Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts
Saturday, April 10, 2010
Kecil² cili padi.
Oh. Hari nie aku akan bercerita tentang cili yang pedas. Dan lada [?]. Tidak kisahlah cili jenis apa. Bukan pasal siapa makan cili dia terasa pedasnya. Bukan. Aku sudah penat menyindir orang yang memang tidak pandai faham dirinya disindir. HAHAHA.
Ok. Berbalik kepada tujuan asal entry nie ditulis.
Kalau kau suka makan pedas, sila mengaku dalam hati. Yalah, kalau kau angkat tangan pun bukan aku nampak. HUHUHU. Tidak dinafikan aku suka makanan yang pedas. Tapi bukan pedas tahap gila yang buat kau berlari² di dapur mencari air sambil air mata dan hingus meleleh² lepas tu 1 apa rasa pun lidah sudah tidak dapat detect. Faham tidak apa maksud aku?
Aku suka pedas yang sedang² saja. Sebab bila pedas tu melampau, rasa makanan terganggu. Pedasnya terasa, tapi rasa sebenar makanan lidah sudah tidak dapat kesan. Rugi woooo! Tiba² aku teringat ada sorang kawan aku yang bila kepedasan suka garu kepala. HEHEHE. ^___^
Adei. Tiba² aku terasa malas mau teruskan entry nie. Baca ja lah info tentang cili nie di sini.
Saturday, January 09, 2010
Ada apa dengan PERIA?
Ramai orang nda suka makan peria kan?? tapi aku suka!!!ceh~ over!haha! Peria nie tergolong dalam sayur kegemaran aku. Hehehehe~
Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia ada banyak khasiat. Ramai orang nda suka makan peria nie sebab rasa dia pahit kan? Ala. Pahit tu kamu boleh kasi hilang bah tu. Ada orang cakap, lepas potong rendam ja peria tu dalam air yang berisi garam halus dalam lebih kurang setengah jam. & ada yang cakap rendam dalam air kapur. Tapi kalau aku masak aku kasi biar ja pahit tu. Sedap apa! haha!!
Aku dapat tau yang peria nie boleh meningkatkan metabolisma. Lepas tu khasiat dalam peria nie boleh mengelakkan kanser. Masih nda mau makan peria kah?? Nah! aku bagi lagi khasiat dia!
Hasil penyelidikan menemui peria nie mengandungi hypoglycemic atau insulin yang boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah. Maksudnya, peria nie ubat kencing manis a.k.a diabetis lah. Caranya? Minum jus yang diambil dari 4-5 biji peria pada setiap pagi. Kalau ini aku pun nda sangguplah.. hehe! Biji peria tu boleh kasi hancur lepas tu campur dalam makanan. Kalau rasa nda sanggup minum jus peria, minum air rebusan peria tu pun boleh bah. Aku tulis apa yang aku dapat tau ja ah. Kalau salah kasi betul!! Cuba bayangkan, makan peria nie ja macam² penyakit kita boleh elak!
Banyak lagi bah khasiat peria nie. Kamu klik ja mana² link d bawah nie k kalau mau tau lebih lanjut.
Psstt~: Aku dengar² peria nie boleh kasi kurang lemak diperut!! Hoh!! bertambah2lah aku suka makan peria nie! Hahahahahaha!
Subscribe to:
Posts (Atom)