...Heart Lover.: Holiday
Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Labuan. #2

Oh, hai! Mari sambung pengembaraan di Labuan.

31 Mei.
Day 2.

Pagi yang dah masuk tengahari, check out dari hotel. Sarapan, eh, bukan sarapan lagi tapi makan tengahari di restoran sama tempat aku lepak dengan Pija malam sebelum tu. Restoran nie area Terminal Feri.

Oh. Itu kami tiga beradik.

Lepas makan, perjalanan diteruskan.

Taman Burung Labuan. Bertapak di area Tanjung Kubong.
Bayaran Masuk? Dewasa RM3.00, student RM2.00, kanak-kanak RM1.00.
Dalam Taman Burung nie ada 3 sangkar besar, bentuk macam kubah.
Lanskap area Taman nie boleh tahan cantik.
Banyak jenis burung yang aku tak pernah nampak kat sini.

Dengan ini, aku ingin menganugerahkan anugerah Burung Paling Mesra dalam taman ini dan pemenangnya jatuh kepada burung Tiong! *Tepuk tangan*

"Apa khabar?" dengan slang pelat burung Tiong.

Taman Burung Labuan.

Merak kembangkan ekor! Penat aku kejar nak tangkap gambar!


Taman Burung Labuan nie sebenarnya berdekatan dengan The Chimney. 
The Chimney nie antara salah satu tarikan yang ada di Labuan. 
Muzium Chimney dibuka dari 9.00 pagi dan tutup 6.00 petang. 
Muzium nie dikatakan memaparkan sejarah Tanjung Kubong, terutamanya perlombongan arang batu (coal mining).
Tiada bayaran masuk dikenakan. Kau sukalah kan bila aku cakap tiada bayaran. Aku pun suka. HAHA.
Tapi, pada hari kejadian, aku tidak masuk pun dalam muzium tu. Aku ambil gambar dari luar ja. 
Panas weihhhh tengahari kat Labuan!

The Chimney.

Satu lagi tarikan yang ada di Labuan.
Labuan War Cemetery (War Memorial), Tanjung Batu.
Dibina sebagai penghormatan kepada Commonwealth servicemen yang terkorban masa WWII.
Hampir 4000 deretan headstones terdapat di kawasan nie.

Labuan War Cemetery.


Next, Muzium Marin Labuan.
Yang nie pula bertapak di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Dalam muzium nie ada ikan, peralatan marin, blablabla.
Aku penat membebel, kau Google lah sendiri.

Muzium Marin Labuan.

"Just keep swimming swimming swimming" - Dory, Finding Nemo

Eh eh ada Nemo!


Sebelum melangkah pergi dari Labuan, singgah Ujana Kewangan a.k.a UK, beli coklat.
Well, kau pergi Labuan kalau tak beli coklat, tak sah. Sebab coklat sini murah. 
Tapi murah-murah pun jangan membazir, membazir amalan syaitannirrajim.
Rokok pun murah, tapi ada aku kisah??
Liquor lagi lah murah, tapi liqour Al-Quran cakap haram, gila kau jangan pandai-pandai beli nanti Allah murka.

Lepas beli coklat, balik!
Thanks to Pija sebab sanggup tunggu kat Terminal, jumpa aku sebelum aku balik.
Terharu! *Kesat hidung*

Balik naik speedboat yo!

K bye.

Wednesday, June 13, 2012

Labuan. #1

Labuan.
30 Mei lepas.
Cerita dah basi. Hahaha! Bila aku cuti, blog pun cuti. Tapi, cuti berblogging lebih panjang berbanding cuti semester tuan punya blog!

Anyway.

Perdana Park, Kota Kinabalu


Sehari sebelum bertolak, bermalam di Kota Kinabalu (KK), singgah sebentar memerhati air menari.
Perdana Park, the latest landmark in KK. Located in Tanjung Aru.

Here's a video of the Musical Fountain. :)


Maafkan kualiti video aku.

Persembahan tarian daripada fountain tersebut boleh dikatakan mengkagumkan. Eh, mengkagumkan atau mengagumkan? Hentam saja lah. Aku sempat rakan part diatas sahaja atas sebab aku terleka ternganga melihat pancaran air berwarna warni.

Pada hemat aku, kerancakan air tersebut berdansa adalah bergantung dengan lagu yang keudara. Terbuktilah teori ini apabila pada akhir persembahan, lagu patriotik keudara, dan fountain tersebut hanya 'berdiri tegak' sahaja. Sopan bukan fountain tersebut?

Perdana Park nie tidak hanya memaparkan fountain berdansa, malah tempat rekreasi juga tersedia. Kau mahu berjogging? Bawa girlfriend atau boyfriend beriadah? Datang sini!

Untuk makluman semua, tiada yuran masuk yang dikenakan. Yuran? Errr. Bayaran maksud aku. Tapi sekiranya kau memiliki kereta dan membawa kereta lalu ingin memakirkan kereta mahupun apa-apa jenis kenderaan bermotor, dinasihatkan menyediakan wang berjumlah Rm1.00 tunai dalam bentuk wang kertas mahupun syiling. Kalau rasa nak jimat Rm1.00, tak payah bawa kereta!

Atas sebab masa adalah terhad, so aku tidak sempat pusing habis tempat kejadian. Sila Google kalau nak tahu lebih lanjut pasal tempat nie. Dan boleh juga klik sini.


Labuan

Dari KK ke Menumbok, makan masa dalam 2 jam, bergantung kepada kelajuan kau bawa kenderaan. Disebabkan bapa aku bawa dalam kelajuan yang sedang-sedang saja, so masa perjalanan pun sedang-sedang. Kau agaklah sendiri.

Owh.

Perjalanan feri kenderaan mahupun feri penumpang adalah berkala, berjadual. Oleh itu, sila alert dengan jadual tersebut. Dan sila booking awal untuk naik feri kalau kau tidak mahu duduk melukut di tepi  pelabuhan.


Pada asalnya, feri kenderaan menjadi pilihan, tapi disebabkan bapa tidak booking awal, maka feri penumpang menjadi sasaran dalam keterpaksaan. Ya, keterpaksaan akibat perlu meninggalkan kenderaan di Menumbok.

Melancong secara backpackers tanpa kereta bersama keluarga. Tapi semua itu bersifat sementara. Sampai Labuan, Gen2 pinjam menanti.
Feri + Penumpang = Feri Penumpang?
Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Atas sebab percutian kali ini adalah bersempena cuti sekolah, hampir semua hotel penuh. Bapa tidak booking hotel dan kami sampai lewat petang! Tercabar wooo cari hotel. Hahahahapadanmuka! 

Sepanjang dalam pencarian hotel, bapa aku rasa awkward bawa Gen2. Bila bagi signal masuk simpang, terpasang wiper. Kan selalu signal belah kanan, so bila jumpa kereta signal belah kiri, terus jadi tidak tentu hala. Hahaha! Comel bila bapa aku gelabah.

Dalam post kali nie, bapa aku glamor, kan? Balik-balik sebut pasal bapa. :P

Malam tu, lepak dengan Pija, makan-makan tepi laut. Bab-bab makan kan memang kegemaran aku. Seafood mari!!

Pija & Sotong Buttermilk + Udang Goreng Tepung + Ketam Sambal. 
Oh. Kailan ikan masin jangan dilupakan.
Yang makan cuma aku dengan Pija, tapi lauk macam berkeluarga. Hahaha. Semua licin. Yang tinggal cuma kulit udang & ketam. Lepas kenyang, balik hotel, tidur!

Okey! Sampai berjumpa lagi di episod seterusnya!

Friday, December 30, 2011

Let It Snow?

December 25th.
Genting Highland.
6 of us.

8.30am from KL Sentral, arrived in Genting around 9.30am. A bit late due to crosswind.

Apis missed the bus. Hahahahaha! Liat sangat nak bangun tidoq. :P

I guess these rainy days affect the temperature in Genting. Seriously, it's too cold!! Macam ada salji! I've been wearing 'mittens'(ice skating gloves to be exact) for all day long!

Oh. I borrow this paw from Yuki for a while before decided
to wear those 'mittens' . T_T


Frankly, aku kecewa. Most of the popular thrill rides were temporary closed due to maintenance and bad weather. Rugi rugi rugi!

Still, I'm enjoying my day. :)

Here is a list.
Spinner, Tea Cup, Antique Car, Matahari Ferris Wheels, Pirate Train, McD (Nomnomnom), Dinosaurland, Pirate Ship, Bumper Boat, Space Shot, Grand Prix Fun Kart.

My day full of such 'juvenile' rides. Ngahhhhhhhhhhhhhhhh. Speechless.

Let the pictures do the storytelling.

My hijab doesn't stay in place. Senget sana-sini.


Prosperity. Nomnomnom.


A day with Yuki, Miza, Yun, Apis and Joe.

We missed the last bus to KL Sentral. So then, terpaksa membazir RM25 seorang naik kereta sapu!

Tuesday, March 15, 2011

Cuti Sekolah.

Bersempena cuti sekolah, aku mempersembahkan layout baru untuk blog. Bagaimana?
A. Cun
B. Lawa
C. Cantik
D. Macho
E. Semua jawapan di atas.

Next.

Aku balik kampung! Seminggu pun seminggulah. Yang penting balik! So then, here I am, home sweet home. Yeay! *Golek-golek*

Malas mau story panjang-panjang. Kita pendekkan cerita.
Jumpa lagi. Heh.


Note: Tajuk post macam budak sekolah.

Saturday, October 30, 2010

6 hari lagi.

Cepat ja masa berjalan.
Masa cemburu aku cuti panjang.


Next week terbang balik hostel.
Cuti habis.
Sobsobsob.

Bakal rindu family, kawan-kawan & Lebah secara berlebihan.
Huaaaaaaaaaaaaaaaa.
Sobsobsob lagi.


Kepada orang-orang yang baru mau mengharung final exam,
semoga berjaya dengan bergaya aku ucapkan.

Kepada aku,
semoga result berwarna-warni terbang (flying colours).
Walaupun aku macam putus harapan.
Huhu. :'(

Sunday, January 03, 2010

Kembali ke sekolah.



Skema bah tajuk entry. Haha!

Budak² sudah mula bising sebab nda puas cuti. Aku? Aku rindu jua mau pergi sekolah walaupun banyak benda menyakitkan hati di sekolah tu. Tapi kempunan ja lah aku mau pergi sekolah lagi. No more title "budak sekolah". Huhu~ sedih~

Dilanda keboringanlah aku di rumah lepas nie. Adik² aku pergi sekolah, aku 1 orang ja di rumah. Mama aku cakap, dia sudah kasi sedia banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak kerja untuk aku. Kerja apa lagi kalau bukan jadi suri rumah tangga berjaya. Adei! Lalalalala~

Cuti aku masih panjang. Aku mau buat apa pun aku nda tau. Paling² duduk diam² ja lah di rumah, kumpul lemak. Mak cik aku pun bising sudah suruh aku diet. Aku diet?? Macam mimpi ja tu tau. Wakakaka!