...Heart Lover.: Gua Tempurung.

Sunday, July 22, 2012

Gua Tempurung.

Sejak beberapa menjak nie aku makin ligat dalam dunia outdoor. Dari firasat aku, ini mungkin terjadi setelah dicatalystkan oleh keadaan hati aku yang tengah parah hampa kecewa tertutup rapi dengan tudung saji sebab tidak mahu lalat hinggap mahupun lipas datang menyelinap. Blablabla.

Ahad lepas aku sampai rumah dari hiking dalam 11 malam. Isnin ada kelas pukul 9 pagi. Kaki aku sakit tapi ku gagahkan diri mendaki tangga untuk ke makmal tingkat 3. Apa lah sangat 42 anak tangga tu kalau hampir 10 kali naik turun. Kan kan kan? Ya, aku kira anak tangga untuk pergi makmal hari tu. Motif? T_T

Back to the topic!

Selasa. 17 Julai.
Sekali lagi menghala ke Utara. Aik? Dari awal tahun kerja aku melawat Utara. Penang, Kedah, Perak. Dan kali nie sekali lagi, Perak. Aku bakal dapat jodoh orang Utara kah? Hahahacalonpuntiada!

Oi oi sudah. Dari tadi merepek tidak habis-habis.

Gua Tempurung nie berdiri megah di Gopeng, Perak.

Penerokaan gua bermula pada pukul 11.15 pagi dan keluar dari gua dalam 1.20 petang. Ini termasuk sesi lenggang bersama kangkung dan jadi model part time dalam gua. Untunglah kamera aku tidak basah walaupun turut sama merangkak dalam air bersama tuannya. Untunglah plastik tidak bocor. Untunglah ada plastik kalis air yang banyak membantu sang kamera.  Eh, plastik memanglah kalis air kan? Pffttt!

Okey mari ambil mood untuk turut serta dalam pengembaraan aku yang cuma berdimensikan gambar yang tidak berapa berdimensi. 


Gua Tempurung.
Masuk dalam gua nie, muscle betis aku macam hampir terkoyak aku rasa. Untunglahbelum sempat muscle recover lepas pergi hiking, muscle terkejut kena naik turun lebih kurang 1000 anak tangga. Aku tidak cakap dalam gua tu ada 1000 anak tangga, aku cuma cakap lebih kurang 1000 anak tangga. Tidak tahulah lebih atau kurang tangga yang ada dalam gua tu. 


Enter.
Kau datang sini, kau jangan datang daki tangga sahaja. Baik kau datang kolej aku naik turun tangga pergi makmal kalau mahu mendaki tangga. Okey nampak sangat aku emosi bila cakap pasal tangga, mesti mahu kaitkan dengan tangga pergi makmal. Ah sudah cukuplah bercerita pasal tangga menuju ke makmal. Tapi serius rugi kalau kau tidak hayati keindahan dan keajaiban alam yang merupakan visi dan misi serta objektif ekspedisi penerokaan gua ini dijalankan.


Antara tempat yang menarik dalam Gua Tempurung adalah kawasan wind tunnel. Angin sejuk. Tapi dikhabarkan oleh abang/pak cik guide bahawa sekiranya cuaca diluar panas, udara pada kawasan wind tunnel jadi sejuk, tapi bila hujan, udara di kawasan tu jadi panas. Kau faham apa yang aku cuba sampaikan?

Sampai di platform terakhir, eh, aku lupa cerita yang dalam gua nie ada beberapa platform. Errrrr. Hentam sajalah, mari teruskan. Sampai di platform terakhir, tiba masa untuk mengelongsor turun. Kalau tidak kena cara, boleh terlajak bergolek jatuh macam nangka.

Selesai mengelongsor, menyelinap masuk dalam terowong. Terowong agak kecil, oleh itu, mind your head.

Lepas menyelinap, sesi berendam. Untunglah aku pakai kasut getah. Basah pun senang kering. 

Mengelongsor. Menyelinap. Merendam.
Kepala aku ada sekali jadi mangsa hentakan masa merangkak dalam air. Boleh tahan pening bila kepala terhantuk batu.
Exit.
Dalam tour package yang kami ambil, ada flying fox. Tapi disebabkan terhad, aku malas berbaris tunggu giliran. Atas sebab itu, aku tidak fly mahupun menjadi fox pada hari kejadian.

Flying fox or flying people?
K bye.

4 Respondent(s):

Lyna Ismail said...

Kalau DG punya post mesti adventure adventure punya nie. Hahaha. Saya tetap jeles sma kau. Mau juga pergi melancong. Heeeee :)

Btw, selamat berpuasa DG :)

Dg Ndr Mstkln said...

@Mimieyy

adventure? sikit2 ja bah, nda jua adventure btul. HEHE. bah, lpas spm nnt puas2 melancong ah. :)

Salam Ramadhan! :D

Nekmo said...

rajin pulak minah sorang ni buat ni sume... haha... weh, kalau jodoh ang ngn org utara pun tarak pa la wehh.. haha.. senang aku nak p kenduri.. hahahah...

aku pun belum pernah masuk gua tempurung haha.. sebab tempurung tertinggal dekat kepala... kikiki

p/s: wehhhhh! aku nak ubah comment kat blog tu dok kat bawah... cne?? design tu aku pakai amek jadi dari blogger template

Dg Ndr Mstkln said...

@✿Nekmo✿
kalau jdoh aku dgn org utara, aku teima ja~ HAHAHAHA!

awat ang blm penah p? p la gua tu. xjauh pun kn. XD

balas p/s ang: cuba ang tukar kat layout~ kt blog posts~ ang try drag.