...Heart Lover.: Gunung Peninjau.

Saturday, July 21, 2012

Gunung Peninjau.

Sudah seminggu berlalu baru aku update pasal benda nie. Prestasi dalam berblogging tidak pernah meningkat. Haihhhh.

Move on.

Ekspedisi nie berlangsung selama 2 hari 2 malam. Jumaat malam, Sabtu siang, Sabtu malam, Ahad siang. Cukup 2 hari 2 malam, kan?

Jumaat lepas.
7.30 malam berkumpul kat UPP kolej.
Dalam pukul 9, bergerak menuju ke Chemor, Perak.

Ekspedisi kali nie aku diamanahkan amanah yang besar. Tapi aku tidak rasa aku cukup amanah untuk memikul amanah yang diamanahkan. Maafkan aku. Huhuhu.

12.30 pagi, sampai kat tapak perkhemahan Ulu Chepor dan bermalam disitu. Aku tidur berbumbungkan langit yang tak berapa nak berbintang, bertilamkan batu-batuan. Akhirnya merasa jugak aku tengok bintang sambil baring kat tanah lapang. Romantik. Haha.

Isi borang, aku kumpul.

Pagi 14 Julai.
Bangun subuh, gosok gigi, cuci muka. Bersiap. Buat regangan sikit, dalam pukul 9 pagi, mula mendaki.

Warming up & briefing

Get started.

Berehat kat 1st water point.

Last water point, berhenti rehat dan makan tengahari. Masak & makan Maggi. Tapi Maggi aku tidak kembang sebab kekurangan air. Walaupun tidak kembang, kalau lapar semua makanan pun sedap weii.

Rehat & makan-makan di last water point
Lebih kurang 8 malam aku sampai kat puncak. Kali nie merasa juga jadi sweeper.

Menu makan malam, nasi berlaukkan sardin, dan sayur kubis. Maaf, tiada bekalan gambar pada malam hari.

Tapak perkhemahan puncak Gunung Peninjau.

15 Julai. Ahad.
Aku bangun awal, atau boleh dikatakan tidak tidur pun. Serius sejuk gila. Tidur malam tidak lena sebab aku kesejukan. Haha. Nasib baik ekspedisi Gunung Brinchang ditukar ke Gunung Peninjau. Kalau tidak, memang aku jadi sejuk beku lah malam tu.

Berus gigi, cuci muka.
Sarapan, makan bread berintikan tuna & culik cucur yang masih panas sorang sikit bersama adik-adik. (Kepada adik aku yang real, sila jangan cemburu. Kamu lagi aku sayang. Haha!) 

They made my day. :)
10 pagi. 
Semua start bergerak turun kecuali aku & dua orang abang guide. 1 jam setengah lepas semua turun baru kami gerak. 

Aku serius teruja bila nampak view nie masa tengah terbaring tunggu arahan untuk turun. Aku sangat teruja. Teruja yang teramat. Kau faham tidak betapa terujanya aku bila aku ulang perkataan teruja banyak kali? Speechless. Teruja.

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. :')
Berhenti rehat dan makan tengahari kat 1st water point
Lepas tu bergerak turun terus ke tapak perkhemahan Ulu Chepor. 
Selamat tinggal Gunung Peninjau. Eceeeh.

Bye Gunung Peninjau!

Benda pertama yang aku cari bila sampai kat tanah rata, tandas! Hahaha.

2 Respondent(s):

Nadzirul said...

Salam..klau boley tau, guide utk trip ambek kt mne?plannye nk ke sane jgk..tq

Dg Ndr Mstkln said...

salam. maaf lama xbuka blog, xsedar ada yg btanya. guide utk trip nie dari grup SOS. kalau nak mudah, boleh try tanya dalam grup kt FB. hav fun! :)
https://www.facebook.com/groups/Outdoorgeng/