...Heart Lover.

Sunday, January 27, 2013

Indera Kayangan #2.

...sambung episod Indera Kayangan #1 yang lepas. 

Day 2 | 24/01/2013

Selesai tukar tayar, perjalanan diteruskan, dan masih dalam kelajuan perlahan. 

Serangan insomnia semalaman menyebabkan aku banyak menghabiskan masa membalas dendam menghasilkan tahi mata dan air liur basi sepanjang perjalanan. Kesian J dapat 2nd pilot yang cuma tahu membuta macam aku. Hehe.

Aku cuma betul-betul terjaga dari tidur aku bila nampak ini;


Pemandangan yang menarik perhatian aku. Luas. Cantik. Tenang. Semua pakat ambil gambar dari dalam kereta. Habis gambar semua senget-senget akibat momentum kereta yang tidak stabil. Sampailah satu tahap, kami semua macam kena histeria bila nampak 1 kawasan berbunga.


Semua pakat turun dari kereta. Haha! I'm not quite sure apa sebenarnya tumbuhan berbunga nie. Roselle kah?


Selesai sesi fotografi, menghala ke Padang Besar. 

12:30 PM | Padang Besar
Padang Besar. Kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Lebih kurang 35km dari Kangar. Kononnya disini adalah syurga membeli-belah, bebas cukai. Tapi sampai sini, aku cuma tapau jersi MU untuk bff aku, dan headlight untuk diri sendiri. Itu sahaja. Hahaha! Sedih bukan?

01:30PM | Somtam, Pulut Ayam, Pulut Mangga, Pulut Durian
Aku rasa macam high bila nampak makanan ni semua. Food is my drug. Aku suka pulut ayam dan pulut mangga. Pulut durian? Oh. Kalau kau pembaca blog ini sekian lama, kau tahu siapa durian dalam hidup aku. Somtam? Bolehlah tahan.

03:10PM | Kompaun!
Ini antara benda yang meningkatkan degupan jantung aku ke tahap yang agak maksima. Hilang nafas akibat lupa beli kupon parking. Sakit hati dengan diri sendiri. *Lap hingus atas steering*

Sudah. Nanti kita sambung cerita lagi.

Indera Kayangan #1.

...that awkward moment when I don't even know how to start my writing.

Anyway.

Assalamualaikum.

...get ready for the boring stories and captions. 

Perjalanan kali ini agak mencabar untuk aku, atau lebih tepat lagi kami berlapan. Dari Teluk Intan, Perak, menuju ke Padang Besar, Perlis.

Dimulakan dengan cabaran kenderaan. Sepatutnya cuma bawa 1 kereta yang boleh memuatkan 8 orang, tapi beberapa jam sebelum bertolak, tukar plan, kena bawa 2 kereta. Gigihkan diri sewa kereta dengan hati kecewa. Sedih okay. Sedih. Sedih bila kena tukar plan. Sedih sangat. Kau faham tidak betapa sedihnya aku bila aku menyatakan kesedihan berulang kali. Sedih tahu! *Tarik hingus*

Suku masa perjalanan, tayar kereta kawan pecah. Lepas tu, tayar spare yang ada kurang angin. Serius rasa mahu patah balik waktu tu. *Lap hingus meleleh*

Kena kompaun dengan Majlis Perbandaran Kangar. Arghhhhh! *Kesat hingus guna tisu*

Mahu bayar kompaun tapi cuti wei, so confirm Majlis Perbandaran tutup. *Meraung sambil kesat hingus guna baju*

Bajet lari. *Tumpang lap hingus kat lengan baju kawan*

Ei. Tulis banyak-banyak tiada guna, aku tahu kau tidak baca. Mari kita teruskan dengan captions pendek-pendek.


Day 1 | 23/01/2013
10:32 PM | Tayar Pancit
Tidak sampai suku perjalanan dari Teluk Intan ke Padang Besar, tayar kereta pecah. Nasib baiklah jejaka-jejaka yang ada nie boleh harap. Ha ha ha. *Ketawa mendatar.* Ini tawa dalam tangisan okay. Aku serupa 'mak cik' yang sangat annoying masa tu. Bising suruh budak-budak tu ke tepi bila aku nampak kereta & lori yang laju semacam.

Perjalanan diteruskan dengan kelajuan perlahan akibat keadaan tayar yang tidak mengizinkan berlakunya aksi drift mahupun F1.


Day 2 | 24/01/2013

02:30 AM | Singgah Makan
Atas sebab kami semua belum makan malam sebelum berangkat, singgah area Penang, makan.

Lepas makan, teruskan perjalanan sampai ke R&R Juru - Sungai Dua kalau tidak salah aku. Pilot mula memandu macam ular, so singgah tidur situ. Insomnia datang bertandang, aku tidak dapat lelapkan mata langsung.

Usai subuh, lepas bersiap, perjalanan diteruskan sampai area Sungai Petani. Sarapan pagi, lepas tu tunggu kedai tayar buka. Lenguh menunggu sampai pukul 9 pagi.

07:15 AM |  Sarapan
Ini semua muka-muka baru bangun tidur dan muka tidak tidur. Mood aku sangat swing akibat insomnia yang datang minta kasih sayang. Rasa mahu bagi sedas dua penumbuk dekat insomnia tu. 

09:15 AM | Tukar Tayar
Lagak macam tengah tengok konsert. Sedangkan cuma tengok tayar tubeless pindah ke rim lain. Tapi sebenarnya, aku memang kagum dengan tayar tubeless nie. Hairan, udara dalam tayar tu tidak keluar walaupun tayar tu tidak bertiub? Kahkahkah. Baik kau abaikan penulisan perempuan yang tengah jiwa kacau nie.

Wei. Sambung episod lain. Buruk wei kalau post panjang sangat.

Sunday, December 09, 2012

Keinginan.

Aku pasang angan-angan. Tahun depan, mahu menjejakkan kaki ke semua negeri yang ada dalam Malaysia. Boleh?

Telah berpijak di Sabah tanah tumpah darahku, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Labuan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Dan kalau diizinkan, ingin berpijak di Perlis, Johor, Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Serius, sangat tinggi harapan dalam hati untuk berpijak di sana.

Oh! Langkawi dan Pulau Pangkor juga ada dalam senarai aku!



Agak-agak, ada sesiapa yang mahu bersama-sama aku menjelajah dunia yang penuh pancaroba ni? Lebih tepat lagi, ada sesiapa yang mahu temankan aku bercuti? ;)

Tuesday, December 04, 2012

Kurang Dari Sebulan..

Assalamualaikum.

2012 bakal melabuhkan tirai dalam masa kurang dari sebulan. Tahun ni antara tahun yang banyak membesarkan aku. Errrrr. Ya, membesarkan.
Maksud aku mematangkan.

Pencapaian aku tahun ni boleh dikatakan agak memberangsangkan. Memberangsangkan atau memberansangkan? Huruf 'g' yang membingungkan. Aku pun tidak pasti mana satu perkataan yang betul.

Tahun ni, pada umur yang ke 21 tahun 7 bulan lebih sikit, lesen kereta akhirnya jadi milik aku. Biar lambat, asal dapat. Haha. Raya Haji tahun ni juga, pertama kali dapat peluang untuk belajar menunggang motosikal. Tahun depan mahu ambil lesen motosikal, boleh? Kalau Encik Du dan Puan Mun dapat tahu hasrat hati kecil aku yang berharapan besar ni, entah diizinkan atau tidak. Hahaha.

Diringkaskan lagi, pencapaian akademik aku pada tahun ini agak baik walaupun hampir-hampir tergelincir. Allah nak ingatkan aku lah tu, suka sangat lalai dengan duniawi. Hah, lain kali jangan duniawi sangat. Allah murka baru tau. Lalai sikit lagi memang habis tergelincir jatuh bergolek macam durian. Sekarang musim durian, jadi selitlah sikit perkataan durian walaupun durian bukan kesukaan aku, apatah lagi menjadi kegemaran, jauh sekali.

Umur meningkat, bilangan hubungan pun makin meningkat. Datang dan pergi secara langsung dan tidak langsung. Tapi perasaan mahu ada hubungan itu menurun. Faham maksud aku tentang hubungan? Relationship kata orang putih. Penat mahu berkomitmen secara tidak sihat. Maksud aku, secara tidak serius. Hahahaha. Penat wei.
"Tak sanggup lagi aku."
Itu lirik lagu Awie, tajuk apa aku tidak ingat.

Rasa macam lama sangat tidak menulis sebegini rupa.

Post habis setakat sini sahaja. Idea beku.
Jumpa lagi. :)