...Heart Lover.

Sunday, September 08, 2013

Rehat yang Panjang.

Blog ini masih bertuan.
Lama tidak menulis, banyak disimpan.
Mungkin yang disimpan, ada yang bakal ditulis, atau terus disimpan ketat-ketat.
Bukan semua benda kita mahu kongsi, bukan?

If you can't say something nice, don't say nothing at all.
Thumper - Bambi (1942) 

Wednesday, February 27, 2013

Gua Batu Maloi.

Sabtu lepas, aku join trip yang kolej buat walau aku tengah sibuk LI. Maka, bertolaklah aku dari Teluk Intan ke Shah Alam.

Gua Batu Maloi.  Lokasi? Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dari nama pun boleh agak, gua ni berbatu. Memang batu merata-rata bertempiaran sini sana. Giant rock to be exact.

Extreme? Lutut aku siap bertukar warna jadi merah biru hijau kuning purple, bengkak terhentak batu dalam gua. Haha.

Start.

Sebahagian besar kawasan gua tu berair dan ada sungai kecil. So masuk situ confirm basah sebab memang banyak berendam. Ada sesetengah kawasan berair deras. Sejuk woi.


Rock.

Ada 24 checkpoint. Tapi jurupandu akan bawa ikut kemampuan peserta dan cuaca. Cuma dibawa pergi 15 checkpoint. Tidak puas wei. :'(

Gulpp gulpp gulpp.

Merangkak, menyelit, memanjat dan berendam memang jadi kemestian bila masuk dalam Gua Batu Maloi. Nasib baik aku muat dicelah-celah batu tu. Dah gain banyak sangat lemak semenjak duduk Teluk Intan. Arghhhhhh!

Dan ini adalah antara trip aku yang kurang gambar, sebab kamera aku bukan perenang. Takut dia lemas dalam tu, so aku tidak bawa. Dan aku menyesal tidak bawa! Menyesal! Arghhhhhhhhhhhh lagi sekali!

Di kawasan Gua Batu Maloi tu ada tali air. Bolehlah bermandi-manda bersuka ria. Dan ada kawasan rehat, atau pondok, yang agak besar. Boleh makan-makan dan masak di situ sebab ada meja dan bangku, sinki dan air. Aku agak-agak pondok tu boleh memuatkan 40 orang.

Tali air.

Special thanks to budak-budak yang buat aku happy sepanjang ekspidisi Gua Batu Maloi. Aku happy woi! Happy gila! Aku sayang kau semua! Hahahaha.

Rindu. :')


All.


P/s: Kepingan-kepingan gambar dalam gua diculik dari Zack. Nasib baik dia bawa kamera dalam tu. :D

Tuesday, February 12, 2013

Split Personality?

Berada dalam keadaan sugar high, hyperactive-nya aku boleh buat orang rasa menyampah tahap mahu buang aku dalam tong sampah. Mulut bising macam tin kosong golek-golek atas jalan berbatu. Tangan mula buat kuak lentang kuak kupu-kupu bagai.

Dalam pada ke-hyperactive-an tu, diam pun adalah salah satu kegemaran aku. Quiet alone.

Di laman sosial mahupun blog, sekali lagi kau dihidangkan dengan aku dari sisi lain. Aku versi yang lagi satu.

Personaliti dan attitude yang pelbagai.

Aku ada banyak versi. Dan versi ini sentiasa ber-update. Macam application yang kau dan aku guna, perlu update untuk fix bugs, improve quality, dan untuk support segala macam OS yang ada.

Dimensi. Kau akan nampak aku berbeza dari pelbagai sudut dan sisi.

Aku. Versi gigi tidak rata dan mata sepet.


Anyway, how's CNY holiday?


Monday, January 28, 2013

Indera Kayangan #4.

...ini post yang last sekali lepas post ini, ini dan ini. Sumpah tiada episod tambahan lagi lepas ni.

Lepas makan kat Kuala Perlis, teruskan perjalanan ke Batu Feringhi, singgah night market. Ehehe. Gambar? Tiada. Semua kelesuan, tidak mampu angkat kamera.

Oh. Sudah masuk hari ketiga rupanya.

Day 3 | 25/01/2012

01:30AM | Pantai Seagate, Penang.
Singgah supper di Pantai Seagate. Sempat lagi 2 orang artis dikalangan kami menyumbangkan lagu di pagi buta tu. Aku? Separa membuta. Ngantuk. Kerak-kerak air liur ada tepi mulut. Ewwww? Hahaha!

Dalam pukul 3 pagi, berangkat pulang. Tapi sebab semua pilot bersama 2nd pilot mengantuk tahap kawkaw punya, singgah R&R, tidur. Sia-sia kopi kaw yang ditelan oleh semua 2nd pilot di Pantai Seagate, tiada kesan. Hahahaha! Pukul 7 pagi barulah betul-betul bergerak ke Teluk Intan. Tidak pasal-pasal semua masuk kerja tengahari. :P

Sekian saja perjalanan dari Teluk Intan ke Indera Kayangan. K bye.

10:10AM | Teluk Intan.