...Heart Lover.

Wednesday, January 05, 2011

Lapar.

Aku tidak suka stay up malam-malam. Sebab bila aku stay up, aku jadi lapar. Bila aku lapar, aku terbayang nasi lemak akak comel Seksyen 20. Kecur liur aku tengah-tengah malam buta nie. Aku lapar. Lapar.


Ini bukan gambar nasi lemak. Ini gambar dinner plate Kay-eF-siCh.



Malam nie mau mulakan misi layan drama You're Beautiful secara maraton. Virus-virus drama korea sedang menular dalam diri.













Stay up untuk drama korea boleh. Tapi kalau stay up untuk study? Grrrrrrrrrrrrrrr.

Sunday, January 02, 2011

Merah.

Sempena tahun baru 2011, blog aku bertukar tema.

Bertemakan Tahun Baru Cina.


Ehem.
Maksud aku, bertemakan warna merah.

Saturday, January 01, 2011

Growing older.


Grrrrrrrrrr.
Tengah malam dihiasi api berkerja. Fireworks.
2011 sudah.

Aku tidak pasang azam atas sebab azam lepas pun aku tidak ingat. HAHA! Entah aku sudah cashkan azam aku tahun lepas atau belum. Ada yang masih dalam bentuk cheque barangkali. Adeh.

Tipulah kalau aku langsung tidak mau perubahan untuk tahun nie. Sebenarnya banyak keinginan & azam aku. Kononnya lah.

Tapi benda yang aku betul-betul mau untuk meningkatkan prestasi hidup aku sepanjang tahun nie ada satu.

FOKUS.

Mau fokus dalam semua benda. Study mesti fokus. Buat kerja mesti fokus. Bergurau senda mesti fokus. Bermain-main mesti fokus. Update blog mesti fokus. Eh??

Pendek kata daripada kata panjang, hidup aku mesti ada fokus lepas nie.








Semoga aku tidak tersilap tulis tarikh pada awal kemunculan 2010 2011 nie.

Thursday, December 30, 2010

Exam mode.

Exam, tapi masih ada hati mau online.
Bijak bijak. *Ala-ala iklan susu tepung*


Aku rasa aku boleh diumpamakan macam makanan sejuk beku sekarang nie.
Masuk dalam dewan exam, macam masuk dalam freezer.
Sejuk gigil-gigil.
Masuk dewan exam, frozen.
Keluar dewan exam, defrost.
Macam tulah berulang-ulang sampailah exam nie habis.


P/s : Kelmarin aku layan drama Playful Kiss straighttttttttttt 1 hari. Dari episod 1 sampai 16. Tapi aku geram sebab episod 9 tiada! Sobsobsob.


P/s lagi : Kalau result paper Basic Applied Science nanti bermasalah, salahkan drama Playful Kiss. Meowwwwwwwwwwwwww.


P/s bukan PSP : Aku jatuh hati dengan Kim Hyun Joong! Matilah! *Pengsan*