...Heart Lover.

Sunday, December 22, 2013

Recap 2013.

Hai.

Untuk kesekian kalinya, dihidangkan blog ini dengar post hujung tahun. Hahaha.
Tiap tahun buat macam ni ja lah. Senang. Update setahun sekali. :P

Berikut merupakan sedikit sedutan/throwback/rentetan/ulang tayang/recap 2013 aku.

Januari.
Meninggalkan tapak kaki di Padang Besar 1, 2, 3 & 4.



Februari.
Menjadi penunggu Gua Batu Maloi.



Mac.
Huhahuha di iCity.


Steamboat di Fraser Hill.



April.
Lawatan sambil berhujan di Zoo Taiping.



Mei.
Berenang dari Lumut ke Pulau Pangkor.



Jun.
Tidur di tengah laut di area Pulau Kapas.



Julai.
Photo shoot di Kellie's Castle.


Bye bye Teluk Intan. Sedih. :'(
Farwell Shah Alam, balik Sabah, tunggu posting. :'((


Ogos.
Raya raya raya.
Kumpul lemak.


September.
Kumpul lemak lagi. Mula menanam anggur.


Oktober.
Keluasan ladang anggur semakin bertambah. =_="


November.
Dejavu di Kinabalu.



Disember.
BerPTM di KSKB KK.


Semakin gementar tunggu Januari 2014.
Tidak lama lagi kilang anggur bakal ditutup.
Nervous!
Duh.

Tuesday, November 19, 2013

Ikut Suka.

Ikut suka kau mahu memaki dalam Twitter.
Ikut suka kau mahu menyumpah seranah dalam Facebook.
Ikut suka kau bertindak dalam laman sosial kau yang lain-lain.

So, ikut suka orang lah mahu unfollow/unfriend kau dalam Twitter, Facebook & yang lain-lain tu.

Ikut suka.

Tidak payah tweet menyumpah bila follower kau luak.
Usah kau menaip laju-laju 'What's on your mind?' bila friend list tidak meriah.

Akaun laman sosial kau, suka hati kau.
Akaun laman sosial orang lain, suka hati orang lain.
Kan kan kan?

Rileks ah brader.
:)

Sunday, September 08, 2013

Rehat yang Panjang.

Blog ini masih bertuan.
Lama tidak menulis, banyak disimpan.
Mungkin yang disimpan, ada yang bakal ditulis, atau terus disimpan ketat-ketat.
Bukan semua benda kita mahu kongsi, bukan?

If you can't say something nice, don't say nothing at all.
Thumper - Bambi (1942) 

Wednesday, February 27, 2013

Gua Batu Maloi.

Sabtu lepas, aku join trip yang kolej buat walau aku tengah sibuk LI. Maka, bertolaklah aku dari Teluk Intan ke Shah Alam.

Gua Batu Maloi.  Lokasi? Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dari nama pun boleh agak, gua ni berbatu. Memang batu merata-rata bertempiaran sini sana. Giant rock to be exact.

Extreme? Lutut aku siap bertukar warna jadi merah biru hijau kuning purple, bengkak terhentak batu dalam gua. Haha.

Start.

Sebahagian besar kawasan gua tu berair dan ada sungai kecil. So masuk situ confirm basah sebab memang banyak berendam. Ada sesetengah kawasan berair deras. Sejuk woi.


Rock.

Ada 24 checkpoint. Tapi jurupandu akan bawa ikut kemampuan peserta dan cuaca. Cuma dibawa pergi 15 checkpoint. Tidak puas wei. :'(

Gulpp gulpp gulpp.

Merangkak, menyelit, memanjat dan berendam memang jadi kemestian bila masuk dalam Gua Batu Maloi. Nasib baik aku muat dicelah-celah batu tu. Dah gain banyak sangat lemak semenjak duduk Teluk Intan. Arghhhhhh!

Dan ini adalah antara trip aku yang kurang gambar, sebab kamera aku bukan perenang. Takut dia lemas dalam tu, so aku tidak bawa. Dan aku menyesal tidak bawa! Menyesal! Arghhhhhhhhhhhh lagi sekali!

Di kawasan Gua Batu Maloi tu ada tali air. Bolehlah bermandi-manda bersuka ria. Dan ada kawasan rehat, atau pondok, yang agak besar. Boleh makan-makan dan masak di situ sebab ada meja dan bangku, sinki dan air. Aku agak-agak pondok tu boleh memuatkan 40 orang.

Tali air.

Special thanks to budak-budak yang buat aku happy sepanjang ekspidisi Gua Batu Maloi. Aku happy woi! Happy gila! Aku sayang kau semua! Hahahaha.

Rindu. :')


All.


P/s: Kepingan-kepingan gambar dalam gua diculik dari Zack. Nasib baik dia bawa kamera dalam tu. :D