...Heart Lover.

Saturday, January 15, 2011

2011 Malaysia Chocolate Fair.

Okey. Cerita nie sudah basi dan berulat.

Sabtu lepas pergi Chocolate Fair kat Mid Valley. Mau cari dark chocolate yang sedap dan tidak manis macam gula. Mati-mati ingatkan fair nie kat ground floor, rupanya kat 3rd floor! Gila pening pusing-pusing macam gasing cari chocolate fair nie. (@_@)

Chocolate fair nie bukan hanya ada coklat dalam bentuk makanan, dalam produk kecantikan pun ada. Lepas nie aku telan pencuci muka lah gamaknya. HAHAHAHAMPAGAS. Taklawakpun.

So then, here it goes.

Gebang. Eh, gerbang.

The crowd & the gerai-gerai.

Bagi aku, coklat kat fair nie mahal-mahal jugak. (T3T)


Ada 1 gerai yang menarik perhatian aku. Nama pemilik gerai tu Suzinor kalau tak salah aku. Coklat kat gerai dia comel-comel dowh! Akak tu ada bagi business card, then terjumpalah blog dia. :D Nak order? Klik kat sini!

Mesti best main chess nie. Check 1 pawn, gigit, telan. Check 1 bishop, gigit, telan. Lepas checkmate, makan papan chess yang petak-petak tu. Serius. Semua boleh makan wei! Made with chocolate! Tapi, aku tak reti main chess. :P

Eye-catching! White chocolate swan! Kawan aku bising nak tanya telur emas tu boleh makan ke tak. HAHA

Mid Valley gila-gila punya crowded hari tu, food court penuh! Hujung-hujung bawa lari McD dan makan tanpa segan silu di tepi exhibition centre tu.

Mati aku kalau diorang tau aku letak gambar nie. XD

Kau mesti rindu tuan punya blog kan? Nah. Tengoklah muka perempuan macho nie puas-puas.

Burpppp. Alhamdulillah.

Pulang! Eh, pergi Low Yat! :D

Friday, January 14, 2011

Azam tahun baru?

Hari tu, akak nasi lemak kat seksyen 20 Shah Alam naikkan harga nasi lemak yang dulu RM3.50 dan sekarang, RM3.80. Harga nasi ayam di restoran dekat kolej yang dulu harga RM3.80 pun dah naik jadi RM4.00.

Aku agak-agak mungkin peniaga-peniaga tanam azam naikkan harga sempena tahun baru. Grrrrrrrrrrrrr.

Wednesday, January 05, 2011

Lapar.

Aku tidak suka stay up malam-malam. Sebab bila aku stay up, aku jadi lapar. Bila aku lapar, aku terbayang nasi lemak akak comel Seksyen 20. Kecur liur aku tengah-tengah malam buta nie. Aku lapar. Lapar.


Ini bukan gambar nasi lemak. Ini gambar dinner plate Kay-eF-siCh.



Malam nie mau mulakan misi layan drama You're Beautiful secara maraton. Virus-virus drama korea sedang menular dalam diri.













Stay up untuk drama korea boleh. Tapi kalau stay up untuk study? Grrrrrrrrrrrrrrr.

Sunday, January 02, 2011

Merah.

Sempena tahun baru 2011, blog aku bertukar tema.

Bertemakan Tahun Baru Cina.


Ehem.
Maksud aku, bertemakan warna merah.