LITTLE.HEART.LOVER: Trip to Ranau.

Monday, June 21, 2010

Trip to Ranau.

Entry nie sudah lama aku jeruk. Baru kali nie dapat aku post. HUHUHU

Trip nie di buat 29 Mei hari tu. Kiranya aku buat entry nie untuk menambat hati orang yang belum pernah pergi Ranau lah. Seperti mana aku, cinta ku tertinggal di Kundasang, Ranau. XD

Mula² sekali pergi melawat ikan² yang jinak di Kg. Luanti. Tempat nie lebih kurang 15km dari pekan Ranau. Mari mencuci mata. ;)

"Tagal" Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau.

Harga tiket masuk untuk dewasa, Rm5. Untuk kanak²? Aku tidak tahu.
Sila hubungi talian yang tertera jika berminat. XD Promosi~ HAHAHA.

Peraturan sebelum terjun dalam sungai. Hei², aku bergurau. Tidak boleh terjun dalam sungai nie. Kesian ikan² terkejut lalu mati. Kalau mahu berendam, boleh. Tapi jangan terjun! Sila beri kerjasama. Kenapa aku skema nie?

Baiklah². Ini adalah gambar pemilik belog yang mulanya tidak berani untuk bermesra dengan ikan² yang nampak buas tapi dalam hati ada taman. Apakah? 

Bapa & bro aku jadi mangsa ditarik² baju bila aku geli dengan ikan² yang bermesra dengan kaki aku. Geli weii! Mama aku pun tidak sanggup turun untuk berkenalan dengan ikan² nie. HAHAHA
Maaf, gambar yang di kongsi hanya gambar belakang sahaja. XD

Ikan² nie besar! Pak cik aku cakap mesti best kalau panggang. HAHAHA. Kecik hati ikan² tu kalau diorang mereka dengar. XD

Masa yang diberi untuk bermesra dengan ikan² ini adalah 15minit sahaja. So, sila hargai masa anda! Jangan ambil masa yang lama untuk terjun turun dan bermesra dengan ikan. Sebab 15minit itu singkat saja rasanya bila kau mula jatuh cinta dengan ikan² tersebut. (=_=")


To be bersambung...

Withlove~♥;
Photobucket

2 Written Thought(s):

Fara Dee Dilah said...

tu ka ikan mkn kulit kaki tu?

♥dG♥ said...

aku rasa dia la tu~ punya geli! kena gigit²~ XD