...Heart Lover.: Outdoor
Showing posts with label Outdoor. Show all posts
Showing posts with label Outdoor. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Gua Batu Maloi.

Sabtu lepas, aku join trip yang kolej buat walau aku tengah sibuk LI. Maka, bertolaklah aku dari Teluk Intan ke Shah Alam.

Gua Batu Maloi.  Lokasi? Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dari nama pun boleh agak, gua ni berbatu. Memang batu merata-rata bertempiaran sini sana. Giant rock to be exact.

Extreme? Lutut aku siap bertukar warna jadi merah biru hijau kuning purple, bengkak terhentak batu dalam gua. Haha.

Start.

Sebahagian besar kawasan gua tu berair dan ada sungai kecil. So masuk situ confirm basah sebab memang banyak berendam. Ada sesetengah kawasan berair deras. Sejuk woi.


Rock.

Ada 24 checkpoint. Tapi jurupandu akan bawa ikut kemampuan peserta dan cuaca. Cuma dibawa pergi 15 checkpoint. Tidak puas wei. :'(

Gulpp gulpp gulpp.

Merangkak, menyelit, memanjat dan berendam memang jadi kemestian bila masuk dalam Gua Batu Maloi. Nasib baik aku muat dicelah-celah batu tu. Dah gain banyak sangat lemak semenjak duduk Teluk Intan. Arghhhhhh!

Dan ini adalah antara trip aku yang kurang gambar, sebab kamera aku bukan perenang. Takut dia lemas dalam tu, so aku tidak bawa. Dan aku menyesal tidak bawa! Menyesal! Arghhhhhhhhhhhh lagi sekali!

Di kawasan Gua Batu Maloi tu ada tali air. Bolehlah bermandi-manda bersuka ria. Dan ada kawasan rehat, atau pondok, yang agak besar. Boleh makan-makan dan masak di situ sebab ada meja dan bangku, sinki dan air. Aku agak-agak pondok tu boleh memuatkan 40 orang.

Tali air.

Special thanks to budak-budak yang buat aku happy sepanjang ekspidisi Gua Batu Maloi. Aku happy woi! Happy gila! Aku sayang kau semua! Hahahaha.

Rindu. :')


All.


P/s: Kepingan-kepingan gambar dalam gua diculik dari Zack. Nasib baik dia bawa kamera dalam tu. :D

Sunday, July 22, 2012

Gua Tempurung.

Sejak beberapa menjak nie aku makin ligat dalam dunia outdoor. Dari firasat aku, ini mungkin terjadi setelah dicatalystkan oleh keadaan hati aku yang tengah parah hampa kecewa tertutup rapi dengan tudung saji sebab tidak mahu lalat hinggap mahupun lipas datang menyelinap. Blablabla.

Ahad lepas aku sampai rumah dari hiking dalam 11 malam. Isnin ada kelas pukul 9 pagi. Kaki aku sakit tapi ku gagahkan diri mendaki tangga untuk ke makmal tingkat 3. Apa lah sangat 42 anak tangga tu kalau hampir 10 kali naik turun. Kan kan kan? Ya, aku kira anak tangga untuk pergi makmal hari tu. Motif? T_T

Back to the topic!

Selasa. 17 Julai.
Sekali lagi menghala ke Utara. Aik? Dari awal tahun kerja aku melawat Utara. Penang, Kedah, Perak. Dan kali nie sekali lagi, Perak. Aku bakal dapat jodoh orang Utara kah? Hahahacalonpuntiada!

Oi oi sudah. Dari tadi merepek tidak habis-habis.

Gua Tempurung nie berdiri megah di Gopeng, Perak.

Penerokaan gua bermula pada pukul 11.15 pagi dan keluar dari gua dalam 1.20 petang. Ini termasuk sesi lenggang bersama kangkung dan jadi model part time dalam gua. Untunglah kamera aku tidak basah walaupun turut sama merangkak dalam air bersama tuannya. Untunglah plastik tidak bocor. Untunglah ada plastik kalis air yang banyak membantu sang kamera.  Eh, plastik memanglah kalis air kan? Pffttt!

Okey mari ambil mood untuk turut serta dalam pengembaraan aku yang cuma berdimensikan gambar yang tidak berapa berdimensi. 


Gua Tempurung.
Masuk dalam gua nie, muscle betis aku macam hampir terkoyak aku rasa. Untunglahbelum sempat muscle recover lepas pergi hiking, muscle terkejut kena naik turun lebih kurang 1000 anak tangga. Aku tidak cakap dalam gua tu ada 1000 anak tangga, aku cuma cakap lebih kurang 1000 anak tangga. Tidak tahulah lebih atau kurang tangga yang ada dalam gua tu. 


Enter.
Kau datang sini, kau jangan datang daki tangga sahaja. Baik kau datang kolej aku naik turun tangga pergi makmal kalau mahu mendaki tangga. Okey nampak sangat aku emosi bila cakap pasal tangga, mesti mahu kaitkan dengan tangga pergi makmal. Ah sudah cukuplah bercerita pasal tangga menuju ke makmal. Tapi serius rugi kalau kau tidak hayati keindahan dan keajaiban alam yang merupakan visi dan misi serta objektif ekspedisi penerokaan gua ini dijalankan.


Antara tempat yang menarik dalam Gua Tempurung adalah kawasan wind tunnel. Angin sejuk. Tapi dikhabarkan oleh abang/pak cik guide bahawa sekiranya cuaca diluar panas, udara pada kawasan wind tunnel jadi sejuk, tapi bila hujan, udara di kawasan tu jadi panas. Kau faham apa yang aku cuba sampaikan?

Sampai di platform terakhir, eh, aku lupa cerita yang dalam gua nie ada beberapa platform. Errrrr. Hentam sajalah, mari teruskan. Sampai di platform terakhir, tiba masa untuk mengelongsor turun. Kalau tidak kena cara, boleh terlajak bergolek jatuh macam nangka.

Selesai mengelongsor, menyelinap masuk dalam terowong. Terowong agak kecil, oleh itu, mind your head.

Lepas menyelinap, sesi berendam. Untunglah aku pakai kasut getah. Basah pun senang kering. 

Mengelongsor. Menyelinap. Merendam.
Kepala aku ada sekali jadi mangsa hentakan masa merangkak dalam air. Boleh tahan pening bila kepala terhantuk batu.
Exit.
Dalam tour package yang kami ambil, ada flying fox. Tapi disebabkan terhad, aku malas berbaris tunggu giliran. Atas sebab itu, aku tidak fly mahupun menjadi fox pada hari kejadian.

Flying fox or flying people?
K bye.

Saturday, July 21, 2012

Gunung Peninjau.

Sudah seminggu berlalu baru aku update pasal benda nie. Prestasi dalam berblogging tidak pernah meningkat. Haihhhh.

Move on.

Ekspedisi nie berlangsung selama 2 hari 2 malam. Jumaat malam, Sabtu siang, Sabtu malam, Ahad siang. Cukup 2 hari 2 malam, kan?

Jumaat lepas.
7.30 malam berkumpul kat UPP kolej.
Dalam pukul 9, bergerak menuju ke Chemor, Perak.

Ekspedisi kali nie aku diamanahkan amanah yang besar. Tapi aku tidak rasa aku cukup amanah untuk memikul amanah yang diamanahkan. Maafkan aku. Huhuhu.

12.30 pagi, sampai kat tapak perkhemahan Ulu Chepor dan bermalam disitu. Aku tidur berbumbungkan langit yang tak berapa nak berbintang, bertilamkan batu-batuan. Akhirnya merasa jugak aku tengok bintang sambil baring kat tanah lapang. Romantik. Haha.

Isi borang, aku kumpul.

Pagi 14 Julai.
Bangun subuh, gosok gigi, cuci muka. Bersiap. Buat regangan sikit, dalam pukul 9 pagi, mula mendaki.

Warming up & briefing

Get started.

Berehat kat 1st water point.

Last water point, berhenti rehat dan makan tengahari. Masak & makan Maggi. Tapi Maggi aku tidak kembang sebab kekurangan air. Walaupun tidak kembang, kalau lapar semua makanan pun sedap weii.

Rehat & makan-makan di last water point
Lebih kurang 8 malam aku sampai kat puncak. Kali nie merasa juga jadi sweeper.

Menu makan malam, nasi berlaukkan sardin, dan sayur kubis. Maaf, tiada bekalan gambar pada malam hari.

Tapak perkhemahan puncak Gunung Peninjau.

15 Julai. Ahad.
Aku bangun awal, atau boleh dikatakan tidak tidur pun. Serius sejuk gila. Tidur malam tidak lena sebab aku kesejukan. Haha. Nasib baik ekspedisi Gunung Brinchang ditukar ke Gunung Peninjau. Kalau tidak, memang aku jadi sejuk beku lah malam tu.

Berus gigi, cuci muka.
Sarapan, makan bread berintikan tuna & culik cucur yang masih panas sorang sikit bersama adik-adik. (Kepada adik aku yang real, sila jangan cemburu. Kamu lagi aku sayang. Haha!) 

They made my day. :)
10 pagi. 
Semua start bergerak turun kecuali aku & dua orang abang guide. 1 jam setengah lepas semua turun baru kami gerak. 

Aku serius teruja bila nampak view nie masa tengah terbaring tunggu arahan untuk turun. Aku sangat teruja. Teruja yang teramat. Kau faham tidak betapa terujanya aku bila aku ulang perkataan teruja banyak kali? Speechless. Teruja.

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. :')
Berhenti rehat dan makan tengahari kat 1st water point
Lepas tu bergerak turun terus ke tapak perkhemahan Ulu Chepor. 
Selamat tinggal Gunung Peninjau. Eceeeh.

Bye Gunung Peninjau!

Benda pertama yang aku cari bila sampai kat tanah rata, tandas! Hahaha.

Wednesday, May 23, 2012

Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkuk.

Dulu blog aku serupa blog makan-makan, sekarang tukar jadi travel blog pula rasa. Haha!

Aku sedang bersuka hati di tanah tumpah darahku.
Best wooo balik rumah. 
Memang syurgaaaaaaa dunia! :')

Mari kita berbalik kepada tujuan asal post kali ini. 
19 Mei, sehari sebelum flight balik Sabah, aku join hiking di Gunung Ulu Semangkuk. 
Hiking kali ini adalah last minute decision yang aku buat sehari sebelum hiking.
Memang cari nahas jugak-lah.
Stamina dah down berapa lama.
Adei.

Katanya semua perlu berkumpul pukul 7.15am.
Tapi biasalah, bila bergerak ramai-ramai, memang susah mau bergerak awal.
Dipendekkan cerita, bertolak-lah kami dari kolej pada pukul 8.15am.

Berhenti makan pukul 9.45am, tapi entah kat mana aku pun tak tau.
Lepas tu, perjalanan diteruskan.

Gambar makanan, tiada. Tapi gambar orang yang makan, ada.
Bang, bagi roti telur 8! 
Akhirnya 11.30am sampai-lah kat area Kuala Kubu Baru. 
Tempat nie dekat dengan Fraser Hill.

Sampai. Buat stretching sikit. Hiking! 

Hiking kali ini diguide oleh Abang Is & dibantu oleh Abang Apit.
Hiking seharian sahaja. Pergi tengahari, balik petang. 
Tapi petang boleh jadi sampai ke malam. 

Atas sebab yang demikian, meh sini aku share a few tips for hiking daypack.
(Bajet macam expert-lah konon. Ptuii!)
  • Bawa torchlight. Well, macam aku cakap tadi, boleh jadi terlanjur hiking sampai ke malam. Lampu handset? Serius, tak boleh harap.
  • Bawa raincoat. Selain berguna semasa hujan, in case of hypothermia, raincoat nie berguna sebagai penebat haba. 
Dalam pukul 12.05pm start hiking
Ambil masa dalam 1 jam 20 minit untuk sampai kat Gunung Gap.
Gunung Gap nie perantaraan sebelum ke Gunung Ulu Semangkuk.
First-timer's macam aku memang slow sikit nak sampai, tapi rasanya experienced hiker boleh sampai dalam masa 50-60 minit.

On the way naik Gunung Gap.

Puncak Gunung Gap. Terduduk aku. Penat.
Dari puncak Gunung Gap, pendakian diteruskan ke Gunung Ulu Semangkuk.
Perjalanan makan masa lebih kurang 1 jam setengah. 

Slippery slope(s).
Sebelum sampai kat peak Gunung Ulu Semangkuk, ada beberapa orang yang diserang penyengat.
Nasib baik bukan penyengat yang power-power

Peak of Mount Ulu Semangkuk. Kaki macam tercabut.
View dari area puncak Ulu Semangkuk.

View kat Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkuk nie lebih kepada hutan sahaja. 
Tapi yang best, suhu kat gunung nie sejuk. 
Peluh yang melimpah-ruah pun jadi dingin. 
Best, nyaman!

Turun. Sampai balik kat starting point dalam pukul 7.40pm.
Gelap sudah, nasib baik sampai awal sikit.

Dalam perjalanan balik, sempat singgah makan lagi. 
Nasi Goreng Kampung. Menjana tenaga. Kahkahkah.
Overall, aku happy dapat pergi hiking!
Walaupun keesokan harinya muscle aku memang sakit tahap menggila.
Mau angkat baggage 18kg pun hampir tak mampu.

Oh. Alert!
  • Hiking trails Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkuk nie kecil. Susah nak beza dengan hutan.
  • Kat starting point banyak buluh perindu. Hati-hati.
  • Kadang-kadang, ada duri di kawasan trek. Hati-hati jugak.
  • Hiking trails ke puncak Gunung Semangkuk boleh tahan curam. Tapi mungkin rileks-rileks ja bagi experienced hiker.
  • Kat Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkuk nie tiada punca bekalan air. So, sila bawa bekalan air yang mencukupi.
  • Kawasan puncak gunung nie boleh menempatkan 5-6 buah khemah.

Sunday, May 08, 2011

Broga Hill.

On May 7th, konvoi pergi Bukit Broga. Seawal 2.00 pagi berkumpul kat tapak parking hostel, dan bertolak 3.00 pagi. Awal? Sebab nak kejar sunrise! :D

5 kereta, 3 motor.

Sampai kat Bukit Broga lebih kurang 3.45 pagi selepas bermain sesat-sesat di jalanraya yang agak lengang di awal pagi.

Bila dah sampai, hiking!


Cahaya lampu dari bandar mana ntah.


Serius, tak puas hati dengan orang yang conteng papan tanda nie.

Sunrise!! Tidak sia-sia datang hiking awal pagi dan berpeluh secara berlebihan then berbau masam kemudian risau kawan-kawan kat dalam kereta pengsan terhidu bau aku waktu dalam perjalanan balik.

Puncaknya disitu.

Aku rasa macam cool dalam gambar nie. HAHAHAHANCUR.

Beauty.

On the way down.

Orang mula ramai waktu kami on the way turun.

R.O.C.K. Rock.

The rented Viva's.


That's all. Daaaaaaaaa.


Note : Aku kecewa tak jumpa pokok tempat Dr Sheikh Muszaphar buat pre-wedding photoshoot sebab rushing nak turun awal. Tak dapatlah nak minta puji lebih-lebih dengan Mama aku. :P