu.

Nasi Ayam Penyet. Sedap!

Duduk bersila atau duduk atas kerusi? Pilih.

Lepas makan, sambung shopping. Merembat sebiji beg di Plaza Alam Sentral. Cancel menghabiskan voucher buku 1M di MPH SACC Mall sebab tiada buku yang berkenan. Penat membakar lemak, lemak dijana semula dengan menelan Oreo McFlurry.


Sekian.