...Heart Lover.

Sunday, October 30, 2016

Another Escape.

Ini sedikit cerita Hong Kong, yang mungkin jadi trip terakhir aku sebagai bujang. 
Kahkahkah.

Day 1. 
Tiba di Hong Kong International Airport. 
Menuju ke Hollywood Hotel, Disneyland. 
Berpeleseran ke Tsim Sha Tsui pada malam yang berangin kencang dan hujan. 

MTR Disneyland.
Hong Kong Island.


Day 2. 
Disneyland!
Memang sejenis throwback ke zaman hingusan bila masuk sini. 
Lebih-lebih lagi yang membesar dengan Disney cartoon & movie.
Tapi sayang, parade & performance banyak cancel sebab hujan yang tidak menentu. Sobs. 

Mata mana mata? Geng mata sepet. :P



Day 3. 
From Disneyland to Jordan Street. 
Memanjangkan langkah ke Islamic Centre Canteen.
 Shopping sakan di Ladies Market. 



Day 4. 
Plan asal mahu berjimba di Ocean Park, tapi taufan Haima melanda Hong Kong. 
Seharian berkurung dalam apartment
Malam ada surprise bachelorette untuk aku & birthday party untuk Alice. Hahaha. 
Terima kasih kawan-kawan. 😂 



Day 5. 
Naik Big Bus pusing Hong Kong.
Repulse Bay. Stanley Plaza & market. Aberdeen Harbour sampan ride.
Golden Bauhinia Square. The Peak. 
Nampak tidak betapa malasnya untuk mengulas dengan lebih lanjut.



Day 6. 
Pulang. Wuwuwuwu. 


Sekian cerita tentang Hong Kong. 

Kesimpulannya, trip kali ini boleh dikatakan agak ribut jugaklah tentatifnya hasil daripada taufan Haima yang tempias ke Hong Kong. 😅

Saturday, August 27, 2016

2015? Krikk krikk krikk.

Hai. 

Blog ini lama tidak bersiaran. Siaran tergendala. Kalau pun siaran kembali ke udara, mungkin tiada penonton barangkali. 

2015 tidak berkhabar di dalam sini. Hanya berkhabar di laman sosial lain. Anggaplah blog ini pekan koboi yang hanya ada gompolan jerami bergolek-golek ditiup angin sepoi-sepoi. Kah kah kah. Maaf, lawak hambar. 


***


Sedikit rentetan 2015.

1. Bali, Indonesia. Boracay, Filipina. Singapura. Itu, 3 tempat asing yang aku jejak pada 2015. Hebat penangan frust, bukan? Membawa hati yang lara sampai travel merata-rata.


13 - 16 January 2015 | Bali, Indonesia.


21- 24 May 2015 | Boracay, Philippines.


30 July - 2 August 2015 | Singapore to JB.

2. Cuti-cuti Malaysia? Haruslah aku berpeleseran. 

14 March 2015 | Putrajaya

14 March 2015 | Melaka

11 April 2015 | Langkawi


3. Aku pindah. Bertugas hampir 2 tahun di Klang, aku ambil keputusan untuk kembali ke tanah tumpah darahku. (Ceh, over.) 

4. Dulu aku bertapa dalam hospital. Sekarang di Klinik Kesihatan. Dulu waktu di hospital, aku cover 1 seksyen, sekarang aku jadi anak bulan cover klinik lain kadang-kadang. Dulu di hospital kadang-kadang aku kerja siang malam, sekarang tiap malam boleh tidur nyenyak.

5. Lepas aku pindah, daily, aku travel pergi kerja hampir 60km untuk pergi & balik. Kahkahkah. Manakala on some weekends (some weekends ja, bukan every weekends) aku travel 600km pergi & balik, mengharung jalan darat berbukit bukau dengan Theo untuk balik kampung. Aku balik kampung paling kurang sebulan sekali, selalunya sebulan 2 kali. Kahkahkah lagi.


***


Itu, sedikit sinopsis 2015 aku. 

Kalau ada rajin bertandang di hari lain, mungkin aku buat sinopsis untuk 2016 yang bersisa 4 bulan lagi ni. Mungkin. Heh. 

Sekian. Sampai bertemu lagi. 
Entah bila. 
:3

Wednesday, December 31, 2014

2014?

At this age, everything is changing. Day by day we don't notice, but just look back over the past year and you will realize everything has. People you thought were going to be there forever aren't, and people you never imagined you'd be speaking to are now some of your closest friends. Life makes little sense, and the more we grow the less sense it will make. So make the most of it now, before it all changes once again, because in the near future, all of these are all going to be memories.
Hey.

It's been a year. Haha.

Sekarang aku sibuk analysis sample orang.
Kerja office hour campur oncall yang aku sendiri tidak pernah bayang.
Dulu tidur aku tenang, sekarang tunggang langgang.
Sabah? Sejak aku kerja baru 3 kali aku dapat pulang.

Aik? Pantun?

***

2014 ini menduga ramai orang.
Bencana, sini sana, mengingatkan kita hidup ni sementara.
Semoga kita berada dalam lindungan-Nya.

***

Tahun ni aku rasa antara tahun pembaziran airmata untuk aku.
Statistik air mata aku paling banyak jatuh adalah tahun ini.
Kebodohan di tahap paling tinggi aku rasa.
Bodoh tahap luar biasa.
Minta-minta lepas ni aku terbuka mata.
Tolong jangan jadi bodoh lagi.

Tahun ni aku jadi lone ranger.
Alone with lots of strangers.

Di tempat baru.
Aku belajar berdiri lepas jatuh.

Dibantu orang yang sayang aku,
dan orang yang aku kenal baru.

Untuk manusia-manusia yang banyak bantu, terima kasih.
Kau tahu kau siapa, kan? :)
Rasanya tidak payahlah aku buat list kehadiran kau semua dalam blog ni. Haha.

Sedikit gambar.
Aku letak randomly tanpa mengikut susunan kejadian.
Antara kejadian-kejadian manis untuk tutup sedikit pahit yang bersisa.





Thank you everyone. :')

Sunday, December 22, 2013

Recap 2013.

Hai.

Untuk kesekian kalinya, dihidangkan blog ini dengar post hujung tahun. Hahaha.
Tiap tahun buat macam ni ja lah. Senang. Update setahun sekali. :P

Berikut merupakan sedikit sedutan/throwback/rentetan/ulang tayang/recap 2013 aku.

Januari.
Meninggalkan tapak kaki di Padang Besar 1, 2, 3 & 4.



Februari.
Menjadi penunggu Gua Batu Maloi.



Mac.
Huhahuha di iCity.


Steamboat di Fraser Hill.



April.
Lawatan sambil berhujan di Zoo Taiping.



Mei.
Berenang dari Lumut ke Pulau Pangkor.



Jun.
Tidur di tengah laut di area Pulau Kapas.



Julai.
Photo shoot di Kellie's Castle.


Bye bye Teluk Intan. Sedih. :'(
Farwell Shah Alam, balik Sabah, tunggu posting. :'((


Ogos.
Raya raya raya.
Kumpul lemak.


September.
Kumpul lemak lagi. Mula menanam anggur.


Oktober.
Keluasan ladang anggur semakin bertambah. =_="


November.
Dejavu di Kinabalu.



Disember.
BerPTM di KSKB KK.


Semakin gementar tunggu Januari 2014.
Tidak lama lagi kilang anggur bakal ditutup.
Nervous!
Duh.