...Heart Lover.: Review
Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Nota Cinta.


Akhirnya habis juga cerita nie aku tengok. Lama juga tunggu episod demi episod keluar. HAHA. Pendek, tapi best. =)

Kopi memerlukan coffee-mate untuk melengkapkan rasa, ibarat lelaki memerlukan wanita untuk melengkapkan hidup. Anyway, aku suka cara lelaki tu tackle Seri. HAHAHA.   

Aku suka cerita jiwang. So what? HAHAHA.







Sesiapa yang rasa mahu bercuti ke Bali dengan pasangan, joinlah contest Nota Cinta. As simple as 123. Senang ja, bukan macam soalan STPM yang boleh buat aku nangis² waktu exam. Huh.

"Cinta itu sentiasa ada, cuma kita kena menyemarakkannya."




Lil'HeartNote: Kadang² aku rasa ada baiknya kawin awal.
Eh, apa nie? apa nie??!! HAHAHA



Withlove~♥;
Photobucket

Friday, April 23, 2010

Adamaya.


Errrrrrrrrr. Rasanya tidak perlulah aku membebel panjang. Semua orang pun tahu kewujudan drama nie dalam slot Akasia jam 6.30 petang di TV3 tiap hari Isnin-Khamis kan? Aku tidaklah addict dengan cerita nie. Tapi, boleh kira suka jugalah. Mengaku ja lah suka, kan senang! XD

Cerita nie versi drama untuk filem I'm Not Single kan? Aku suka gila filem tu. Bila aku cakap aku suka gila, maksudnya adalah sangat sangat sangat sangat sangat suka. XD Sebab cerita cinta lepas kahwin nie memang best bagi aku. Suci ja. HEHEHE. Betullah kan? =) 



Mahu baca sinopsis? Klik sini. Siap dengan full episode lagi. ^__^ Aku malas mahu tulis sinopsis, copy pun aku malas. HEHE.





Psstt~: Esok aku ada ujian Munsyi. 
Doakan aku k? =)


Withlove~♥;
Photobucket

Sunday, March 14, 2010

The Game Plan.



Filem nie keluar tahun 2007 lagi. Tapi aku baru tengok malam kelmarin kelmarin. Maksudnya, hari jumaat hari tu lah. Aku tengok di TV3. Eh, yaka? aku pun nda pastilah aku tengok channel mana. HAHA.

Filem nie adalah tentang seorang famous footballer [Dwayne Johnson a.k.a Joe Kingman] yang hidupnya tiba² diselubungi misteri. Eh, bukan! Hidupnya diselubungi kekecohan bila anak dia yang comel [Madison Pettis a.k.a Peyton Kelly] muncul.

Serius, sangat best cerita nie. Banyak lawak² yang buat aku ketawa sorang² walaupun hakikatnya bukan aku sorang ja yang tengok cerita nie. Bapa & mama aku pun tengok, tapi bapa & mama tengok dengan mata tertutup. Apakah? (-.-)zzZZ

Aku rasa aku nie terlebih sensitip. Boleh² aku nangis time part yang sedikit emosi. Dulangi, sedikit! Sedikit ja emo pun boleh buat air mata aku mengalir! Gila ah! Blah la kau dG~ Booooo! Wei, sudahlah, nangis lagi aku karang. HAHAHA.

Oh², ada beberapa quotes yang aku suka dalam filem nie! Antaranya;

Peyton Kelly: Stupid is a mean word.

Monique Vasquez: [to Joe] Ballerinas can jump just as high as you but when they come down they come down in plies, and then they stand pointe, and they stand like that for hours. If ballet was easy, it would be called football.

Joe Kingman: Peyton, I have an an answer for your question. After this game, win or lose, you're the best thing that's ever happened to me.

Joe Kingman: My dad never let me have sugar.
Peyton Kelly: Is that why you never smile?

Joe Kingman: Well, who are you here with?
Peyton Kelly: My father.
Joe Kingman: Well you better go get him, because I'm sure he's looking for you.
Peyton Kelly: He's not looking for me.
Joe Kingman: How do you know?
Peyton Kelly: Because he's looking *at* me.
Joe Kingman: What?
Peyton Kelly: Hi, we've never met before, you were married to my mom, Sara. Sara Kelly. My name is Peyton. I'm your daughter.
Cerita panjang² pun nda guna. Nah, baca sinopsis cerita nie sini.

Withlove~♥;
Photobucket

Saturday, February 13, 2010

1 litre of tears.

Hm. Air mata aku mengalir nda berhenti. Sedih aku.

Eh, janganlah kau bersorak dulu. Rilex kau. Nda baik tu bersorak sebab orang bersedih. Berdosa.


Nie lah sebab air mata aku mengalir. Sedih woo drama jepun nie! Nda cukup air mata, dengan hingus² aku sekali bah mengalir. Air mata nie boleh buat stok untuk menghadapi musim kemarau nie.

Tajuk drama nie 1 litre of tears [1リットルの涙]. Ada seseorang yang rekomenkan aku tengok cerita nie. Aku bersemangat mau tengok sebab seseorang tu cakap hero dia macho. Haha! Tapi memang betul macho! =P

Kita lupakan hero yang macho tu. Watak utama dalam cerita nie bukanlah hero yang macho tu. Eh, masih lagi cakap pasal hero yang macho?? 

Watak utama drama nie Ikeuchi Aya [ Erika Sawajiri ], budak perempuan yang berusia 15 tahun. Dia nie budak yang aktifkan dirimu bersukan, astro ceria. Hm, faham² ja lah gaya budak². Tapi sejak dia disyaki menghidap penyakit Spinocerebellar degeneration a.k.a Spinocerebellar ataxia (SCA) , semua tu berubah...... 

Klik sini kalau rasa mau tengok cerita tu.

Oh ya, nie ada sikit info pasal penyakit Spinocerebellar degeneration. Err.. malas weii mau translate.
 Baca ja lah apa yang ada ahh?
Spinocerebellar ataxia (SCA) is one of a group of genetic disorders characterized by slowly progressive incoordination of gait and often associated with poor coordination of hands, speech, and eye movements. Frequently, atrophy of the cerebellum occurs, and different ataxias are known to affect different regions within the cerebellum.
As with other forms of ataxia, SCA results in unsteady and clumsy motion of the body due to a failure of the fine coordination of muscle movements, along with other symptoms.
The symptoms of an ataxia vary with the specific type and with the individual patient. Generally, a person with ataxia retains full mental capacity but may progressively lose physical control.
Perghhhh~ Kalau bingung cuba guna google translatelah. Lagi tambah bingung! Haha!

Photobucket

Monday, January 18, 2010

Selamat pagi Cinta!



4 Jiwa, 2 cerita, 1 cinta.

Selamat pagi~! Aku baru ja lepas tengok filem Selamat pagi Cinta nie di youtube tadi.

Aku taulah filem nie basi sudah, tapi mau buat macamana, disini bukan ada panggung. Aku tunggu cerita nie kena upload di youtube ja lah~ huhu!

Anyway, aku memang gila² punya emosi time tengok cerita nie! Huhuhu. Touching gila. Aku nda dapat tahan air mata aku mengalir. Hingus aku pun mengalir~ Haha!

Pelakon² utama dalam cerita nie? Pierre Andre[Ilham], Fazura[Julia], Que Haidar[Azam] n Sharifah Amani[Suci].

Nda di nafikan ada beberapa kelemahanlah dalam cerita nie. Contohnya macam part yang si Ilham n Julia main rollerblade tu. Henfon si Ilham tu off kan time dia gambar/rakam si Julia?  Tapi aku nda kisahlah semua tu, sebab aku khayal menghayati cerita tu habis²an! Ya, aku memang jiwang, so what?! lalalala~

Dalam filem nie aku rasa aku lebih tertarik dengan cerita cinta Ilham n Julia. Cara si Ilham bawa si Julia kawinlah paling smart! Main lambung syiling~ haha! Aku suka part bila si Ilham cakap "Selamat pagi Cinta" untuk si Julia tiap kali bangun dari tidur. Hm. Paling sedih bila si Ilham sudah tiada n si Julia tinggal sorang². Huhuhuhu~ Nda aku boleh bayang kalau aku yang jadi si Julia. T.T

Cerita cinta si Azam n Suci pun boleh tahan. Cinta yang nda kesampaian. Cinta yang perlukan pengorbanan. Paling aku nda tahan part si Azam main biola di panggung teater. Sedih gila woo tengok si Suci tercari² si Azam time tu. Sudahlah sedih muzik dia time tu! T.T

Bah², nda lah aku mau kasi panjang² review aku nie. Sekarang nie pun sudah cukup panjangkan? Bukan jua ada yang baca. Hahaha!

Nah sinopsis filem Selamat pagi Cinta yang aku tapau dari web Sinema Malaysia. Tapi aku rasa macam sinopsis nie lainlah dari cerita yang aku tengok. Ahh~ mana² ja lah.

SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.


Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.

Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.

Apakah kesudahan kisah dua cinta ini dan apakah kaitan antara keduanya, SELAMAT PAGI, CINTA! ada jawapannya.


Oh ya, mau tengok cerita nie? Klik sini ---> Selamat pagi Cinta!
Pandai²lah kamu cari sambungan²nya k. Hehe!
Photobucket

Tuesday, January 05, 2010

Alvin & The Chipmunks..!

Argggggghhhhhhh!!!! Comel!!!! Aku mau Theodore~!!!

Pagi² tadi lepas sarapan, terus aku teringat mama aku ada beli dvd Alvin & the chipmunks. Lama sudah aku mengidam mau tengok cerita nie! Ceh~ Mengidam kunun ah~ Biasalah, boipren aku ada menyumbangkan suara dia dalam cerita nie. Hahahaha²! Perasan lebih ja aku~ huhu!

Theodore = Jesse McCartney = Boipren aku!! Hahaha! 
Abaikan ja lah kegilaan yang melanda aku nie. Huhuhu.

Best gila eh cerita nie! Aku betul² nda tahan tengok chipmunks yang comel²! Mau ja aku bawa keluar dari tv. Miahahahahahahaha! Gila~

Kecomelan~ Mau ja aku cubit² c Theo nie!!!









Cerita nie bagus. Mesej kekeluargaan dia memang buat aku hampir² mau nangis. Hampir² ja. Aku nda nangis pun ok!

Nah, ini sinopsis cerita nie yang aku tapau dari IMDb~

 In a tree farm, three musically inclined chipmunks, Alvin, Simon and Theodore, find their tree cut down and sent to Los Angeles. Once there, they meet the frustrated songwriter David Seville, and despite a poor house wrecking first impression, they impress him with their singing talent. Seeing the opportunity for success, both human and chipmunks make a pact for them to sing his songs. While that ambition proves a frustrating struggle with the difficult trio, the dream does come true after all. However, that success presents its own trials as their unscrupulous record executive, Ian Hawke, plans to break up this family to exploit the boys. Can Dave and the Chipmunks discover what they really value amid the superficial glamor around them?

"I had a nightmare."
Warghhhhhhhhhhhhh! Comel~!!!!

Cerita Alvin and the chipmunks 2: The Squeakquel nanti aku cerita lain kali k! Hohohohoho~