...Heart Lover.: February 2013

Wednesday, February 27, 2013

Gua Batu Maloi.

Sabtu lepas, aku join trip yang kolej buat walau aku tengah sibuk LI. Maka, bertolaklah aku dari Teluk Intan ke Shah Alam.

Gua Batu Maloi.  Lokasi? Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dari nama pun boleh agak, gua ni berbatu. Memang batu merata-rata bertempiaran sini sana. Giant rock to be exact.

Extreme? Lutut aku siap bertukar warna jadi merah biru hijau kuning purple, bengkak terhentak batu dalam gua. Haha.

Start.

Sebahagian besar kawasan gua tu berair dan ada sungai kecil. So masuk situ confirm basah sebab memang banyak berendam. Ada sesetengah kawasan berair deras. Sejuk woi.


Rock.

Ada 24 checkpoint. Tapi jurupandu akan bawa ikut kemampuan peserta dan cuaca. Cuma dibawa pergi 15 checkpoint. Tidak puas wei. :'(

Gulpp gulpp gulpp.

Merangkak, menyelit, memanjat dan berendam memang jadi kemestian bila masuk dalam Gua Batu Maloi. Nasib baik aku muat dicelah-celah batu tu. Dah gain banyak sangat lemak semenjak duduk Teluk Intan. Arghhhhhh!

Dan ini adalah antara trip aku yang kurang gambar, sebab kamera aku bukan perenang. Takut dia lemas dalam tu, so aku tidak bawa. Dan aku menyesal tidak bawa! Menyesal! Arghhhhhhhhhhhh lagi sekali!

Di kawasan Gua Batu Maloi tu ada tali air. Bolehlah bermandi-manda bersuka ria. Dan ada kawasan rehat, atau pondok, yang agak besar. Boleh makan-makan dan masak di situ sebab ada meja dan bangku, sinki dan air. Aku agak-agak pondok tu boleh memuatkan 40 orang.

Tali air.

Special thanks to budak-budak yang buat aku happy sepanjang ekspidisi Gua Batu Maloi. Aku happy woi! Happy gila! Aku sayang kau semua! Hahahaha.

Rindu. :')


All.


P/s: Kepingan-kepingan gambar dalam gua diculik dari Zack. Nasib baik dia bawa kamera dalam tu. :D

Tuesday, February 12, 2013

Split Personality?

Berada dalam keadaan sugar high, hyperactive-nya aku boleh buat orang rasa menyampah tahap mahu buang aku dalam tong sampah. Mulut bising macam tin kosong golek-golek atas jalan berbatu. Tangan mula buat kuak lentang kuak kupu-kupu bagai.

Dalam pada ke-hyperactive-an tu, diam pun adalah salah satu kegemaran aku. Quiet alone.

Di laman sosial mahupun blog, sekali lagi kau dihidangkan dengan aku dari sisi lain. Aku versi yang lagi satu.

Personaliti dan attitude yang pelbagai.

Aku ada banyak versi. Dan versi ini sentiasa ber-update. Macam application yang kau dan aku guna, perlu update untuk fix bugs, improve quality, dan untuk support segala macam OS yang ada.

Dimensi. Kau akan nampak aku berbeza dari pelbagai sudut dan sisi.

Aku. Versi gigi tidak rata dan mata sepet.


Anyway, how's CNY holiday?