...Heart Lover.

Thursday, December 30, 2010

Exam mode.

Exam, tapi masih ada hati mau online.
Bijak bijak. *Ala-ala iklan susu tepung*


Aku rasa aku boleh diumpamakan macam makanan sejuk beku sekarang nie.
Masuk dalam dewan exam, macam masuk dalam freezer.
Sejuk gigil-gigil.
Masuk dewan exam, frozen.
Keluar dewan exam, defrost.
Macam tulah berulang-ulang sampailah exam nie habis.


P/s : Kelmarin aku layan drama Playful Kiss straighttttttttttt 1 hari. Dari episod 1 sampai 16. Tapi aku geram sebab episod 9 tiada! Sobsobsob.


P/s lagi : Kalau result paper Basic Applied Science nanti bermasalah, salahkan drama Playful Kiss. Meowwwwwwwwwwwwww.


P/s bukan PSP : Aku jatuh hati dengan Kim Hyun Joong! Matilah! *Pengsan*

Wednesday, December 22, 2010

Ada award lagi.

Award nie sudah setengah tahun dalam draf.  (-___-")

Anyway,
Thanks to sis tQah untuk award nie.
Dengan ini sayang aku untuk sis semakin bertambah. XD



1. Anda mesti memuji si pemberi award.
Blog sis tQah best sebab banyak gambar cantik². Dia selalu datang meng'up'kan traffic di blog aku. Sebab tu aku sayang dia banyak². =)

2.sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain.
10? Nah, ambil kau.


3.anda mesti memberitahu kepada 10 blogger tadi.
I'll tell them later. XD

4.bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.
Bila ada orang yang baca blog aku tanpa tinggal 1 perkataan pun tanpa rasa bosan. Itu pun kalau ada lah. (:


Bye².

Withlove~♥;
Photobucket

Sunday, December 19, 2010

Sinaran lampu neon.

Entry nie diperam selama 1 bulan 5 hari dan sudah bertransformasi menjadi jeruk. Sorry kalau entry nie ada rasa masam berlebihan. Tapi jeruk kalau makan cecah asam boi sedap jugakkan?

Entry tiada gambar jeruk, harap maklum.

Ladies and Gentlemen, I give you; i-City.



Hohoho!


Bila nampak benda nie, aku teringat chapter regeneration dalam buku teks science menengah rendah.


See??


 


Budak yang culik dan bawa aku pergi macam-macam tempat; Sue (bukan nama sebenar). :P




Tolong abaikan kemachoan aku. (=_=")

Friday, December 17, 2010

Gembira untuk mereka.

Bila aku nampak gambar kawan aku yang tengah bahagia,
serius, aku gembira sampai keluar air mata.
Happy tengok dia.
(:

Bila ada kawan yang bakal dipinang,
aku pula feeling lebih.
Macam aku yang di pinang.
HAHAHAHA.
Terasa rama-rama terbang dalam perut.

Sangat best.
Mungkin itu yang orang panggil 'tumpang gembira' kan?
Dia gembira, kita tumpang.



Tumpang gembira yang sangat terasa dalam hati.
Yang bukan hanya kata-kata pemanis mulut.

Bukan tumpang gembira yang berbunyi
"Aku tumpang gembira untuk kau!" yang sekadar menanam tebu dipinggir bibir,
tapi tumpang gembira yang rasa betul-betul gembira umpama cubit peha kanan peha kiri terasa.

Eh, kita buat kelas peribahasa kah?

Errrrrr. Aku rasa aku merepek lagi.
Huh.