...Heart Lover.: Kurang Dari Sebulan..

Tuesday, December 04, 2012

Kurang Dari Sebulan..

Assalamualaikum.

2012 bakal melabuhkan tirai dalam masa kurang dari sebulan. Tahun ni antara tahun yang banyak membesarkan aku. Errrrr. Ya, membesarkan.
Maksud aku mematangkan.

Pencapaian aku tahun ni boleh dikatakan agak memberangsangkan. Memberangsangkan atau memberansangkan? Huruf 'g' yang membingungkan. Aku pun tidak pasti mana satu perkataan yang betul.

Tahun ni, pada umur yang ke 21 tahun 7 bulan lebih sikit, lesen kereta akhirnya jadi milik aku. Biar lambat, asal dapat. Haha. Raya Haji tahun ni juga, pertama kali dapat peluang untuk belajar menunggang motosikal. Tahun depan mahu ambil lesen motosikal, boleh? Kalau Encik Du dan Puan Mun dapat tahu hasrat hati kecil aku yang berharapan besar ni, entah diizinkan atau tidak. Hahaha.

Diringkaskan lagi, pencapaian akademik aku pada tahun ini agak baik walaupun hampir-hampir tergelincir. Allah nak ingatkan aku lah tu, suka sangat lalai dengan duniawi. Hah, lain kali jangan duniawi sangat. Allah murka baru tau. Lalai sikit lagi memang habis tergelincir jatuh bergolek macam durian. Sekarang musim durian, jadi selitlah sikit perkataan durian walaupun durian bukan kesukaan aku, apatah lagi menjadi kegemaran, jauh sekali.

Umur meningkat, bilangan hubungan pun makin meningkat. Datang dan pergi secara langsung dan tidak langsung. Tapi perasaan mahu ada hubungan itu menurun. Faham maksud aku tentang hubungan? Relationship kata orang putih. Penat mahu berkomitmen secara tidak sihat. Maksud aku, secara tidak serius. Hahahaha. Penat wei.
"Tak sanggup lagi aku."
Itu lirik lagu Awie, tajuk apa aku tidak ingat.

Rasa macam lama sangat tidak menulis sebegini rupa.

Post habis setakat sini sahaja. Idea beku.
Jumpa lagi. :)

0 Respondent(s):